Dah lama tak masak hidangan istimewa untuk keluarga. Makan malam hidangkan nasi briyani pun menarik. Aroma ketika menumis nasi briyani ni memang buat tak tahan nak makan. Pelbagai rempah ratus yang digunakan membuat ia tambah sedap. Gerenti bertambah nanti makan.
1.Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis. Kacau seketika.
2.Kemudian masukkan tomato,cili hijau,cili padi dan garam secukupnya.
3.Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata.
4.Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Tak tau la nak kata tapi kalau makan ayam masak merah di kenduri kahwin, mesti lauk tu sedap teruk. Kan? Kalau suka makan ayam masak merah style kenduri kahwin, ni RASA kongsikan resipinya.
AYAM MASAK MERAH STYLE KENDURI
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar size besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
2 batang serai diketuk
3-4 senduk cili kisar
Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato (didadu kecil)
CARA MEMBUAT
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.
Masakan ini sedap kalau banyak cili digunakan. Namun jika anak-anak mahu menikmatinya janganlah keterlaluan meletakkan cili. Sesuaikan dengan cita rasa mereka. Ayamnya empuk dan lebih enak jika dibiar lama agar rasanya mesra.
Ayam Serai Bercili
1 ekor ayam -cuci bersih dan lumuri dengan air limau nipis
Bahan yang dikisar kasar
21 cili kering
4 cili hijau
5 lembar daun limau purut
13 bawang putih
21 bawang merah
5 biji buah keras
1 inci belacan
3cm kunyit
3cm halia
3 batang serai-ambil bahagian putihnya saja
5 biji tomato merah -dikisar
3 biji tomato hijau -dikisar
Cara memasak:
1.Tumis bahan yang sudah dikisar kasar dengan minyak.
2.Masukkan lima lembar daun limau purut- dibuang tulangnya
3.Tunggu bahan tadi masak baru masukkan ayam.
4.Tambahkan 600ml air.
5.Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.Gaul rata.
6.Masukkan tomato.
7.Biarkan sehingga bahan mesra dan sesekali di balik-balikkan ayamnya.
*Cili, gula dan garam sesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.
Kredit: @umi_halim
Dah mula fikir tentang lauk berbuka puasa hari ni? Bagi anda yang menggemari juadah berbuka puasa selera kampung, seleksi resipi yang dikongsi ini antara yang perlu dicuba. Sedap! Pasti membuka selera.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...