Enaknya jika dapat menikmati sajian Nasi Tomato yang enak bersama lauk Ayam Masak Merah dan juga Jelatah. Memang tak jemu. Ada yang teringin nak makan menu ni hari ini? Saudari Zadariah Zakaria ada kongsikan resipinya. Istimewa resipi beliau, Nasi Tomato dikukus dan bukannya dimasak seeprti biasa. Katanya nasi akan tahan lebih lama dan lambat basi. Wow…Boleh cub ani.

 

CARA MASAK NASI TOMATO KUKUS, AYAM MASAK MERAH & JELATAH

Resipi Nasi Tomato Kukus & Ayam Masak Merah Yang Sedap

 

NASI TOMATO KUKUS

Resipi Nasi Tomato Kukus & Ayam Masak Merah Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras biasa – basuh dan tos (jika guna beras basmathi -rendam 30 minit, basuh dan tos)
1 ulas bawang merah -tumbuk
1 ulas bawang putih -tumbuk
2 cm halia -tumbuk
2 sudu makan minyak sapi@ marjerin beli online disini
Rempah 4 sekawan – tak perlu banyak
1/2 tin tomato puri (empunya resipi guna duChef tin 220gm) beli online disini
2 sudu makan gula @ secukupnya
1 sudu teh garam
Secubit aji – jika suka
1/3 tin susu cair beli online disini
2½ cawan air
Daun pandan

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Tunggu mendidih dan masukkan bersama beras dalam pengukus.
3. Kukus selama 15 minit, buka penutup dan gemburkan nasi. Sambung kukus hingga nasi masak.

 

AYAM MASAK MERAH

IKLAN

Resipi Nasi Tomato Kukus & Ayam Masak Merah Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – bersihkan & letak garam kunyit
Rempah 4 sekawan
1 senduk kecil cili kisar beli online disini
½ tin tomato puri (baki masak nasi tadi)
1 batang lobak merah – kisar halus bersama air
2 sudu makan sos tomato beli online disini
1 sudu makan sos cili beli online disini
4 sudu makan gula perang @ secukup rasa beli online disini
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cukup rasa
1/3 tin susu cair 
Minyak untuk menumis
Daun pandan
2 biji bawang besar – potong bulat
Daun bawang – jika suka

BAHAN KISAR HALUS:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ruas lengkuas
1 ruas halia
2 batang serai

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam, lumur garam kunyit dan goreng tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, tomato puri, sos tomato dan sos cili, Masak sampai pecah minyak.
4. Kemudian masukkan lobak merah kisar dan ayam. Masukkan 1 cawan air jika terlalu kering. Renehkan sebentar.
5. Masukkan susu cair dan bahan-bahan perasa lain. Masak sampai pecah minyak. Kuah boleh tahap kepekatan yang disukai.
6. Akhir sekali masukkan bawang potong dan daun bawang. Tutup api dan hidangkan.

 

JELATAH TIMUN

IKLAN

Resipi Nasi Tomato Kukus & Ayam Masak Merah Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:
1 batang timun
1 batang lobak merah
1 biji bawang besar
1 tangkai cili merah
1 sudu makan gula
2 cubit garam
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan cuka beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Potong semua bahan ikut saiz yang digemari.
2. Campur semua bahan dalam bekas bersesuaian dan gaul sebati.
3. Jika suka, boleh tambah cili padi untuk rasa lebih pedas dan juga nanas.

 

Kredit resipi & foto: Zadariah Zakaria

 

IKLAN

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/canned-dry-packaged-foods/sunflower-pure-basmathi-premium-pusa-1121-rice-set-20160120?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Sunflower Pure Basmathi Premium Pusa 1121 Rice Set[/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

5 Resipi Lauk Pauk Rendah Garam & Kebaikannya Terhadap Kesihatan

Maggi Goreng Special Sedap Untuk Makan Malam. Mudah Je Caranya

Pucuk Ubi Goreng Resipi Dari Ig Live Dato’ Rizalman. Mudah & Memang Sedap

Cara Buat Dumpling Wrapper Sendiri & Inti Gyoza Ayam, Sedap!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=cFiORQpE3_8

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI