Sedapnya menu Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang ni. Cukup rasa rempah ramuannya. Biasanya kalau tenggiri, dimasak singgang, sambal kicap atau sambal berlada. Kali ni bolehlah cuba masakan Indonesia pula. Waduh….Memang sangat-sangat membuka selera. Resipi ni bukan macam Masak Lemak Cili Apia tau Lemak Kuning tu tau. Tapi enak. Apa kata hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ramuannya cukup ringkas namun rasa sangat merecik sedap. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK PADANG, INDONESIA
BAHAN-BAHAN: 5-6 keping ikan tenggiri 1/2 kotak kecil santan – beli online disini 2 hiris lengkuas 1 batang serai 1 helai daun salam 1 biji tomato Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa Serbuk perasa secukupnya 1½ cawan air
BAHAN KISAR: 2 cm halia 2 cm lengkuas 1 cm kunyit hidup ½ biji bawang besar @ 3 biji bawang merah – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 2 biji buah keras – beli online disini 2 biji cili merah
CARA MEMASAK: 1. Ikan dibasuh bersih dan dilumur kunyit serta garam. Goreng ikan sehingga masak.
Ads
2. Dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan hirisan lengkuas, serai dan daun salam. Masak seketika. 3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan air dan santan. Masak sehingga sedikit mendidih.
5. Masukkan tomato dan ikan yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api.
7. Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang sedia untuk dinikmati.
Nak cuba masakan nusantara? Jangan bimbang, rasanya macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Kali ini RASA kongsikan tiga menu yang ada pengaruh Indoesia dan Filipina. Soal bahan-bahan, sama seperti orang Malaysia masak. Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.
AYAM WOKU MANADO
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
2 batang serai | titik
760gm air
1 biji tomato | potong dadu
2 batang daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Daun Kemangi | secukupnya
BAHAN KISAR :
4 tangkai cili kering
3 biji cili merah
5 biji cili padi
4 sudu makan minyak masak
6 biji buang keras
3cm kunyit hidup
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.
Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.
Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.
Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.
Sedia dihindangkan.
AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil
2 sudu makan pes cili dikisar
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 litter santan
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak
Air | jika perlu
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ikan Sardin memang sedap malah kalau buat sendiri secara homemade pasti rasa lebih yakin dan dijamin halal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri hidangan ini, saudari Bahiah Saripuddin ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
RESIPI IKAN SARDIN HOMEMADE TANPA GUNA TOMATO PURI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan selayang – buang ekor dan kepalanya
2 biji tomato
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2-3 sudu makan sos tomato
Sedikit air – jika suka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
1 biji cili hijau – hiris
1/2 biji bawang holland – hiris
CARA MEMASAK: 1. Kisar tomato, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato. Tambah sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih.
4. Seterusnya masukkan ikan. Biar seketika hingga isi ikan sedikit masak.
5. Perasakan dengan garam dan juga gula dengan secukupnya.
6. Kemudian masukkan hirisan bawang holland dan cili hijau. Kacau sebati.
7. Bila ikan sudah masak sepenuhnya, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.