Ads

Resipi Roti Kek Coklat Chip. Kombinasi Unik Yang Anda Pasti Kagum Dengan Rasa & Hasilnya.

Lapisan bawah roti manakala belah atasnya adalah kek. Wow…Istimewanya, tak perlu susah-susah bakar 2-3 kali. Masak je sekali harung. Memang unik! Anda yang suka baking, bolehlah cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

ROTI KEK COKLAT CHIP

BAHAN-BAHAN UNTUK MENYEDIAKAN DOH MANIS:

BAHAN A:

  • 100gm tepung protein tinggi
  • 80gm tepung gandum
  • 90gm gula
  • 5gm susu tepung
  • 5gm garam

BAHAN B:

Ads
  • 30ml susu UHT
  • 120ml air sejuk
  • 6 biji telur

BAHAN C:

  • 35gm mentega

BAHAN D:

Ads
  • 9gm yis segera

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:

  • 130gm gula halus
  • 150gm telur
  • 130gm tepung gandum
  • 5gm serbuk penaik
  • 60gm minyak jagung
  • 20gm chocolate emulco
  • 50gm cip coklat

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Gulung doh seberat 100gm dan susun di dalam tin. Sapukan tin dengan mentega dan letakkan kertas minyak. Rehatkan doh selama 25minit.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan tepung dan  serbuk penaik. Pukul hingga kembang dan likat. Masukkan pula minyak jagung.
  4. Tunggu sehingga doh menjadi tiga kali ganda. Tuangkan adunan kek ke dalam bekas adunan.
  5. Bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit pada suhu 180°C.

 

Resipi Roti Kek Coklat Chip. Kombinasi Unik Yang Anda Pasti Kagum Dengan Rasa & Hasilnya.


Info Chef: Penggunaan cip coklat memberikan rasa yang lebih menarik terhadap hidangan ini.

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Cara Asas Buat Sendiri KRIM MARJERIN Rasa Lebih Sedap & Lemak,...

Mesti ramai yang ada kenangan beli roti yang penuh berkrim dan sedap dimakan dulu-dulu. Sebenarnya tak perlu beli pun, kita boleh buat sendiri je krim marjerin ni di rumah dengan pelbagai perisa yang disukai. Kalau anak-anak suka makan roti atau kek, pun sesuai sangat sapu krim marjerin ni.