Pes ikan bakar homemade boleh guna untuk ikan kegemaran anda seperti siakap, pari dan lain-lain. Cicah pula dengan air asam memang bertambah makan dibuatnya.
PES IKAN BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 biji bawang merah
1 biji bawang holland
1 sudu udang kering @ jika tidak boleh guna belacan
8 biji cili padi(terpulang tahap kepedasan)
3 biji cili merah
3 helai limau purut
Cili boh
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan sampai lumat.
Tumis dengan minyak yang agak banyak. Selepas itu masukkan cili boh 4-5 sudu.
Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
Tumis sampai pecah minyak.Siap!
Ads
CARA BAKAR IKAN:
Sebelum bakar ikan lumur sahaja atas ikan.
Letak ikan dalam aluminium foil. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur atau oven.
Gulai Ikan Masin Tumis Darat, menu tradisi mudah yang jadi kegemaran ramai. Lauk ini sangat enak dimasak menggunakan Ikan Talang. Terasa nikmat dalam setiap suapan. Bagi anda yang suka, pasti tahu beratap nikmatnya. Makin diperangat, makin enak kuahnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainalni. Sesuai dijadikan menu makan tengahari.
2-3 ekor ikan duri masin @ikan talang masin lagi sedap – potong ikut suka – beli online disini 4 sudu makan rempah kari ikan cap ‘O’ (jenama lain pun boleh) – beli online disini 1/2 sudu besar serbuk cili – beli online disini 3 1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa (jika guna santan kotak, guna 1 kotak kecil dan masukan air 3 cawan) – beli online disini 2 cubit gula Sedikit bahan perasa jika suka 1 sudu teh garam 1 1/2 keping asam gelugur (boleh gantikan 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair) – beli online disini Terung bulat – potong 4 (boleh juga guna terung panjang) Kacang panjang secukupnya
1 biji bawang besar @ bawang ros – hiris nipis 3 ulas bawang putih – hiris 3 tangkai daun kari – beli online disini 1 sudu teh halba campur – beli online disini 5 tangkai cili kering – potong serong – beli online disini 2 senduk minyak masak untuk menumis
1.Rendam potongan ikan masin dalam air panas untuk kurangkan rasa masin. Kemudian basuh dan toskan. 2. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula dan sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit untuk bagi rempah masak elok. 3. Kemudian masukkan santan. Apabila santan mula mendidih, masukkan terung bulat. 4. Bila terung bulat sudah mula lembut, masukkan ikan masin. Masak guna api sederhana dan kena kacau selalu untuk elakkan santan pecah minyak. 5. Apabila kuah gulai mula mendidih ganas, masukkan kacang panjang. Tunggu sayur lembut. 6. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Tambah garam jika perlu tapi harus rasa terlebih dahulu. Tutup api. Ketepikan. 7. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat hingga agak garing.
8. Kemudian tuang bahan tumis darat dalam kuah gulai tadi sekali dengan minyaknya sekali. 9. Gulai Ikan Tumis Darat siap untuk dinikmati.
NOTA: Gulai ini sedap jika diletak nanas. Tetapi jika tambah nanas, jangan letak air asam hawa atau asam keping.
Anda berdiet, tapi mahu makan sedap? Apa kata cuba menu salmon panggang ikut cita rasa atau tekak sendiri yang penting ia sedap dan kaya dengan bermacam khasiat. Kalau tidak tahu bagaimana nak masak menu salmon panggang, Anda mulakan dengan menu yang ringkas dan mudah tak sampai 15 minit siap dan boleh makan.
SALMON PANGGANG
BAHAN-BAHAN
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Asam Tempoyak Ikan Patin yang dihidangkan oleh Datin Sukma, sampai hirup kuah. Cukup asam garam dan pedasnya. Memang boleh buat sesiapa yang menikmatinya ketagih. Tambah menarik personaliti bertubuh kecil molek ini tak kedekut kongsi tip macam masak tempoyak ikan patin.
“Saya belajar masak Asam Tempoyak Patin dengan mak mentua. Dia memang pakar masak tempoyak dan pernah buka restoran di Temerloh. Dia juga ajar macam mana nak hilangkan hanyir ikan patin ni. Selain cuci dengan air asam limau atau tepung, ada satu benang halus dalam isi ikan patin yang mesti dibuang kerana benang halus itulah yang menyebabkan ia ikan itu hanyir. Perkara ini ramai orang tak tau, Alhamdulillah dengan tunjuk ajar mak mentua, bolehlah saya masak Asam Tempoyak Patin,” ujar Datin Sukma turut memberitahu bahawa ikan patin juga enak dimasak dengan menu asam pedas.
Kalau korang nak tau, Datin Sukma bukan hanya hidangkan kami dengan Ikan Patin Masak Tempoyak, tetapi juga Rendang Daging Berempah Pahang kesukaan suaminya dan sambal sotong. Memang terbaik rasanya. Terima kasih Datin Sukma kerana sudi menerima kunjungan RASA.
Korang yang nak cuba tiga menu Datin Sukma, berikut resipinya, atau boleh dapatkan Majalah RASA terbaru di pasaran sekarang.
IKAN PATIN ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR HALUS:
CARA MEMASAK:
RENDANG DAGING BEREMPAH PAHANG:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!