Banyak pula lebihan kentang yang beli seguni hari tu, tapi tak tahu nak buat apa. Jom kita buat Kentang Wedges macam di restoran makanan segera tu. Letakkan pula sos cheese di atasnya. Memang sedap. Buat sendiri, puas hati sekeluarga dapat menikmatinya.
Ikuti resipi mudah membuat Kentang Wedges hasil perkongsian Hanizah Mohd Najib ini. Sedap pula tu dapat makan panas-panas dan garing. Jom kita buat.
Ibu-ibu… kalau dah kreatif tu, buat pizza guna roti burger pun boleh menjadi. Memang sedap dan anak-anak pun suka. Saiznya pun tak besar. Jadi, mudah untuk anak-anak pegang dan makan. Paling penting mengenyangkan.
Jom cuba resipi kreatif daripada Zaiyurah Mohd Radi. Bahan pun tak renyah. Mudah disediakan awal pagi.
Anak pun gembira dapat makan air tangan ibu. Lagi-lagi keju yang meleleh tu. Kanak-kanak memang suka dapat makan keju.
Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak merah dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit air untuk cepat lembutkan lobak merah.
Masukkan daun sup. Setelah naik aroma daun sup, masukkan pula puri tomato dan sos cili. Perasakan pula dengan garam secukupnya.
Susun roti pada dulang pembakar.
Letakkan sos sama rata. Jangan membukit, nanti melimpah pula. Adunan macam ni boleh dapat 14 biji ngam-ngam. Jangan kedekut nak letak. Memang cukup.
Susun lapisan sosej tadi. Potong serong macam ni lebih nampak cantik dan penuh. Bila gigit makan akan terasa sosejnya.
Letak sedikit sos cili buat tambah rasa. Jangan isi banyak sangat, nanti meleleh masa nak gigit makan. Sebab sos cili bersifat cair.
Letak mayones lebih sikit pun tak apa sebab nanti bila bakar, mayones ni akan bertukar agak keras sikit ala cheese. Rasa pun berlemak sedap.
Kemudian, tabur keju mozzarella. Buat sendiri tak kedekut. Puas makan. Boleh bubuh habis satu paket, nanti boleh tarik panjang masa gigit.
Tapi, tabur jangan lebih daripada roti. Nanti masa bakar, cheese akan cair dan akan mengeras semula masa sejuk. Tapi, tetap sedap sebab cheese kan. Memang puas makan.
Dah siap, tabur macam ni susunan piza mini.
Panaskan dulu oven selama 10 minit. Masukkan dalam loyang dan terus bakar 14 ketul roti burger ni sekali gus.
Bakar suhu 160C selama 20 minit insya-Allah cukup masak.
Dah siap bakar. Nampak tu, meleleh-leleh mozzarella tu kan. Buka je pintu oven, harum bau satu rumah.
Dah siap! Saya masukkan dalam kotak je bagi anak bawa bekal ke sekolah. Tak isi dalam bekas bekal besar. Habis makan dengan kawan-kawan, boleh terus buang kotaknya. Mudah macam ni.
Kalau buat jamuan pun senang sangat nak buat. Boleh cari roti burger yang kecil sikit kalau nak kuantiti lebih. Selamat mencuba.
Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni juga adalah masa anda bersama keluarga lebih panjang. Jadi snek dan kudapan memang jadi keinginan. Ni min kongsikan dua snek berasaskan keju iaitu jejari kentang cheese dan kebab roti cheese leleh.
Jejari kentang cheese memang sedap dengan bahan ramuan keju cheddar dan susu tepung. Ditambah daun bawang dan sup.
1. JEJARI KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN :
500gm kentang 1 cawan tepung jagung 1 sudu makan susu tepung 5 keping keju cheddar | dipotong kecil Garam halus secukup rasa Daun bawang & sup – dihiris halus
CARA MEMASAK : 1. Kentang buang kulit kukus hingga masak, kemudian lenyek hingga halus biarkan suam2 dulu 2. Kemudian masukkan semua bahan2 lain gaul sebati jd sprt doh 3. Ikut suka nak buat bentuk apa, jejari ke bulat ke.. terpulang 4. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan 5. Sedap di makan bersama dengan cili mayo atau pun cili kicap
OlehAleen Aireish Sumber : Mrs viriya
2. KEBAB ROTI CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN :
1 bungkus @ 400gm daging kisar 2 sudu makan serbuk kari 1 sudu teh serbuk cili 1 biji bawang besar | potong dadu kecil 3 ulas bawang putih | potong dadu kecil Garam secukup rasa Mix herbs | sedikit sahaja buat bau-bau herba Daun sup secukupnya | hiris halus Telur 2 biji
Beberapa keping roti secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Tumis bawang merah dan bawang putih 2. Masukkan daging kisar, serbuk kari dan serbuk cili 3. Masukkan mixed herbs dan garam secukup rasa. 4. Masak hingga daging dah masak, masukkan daun sup yang dipotong kecil. 5. Pecahkan telur dan gaul sebati. Tutup api. Masukkan sebagai inti roti bakar.
Sumber resepi: internet dan diolahkan sikit2☺️
Kredit :nur farrah salleh
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Roti Johnmerupakan hidangan ringan sedap yang menjadi kegemaran ramai terutamanya di bulan puasa. Kalau gerai Roti John yang sedap ni, memang ramai pelanggan dan kena beratur panjang. Bagi anda yang ingin cuba masak sendiri Roti John secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudari Chinta Eyjaini. Mudah & memang terbaik! Rasa tentulah enak. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MEMBUAT ROTI JOHN HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga rempah masak. Seterusnya masukkan daging cincang. Gaul hingga masak. Masukkan sosej diikuti garam serta lada sulah. Angkat.
2. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan masukkan hirisan bawang dan daun sup. Pukul hingga sebati.
3. Untuk memasak Roti John, satukan bancuhan telur tadi bersama inti yang telah siap dimasak. Ketepikan.
4. Ambil roti dan belah tengah. Jangan sampai putus. Sapu marjerin kemudian tekap seketika atas kuali.
5. Dalam kuali yang sama, cairkan mentega / marjerin kemudian tuangkan inti.
6. Tekapkan roti diatasnya.
7. Bila inti dah masak, terbalikkan.
8. Paipkan sos cili, mayones dan letak sayur mengikut citarasa masing-masing.
9. Akhir sekali lipat roti, potong dan sedia untuk dinikmati.