Jika ada lebihan roti keping di rumah, jom kita buat beberapa menu menarik ini. Antaranya roti telur sardin, roti telur madu, roti bawang putih, dan roti piza.
Resipinya cukup mudah dan cepat disediakan. Memang sesuai buat sarapan mahupun minum petang. Juga sesuai untuk dijadikan bekal anak sekolah ataupun snek untuk dibawa bekal dalam perjalanan mahupun acara jamuan. Jom kita buat resipi hasil perkongsian daripada Nora Yusof ini. Memang sedap dan menyelerakan.
Cucur roti berlauk merupakan alternatif kreatif untuk memanfaatkan lebihan roti yang ada di rumah. Dipadankan dengan inti lauk pilihan seperti sardin, ayam cincang atau sayur, cucur ini bukan sahaja lazat tetapi juga mudah disediakan. Ikuti langkah-langkah mudah dalam resipi ini untuk hasil yang rangup dan berperisa
CUCUR ROTI BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti – dicarik-carik
I biji bawang besar – potong dadu
1 biji cili merah – hiris
1 tangkai Daun ketumbar – hiris
1 tangkai Daun kucai – hiris
½ biji lobak merah – dihiris
100g isi ayam cincang – digoreng
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
Garam dan serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Roti golok pernah viral suatu ketika dulu. Rasanya lemak manis. Kalau diikutkan, roti golok ni simple je. Nak buat pun senang. Jadi, kalau anda penggemar roti golok, boleh try buat sendiri. Puas makan. Lembut je teksturnya.
ROTI GOLOK
BAHAN A
1 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis
(Bancuh BAHAN A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)
BAHAN B
4 cawan tepung roti atau tepung high protein
1 sudu kecil bun softoner
2 sudu besar mentega
1 biji telur ayam
1sudu besar susu tepung
(Ramas- ramas BAHAN B sampai rata)
CARA MEMBUAT
1. Tuang BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik, rehatkan doh selama 30 minit.
2. Timbang doh 20 gram setiap satu sebanyak 3 ketul untuk sebiji roti. Buat memanjang dan pintal-pintal ikut cita rasa masing-masing.
3. Susun dalam loyang.
4. Rehatkan lagi selama 30 minit atau sampai naik dua kali ganda. Sementara itu panaskan oven. Bakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing-masing dengan suhu api atas bawah.
5. Tunggu roti sejuk baru sapu mentega. Tabur gula kastor atau gula halus.
Pilihan bakeri kali ini memang sesuai kalau nak buat ‘tea party’ atau makan petang bersama anak-anak dan seisi keluarga. Selain tekstur yang gebu dan lembut, gaya hiasan dan persembahan roti yang lahir daripada kreaviti pembuatnya juga menjadikan ia semakin berselera untuk dinikmati.
Jom cuba buat resipi dari blogger dan pengajar kelas masakan secara online Zalina Zainal @ Zalynz Oven ini Sedap weiii…
1. FROGGY CUTE BREAD
BAHAN-BAHAN : :
500gm tepung protein tinggi atau tepung roti
100gm gula kastor
100gm marjerin atau mentega
100gm @ 2 biji telur gred B
210ml air suam kuku * uli tangan
5gm @ 1 sudu teh garam halus
10gm @ 2 sudu teh susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 peket yis kering
1 sudu teh pewarna hijau
Susu cair secukupnya | untuk sapuan atas roti
Bahan Inti Coklat :
300ml susu penuh krim
40gm coklat gelap | dipotong kecil atau beli bentuk ‘coin’
20gm serbuk koko
30gm tepung jagung
50gm gula kaster
15gm mentega
Coklat putih secukupnya | dicairkan untuk hiasan mata
CARA MEMASAK :
Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
Sebelum itu bancuh air suam dan gula. Kemudian masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.
Masukkan bancuhan gula dan yis ke dalam bekas tadi dan gaul rata.
Kemudian kita keluarkan dan uli atas tikar/ silikon mat supaya senang kerja menguli. Boleh juga diuli atas papan canai atau meja.
Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sehingga doh betul-betul licin. Selepas itu tutup dengan plastic dan biarkan selama 30 minit
Lepas 30 minit, doh sudah kembang, tepuk-tepukkan dan buang angin.
Timbang doh seberat 25gm setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
Timbang juga doh 2gm untuk mata. Bulatkan doh. Biarkan doh mengembang berasingan.
Paipkan inti coklat di dalam doh 25gram, tutup doh dan terus masukkan doh di dalam bekas cupcake.
Biarkan doh mengembang hingga paras atas cawan acuan cup cake. Sapu susu cair. Letakkan 2biji doh 2gram untuk mata.
Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
Selepas dibakar, sejukkan roti.Kemudian boleh dilukis mata, mulut dan pipi menggunakan pen edible (selamat dimakan). Lekatkan gula-gula untuk mata menggunakan coklat putih yang telah dicairkan.
Cara buat inti coklat:
Kacau semua bahan atas api secara kaedah double boiler (beralaskan bekas berisi air).
Kacau hingga pekat, bila dah masak, tekapkan plastik atas inti coklat.
Bila inti dah sejuk simpan dahulu dalam peti sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 29 ketul, anggaran 25gm setiap satu
Waktu memasak : 35 minit termasuk hiasan
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Inspirasi roti cute dari Jepun
INFO CHEF : Boleh pelbagaikan inti contoh seperti jem strawberi, kaya dan inti kacang merah.
2. BEAR CUTE BUN WITH CHOCOLATE FILLING
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
100gm gula kastor
100gm mentega atau marjerin
2 biji telur @ 100gm gred B
210ml air suami kuku | untuk uli pakai tangan
1 sudu teh @5 gm garam halus
2 sudu teh @ 10gm susu tepung
1 sudu teh Bread Improver
1 peket yis kering
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula. 2. Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.. 3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis ke dalam bekas tadi dan gaul rata.
4. Keluarkan dari bekas dan uli atas tikar silicon (silicon mat), atau atas papan canai.
5. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau hingga doh betul-betul licin.
6.Kemudian tutup dengan plastik atau kain, biarkan selama 30 minit. Lepas 30 minit, bila doh dah kembang, tepuk doh untuk buang angin.
7. Timbang doh seberat 25gm setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
8. Timbang juga doh 2 gm untuk telinga. Bulatkan doh.Biarkan doh mengembang berasingan.
9. Paipkan inti coklat di dalam doh 25gm, tutup doh dan terus masukkan doh di dalam bekas cupcake.
10. Biarkan doh mengembang hingga paras atas cawan cup cake. Sapu susu cair. Letakkan 2 biji doh 2gm untuk telinga.
11. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
12. Selepas dibakar, sejukkan roti.Kemudian boleh dilukis mata, mulut dan pipi menggunakan pen edible.
Saiz hidangan : 29 ketul, anggaran 25gm setiap satu
Waktu memasak : 12 hingga 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Inspirasi roti cute dari Jepun
INFO CHEF: Boleh juga dimasukkan pewarna jika mahukan roti cute bear berwarna yang lebih menarik
Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
Sebelum itu bancuh air suam dan gula dahulu, kemudian letak yis. Kacau dan biar hingga berbuih.
Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
Kemudian keluarkan doh dan uli atas silikon mat atau papan canai untuk memudahkan kerja menguli dengan tangan. Uli tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
Selepas itu tutup dengan plastik dan biarkan selama 30 minit..
Lepas 30 minit, doh bila doh sudah kembang, tepuk-tepuk doh untung buang anginnya.
Timbang doh seberat 40gm untuk bahagian badan, 5gm untuk kepala, 5 biji doh 2gm untuk kaki, tangan dan ekor. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
Paipkan inti coklat di dalam doh 40gram, tutup doh dan terus susun di atas dulang pembakar yang telah disapu margerin atau dialas dengan kertas baking. Susun terus doh untuk kaki, tangan dan mata pada doh badan kura-kura.
Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Sapu susu cair.
Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
Selepas dibakar, sejukkan roti.
Cairkan coklat coin atau bar coklat bar secara kaedah double boiler. Kemudian celup bahagian atas badan kura-kura pada coklat yang telah dicairkan. Letak coklat cip putih di bahagian atas sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 20 ketul, anggaran 40gm setiap satu
Waktu memasak : 12 hingga 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Gaya corak roti yang sesuai untuk selera anak-anak
INFO CHEF : Sedap juga kalau menggunakan hiasan keju, kastad atau jem beri.
CHICKEN FLOSS EGG ROLL
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
100gm gula kastor
100gm majerin atau mentega
2 biji telur Gred B (100gram)
210ml air suam kuku | untuk uli tangan
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh susu tepung
1 sudu teh Bread Improver
1 peket yis kering
Bahan untuk hiasan :
Chicken floss secukupnya | ada dijual di kedai bakeri
2 biji telur | dikacau untuk disapu atas roti
Daun sup secukupnya | helaian daun
Cili merah secukupnya
Sos cili secukupnya | dipaipkan atas roti gulung
Mayonis secukupnya | dipaipkan atas roti gulung
CARA MEMASAK : 1.Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula. 2.Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian masukkan yis , kacau dan biar hingga berbuih. 3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi, gaul rata. Keluarkan dan uli di atas tikar silikon atau papan canai . Taburkan sedikit tepung.
4. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
5. Kemudian tutup dengan plastik atau kain, biarkan selama 30 minit.
6. Lepas 30 minit, doh kembang, tepuk atau tumbuk doh untuk buang angin.
7. Timbang doh seberat 200gram setiap satu.Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
8. Gelek doh dan muatkan doh di dalam loyang 22.9 sm ( 9 inci) . Cucuk-cucuk doh dengan garfu.
9. Biarkan doh mengembang lebih kurang sejam. Pecahkan 2 biji telur dan kacau. Kemudian sapukan atau tuang telur ke atas doh. Hias dengan daun sup, cili merah dan bijan.
10. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
11. Selepas dibakar, boleh terus keluarkan roti dari loyang dan terbalikkan roti pada plastik atau kertas baking.
12. Paipkan sos dan mayonis dan taburkan chicken floss secukupnya. Roti hendaklah digulung waktu masih suam. Selepas digulung kemas, boleh potong roti dan dihidang.
Keistimewaan : Roti gulung dengan chicken floss,gaya menarik menggantikan bun.
Info Chef : Chicken floss juga boleh digantikan dengan inti tuna atau sardin yang telah digaulkan dengan sedikit mayonis. Anda boleh juga menggunakan serunding ayam atau serunding daging.
*Pukul creamcheese dan gula icing sehingga lembut. Kemudian masukkan susu cair. Pukul rata.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula. 2. Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.. 3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi, gaul rata.
4. Kemudian keluarkan dan uli di atas tikar silikon atau papan canai/permukaan rata untuk memudahkan kerja menguli menggunakan tangan. Uli lebih kurang 15 minit atau sampai doh licin.
5. Tutup doh dengan plastik atau kain dan biarkan selama 30 minit.
6. Selepas 30 minit, doh sudah mengembang, kemudian tepuk atau tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin dalam doh.
7.Timbang doh seberat 500gm setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
8.Tabur sedikit tepung pada meja. Gelek doh memanjang menjadi ukuran 30cm x 40cm.
9. Cairkan sedikit mentega. Sapu mentega menggunakan berus pada keseluruhan bahagian atas doh yang telah digelek.
10.Tabur rata serbuk kayu manis yang telah digaulkan dengan gula perang.
11.Gulung kemas doh. Potong doh menggunakan pisau gerigi pada 9 bahagian.
12. Susun doh yang telah dipotong di dalam loyang 20 sm (8 inci). Loyang hendaklah disapu marjerin atau dialas dengan kertas baking.
13. Biarkan doh mengembang bercantum.
14. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
15. Selepas dibakar, sejukkan roti. Kemudian boleh sapu bahagian atas roti dengan krim keju dan taburkan hirisan badam yang telah dibakar terlebih dahulu.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!