Kadang-kadang rasa macam nak buat roti sendiri di rumah tapi takut tak menjadi pula dah memabazir bahan tu. Tapi jangan risau dah! Kalau ikut resipi yang dikongsikan oleh Eniza M.Salim ni pasti menjadi. Resipi Roti Bun Sardin ni sangat mudah je untuk disediakan. Bahan yang digunakan juga tidak banyak dan cara pembuatan tidak renyah.
Lepas ni kalau teringin nak buat Roti Bun sendiri cuma tinggal tukar inti je sebab bahan-bahan asas nak buat Roti Bun Sardin ni sama je cuma kalau tak suka inti Sardin boleh ubah inti lain tau. Jom kita cuba!
ROTI BUN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
Bahan-Bahan Roti:
- 1/2 kg tepung
- 1¼ cawan air suam
- 1 paket mauripan
- 2 sudu marjerin
- 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu gula
** tambah 1/2 sudu teh bread improve (jika ada) untuk roti lebih lembut
Bahan-Bahan Inti:
- 1 tin kecil sardin
- 1 bawang besar holland- cincang
- 2 sudu cili blend bersama bawang
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu minyak
Cara Penyediaannya:
- Masak inti dahulu. Panaskan minyak dan tumis bawang holland cincang. Masukan cili kisar hingga garing. Tambah sardin lenyek tanpa sos. Tambah garam/gula & masak hingga kering. Sejukkan
- Bancuh yis dengan 1/4 caaan air dan 2 sudu gula. Biar 10 minit hingga berbuih. (Jika tidak berbuih, mungkin yis sudah mati dan sila ganti yis baru
- Gaul tepung dengan susu, marjerin, garam dan masukkan bancuhan yis
- Tambah air sikit demi sikit sambil diuli hingga lembut. Lebih kurang 1/2 jam
- Rehatkan 20 minit
- Bulat-bulatkan dough sebesar bola pingpong dan sikan setiap bebola dengan inti sardin
- Susun dalam tray dan biar dough naik selama 1/2 jam
- Panaskan oven 180° selama 10 minit & masukkan tray roti dan bakar lebih kurang 20 minit
- Bila masak angkat dan sapu butter pada permukaan roti.. Biar sejuk
SELAMAT MENCUBA!
Kek Mini Strawberry Oreo Cheese, Rasa Masam Manis Lemak Yang Sebati!
Resipi Lepat Liat Inti Kelapa, Tak Semua Orang Tahu Kesedapannya!
Tak Sedap Badan? Ini Resipi Maggi Penyedap Tekak, Kuah Yang Pekat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI