Sedapnya kalau dapat makan Cendol Santan Gula Melaka sejuk-sejuk. Terasa nak buat sendiri di rumah? Mudah sahaja caranya. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan. Lagi berbaloi buat sendiri berbanding beli di kedai. Memang puas makan. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Anda pasti puas hati dengan rasa dan hasilnya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)
2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.
3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.
Ungkep adalah resipi yang berasal daripada masyarakat jawa. Macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.
AYAM MASAK UNGKEP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping
BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih,tak perlu masak sampai kering.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Seri kaya memang sedap. Waktu pagi dikala sarapan, roti sandwic yang disapu kaya ni memang antara yang paling cepat nak sedia. Namun ada yang kurang gemar sebab rasa Seri kaya yang manis. Nak cuba buat sendiri? Anda boleh ubahsuai kemanisan ikut citarasa anda.
SERI KAYA HOMEMADE
BAHAN A:
1 cawan gula
1 cawan air panas
LANGKAH:
Masak gula hingga keperangan. Padamkan api.
Kemudian masukkan 1 cawan air panas dan buka api semula.
Kacau hingga gula cair. Biarkan seketika.
BAHAN B:
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam (jika kurang suka, boleh abaikan)
LANGKAH:
Kisar semua bahan-bahandi atas sampai gula hancur.
BAHAN C ( DIADUN BERSAMA):
1 kotak santan (200ml)
2 sudu besar tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan bahan A ( gula karamel). Kemudian masukkan bahan B. Kacau hingga sebati.
Seterusnya masukkan santan yang telah dicampur dengan tepung jagung.
Kacau guna api pelahan hingga pekat dan berkilat. Pastikan tidak hangus.
Setelah seri kaya kelihatan berkilat dan pekat, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
Kredit resipi & foto: Imah Rahman ( Resipi Mamak Haji )
Sambal goreng jawa sebenarnya lebih dikenali di negeri Johor. Ia selalu dihidangkan pada majlis keramaian atau kenduri-kendara, termasuklah Hari Raya. Tapi, boleh je dihidangkan pada hari biasa dan makan bersama nasi putih pun boleh. Jom kita cuba resepi ni!
RESEPI SAMBAL GORENG JAWA
Bahan-Bahan
1 paket tempe dipotong kecil 1 keping tauhu dipotong kecil 1 biji kentang dipotong kecil Kacang panjang dipotong serong 1 genggam ikan bilis ditumbuk lumat 1 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 5 tangkai cili padi dihiris (Jika nak pedas) 10 tangkai cili kering dpotong serong 1 paket suhun Kicap manis Suku cawan air asam jawa Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan
1) Goreng semua tempe, ubi kentang, tauhu & ketepikan. 2) Masukkan sedikit minyak & tumis ikan bilis yg telah ditumbuk lumat tadi. 3) Masukkan bawang besar, bawang putih, cili kering & cili hijau 4) Masukkan suku cawan asam jawa & kicap manis (direnjis renjis) 5) Masukkan suhun 6) Masukkan tempe, ubi kentang & tauhu yg sudah digoreng 7) Masukkan garam & gula secukup rasa 8) Gaulkan sehingga kering & siap!