Berapa ramai di antara kita yang takut untuk menggunakan produk penambah perisa Monosodium Glutamat (MSG) seperti AJI-NO-MOTO®, dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan negatifnya kepada kesihatan.
Antara mitos yang selalu kita dengar akibat menggunakan produk ini ialah kepala cepat botak, kepala pening, cepat berasa haus dan yang paling ditakuti ianya boleh menyebabkan kanser.
Namun tahukah anda, sebenarnya semua itu adalah tidak benar sama sekali!
MSG sebenarnya ialah asid glutamik atau glutamat (sejenis asid amino). Glutamat ini boleh didapati secara semulajadi dalam makanan berprotein seperti daging, sayur-sayuran, hasil ternakan dan susu.
Malah jika anda nak tahu, badan manusia pun ada menghasilkan glutamat dalam jumlah yang banyak. Otot, otak dan organ badan yang lain mengandungi lebih kurang empat paun glutamat.
Paling menarik, susu ibu pun kaya dengan glutamat, iaitu enam kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu!
Jadinya di sini, jangan cepat percaya dengan khabar angin yang belum tentu sahih. Umpama janganlah buang air dalam tempayan jika baru mendengar guruh di langit.
Sebenarnya, penggunaan AJI-NO-MOTO® di dalam makanan adalah lebih baik daripada garam sahaja. Ini kerana ia dapat mengurangkan pengambilan garam atau sodium dalam diet harian. Jika anda nak tahu, AJI-NO-MOTO® mengandungi hanya 12% sodium manakala garam mengandungi 39%. Menarik kan?
Jadi hentikan salah faham tentang mitos penggunaan AJI-NO-MOTO® kerana ia telah digunakan lebih dari 100 tahun dan ia juga merupakan salah satu bahan makanan yang paling selamat dah telah banyak dibuat kajian.
Yang penting, AJI-NO-MOTO® membantu mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Hanya sekadar ditambah sedikit sahaja bagi menambahkan kesedapan rasa dalam masakan dan mampu mengurangkan pengambilan sodium sebanyak 30% hingga 40%.
Masakan akan jadi lebih enak bila dimasak bersama AJI-NO-MOTO®. Ia memberikan rasa ‘umami’ iaitu rasa asas kelima selain daripada manis, masin, masam dan pahit.
Ads
Inilah faktanya kerana AJI-NO-MOTO® yang dihasilkan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad adalah tulen dan ia dihasilkan daripada tebu atau ubi kayu melalui proses penapaian dan disahkan halal dari JAKIM.
Jom masak dengan menggunakan AJI-NO-MOTO® kerana ia membantu menjimatkan masa dan memudahkan kerja masakan anda.
Jadi nak masak menu apa agaknya ya? Jangan risau. 5 resipi di bawah boleh membantu anda tentang idea untuk masakan rendah garam yang mudah, sihat dan sedap hanya dengan menambah AJI-NO-MOTO®. Selamat mencuba!
1. AYAM REBUS KUAH TAUCU
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam
2 helai daun bay
2 hiris halia
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
Air secukupnya
BAHAN KUAH:
2 sudu makan taucu
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji jus limau nipis
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
5 biji cili padi | hiris
Sedikit lada benggala | dadu halus
1/2 sudu kecil gula jika perlu
1/2 cawan air rebusan ayam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama daun bay, halia, AJI-NO-MOTO® dan garam. Rebus selama 10-15 minit atau hingga isi ayam masak.
2. Angkat dan toskan isi ayam. Simpan 1/2 cawan air rebusan tadi.
3. Untuk menyediakan kuah, masukkan taucu ke dalam kuali.
4. Masukkan juga air rebusan ayam, sos tiram, kicap manis, bawang holland, bawang putih, halia, cili padi dan lada benggala. Masak guna api sederhana hingga kuah sedikit pekat.
5. Perasakan dengan jus limau nipis, AJI-NO-MOTO® serta gula jika perlu. Setelah cukup rasa, padamkan api.
6. Hiris isi ayam yang telah direbus tadi dan tuang kuah taucu. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 46% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
2. BERLADO TEMPE TAUHU
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu | dipotong dan digoreng
2 paket tempe | dipotong dan digoreng
300gm cili hijau
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 biji buah tomato hijau | ditumbuk
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
100gm minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Rebus cili hijau, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Tos dan tumbuk kasar-kasar. 2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga pecah minyak. 3. Selepas itu masukkan tomato, AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau sebati 4. Masukkan tempe dan tauhu. Gaul hingga rata. 5. Sedia dinikmati.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
3. KERABU SEAFOOD THAI
BAHAN-BAHAN:
Ads
200gm udang | buang kulit
200gm sotong | buang kulit & hiris bulat
50gm suhun | rendam, celur dan tos
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan kepingan cili kering
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula perang
BAHAN HIRIS:
3 batang serai
4 helai daun limau purut
1 biji tomato
1/2 cawan daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
1. Campurkan sotong dan udang yang dibersihkan, gaulkan dengan jus limau.
2. Bersihkan, dan celur sekejap lebih kurang 1-2 minit dalam air mendidih.
3. Angkat dan tos.
4. Masukkan bahan seafood suhun yang telah dicelur bersama bahan hirisan lain.
5. Tambahkan sos cili Thai, kepingan cili, AJI-NO-MOTO®, gula perang, jus limau nipis dan garam.
6. Gaul rata, Salad sedia dihidangkan.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 13% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
4. SUP BEBOLA IKAN, LEEK & CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN
Ads
300gm bebola ikan
1 batang leek | hiris
150gm cendawan tiram | carik
Sedikit suhun | rendam
3 ulas bawang putih | tumbuk
5 biji bawang merah | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
4-5 biji cili padi | titik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk, renehkan guna api sederhana.
2. Masukkan bawang merah, halia, bawang putih dan cili padi.
3. Setelah air mendidih, masukkan bebola ikan, leek dan cendawan tiram. Biarkan mereneh hingga bebola ikan timbul.
4. Masukkan suhun dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan serbuk lada hitam.
5. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
5. DENDENG DAGING BERLADO
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato | potong dadu
1 batang serai |ketuk
2cm halia
Minyak masak secukupnya
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, tomato dan cili merah. Ketepikan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum. 4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, sedikit garam dan gula jika perlu. 5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging. 6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ada macam-macam resipi dan cara nak masak Sambal Sotong. Ada yang guna banyak bahan, ada juga resipinya yang sangat mudah dan ringkas. Yang paling penting, rasanya harus cukup. Ada pedas, ada manis, ada masin dan sedikit masam. Fuhhhh…Pasti terangkat. Ni nak kongsi satu tip untuk menyedapkan rasa Sambal Sotong ni. Jom cuba! Boleh dijadikan lauk makan tengahari.
CARA MASAK SAMBAL SOTONG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Sotong segar secukupnya – bersihkan
2-3 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
MAGGI® Sambal Tumis 60gm
1 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang yang telah dihiris tadi hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan MAGGI® Sambal Tumis 60gm. Masak lagi hingga sambal pecah minyak. 3. Masukkan serbuk kunyit. Ia bertujuan supaya rasa sambal jadi lebih sedap. 4. Seterusnya masukkan hirisan sotong. Gaul sebati dan teruskan masak sehingga air sotong keluar. Tidak perlu tambah air. 5. Bila sambal sudah berkuah, masukkan asam gelugur. 6. Perasakan dengan MAGGI® CukupRasa. 7. Sambal Sotong paling ringkas siap dan sedia untuk dinikmati.
PETUA:Penambahan serbuk kunyit menjadikan rasa sambal lebih enak dan beraroma. Cuma tambah sedikit sahaja. Sambal akan jadi lebih sedap.
Sempena Ramadan ini, Freshable menawarkan perkhidmatan penghantaran kit makanan sedia masak yang inovatif untuk memudahkan para ibu yang sibuk bekerja dan dalam masa yang sama mahu memberikan yang terbaik kepada keluarga.
Tentunya tugas ini agak mencabar bagi ibu-ibu yang bekerja kerana perlu bertungkus-lumus menyediakan juadah buat keluarga sebaik sahaja pulang dari kerja. Kini tak perlu bimbang lagi, Freshable ada untuk membantu anda.
Memang best kalau beli dari Freshable kerana setiap hidangan menggunakan bahan yang segar serta kaya dengan nutrisi. Sememangnya Freshable menjadi pilihan buat para ibu kerana ia mudah dan lazat.
Antara hidangan yang ditawarkan di dalam Kempen Festive Ramadan
Tambahan lagi, setiap bahan-bahan dalam hidangan telah dipotong siap-siap dan disediakan mengikut jumlah hidangan. Anda boleh memilih sama ada untuk hidangan 2 orang atau 4 orang. Senang kan? Balik dari kerja, boleh terus masak. Tak perlu renyah-renyah di dapur.
Sepanjang bulan Ramadan ini, Freshable menawarkan 14 hidangan utama menu Timur Tengah dengan satu hidangan sampingan dan setiap pembelian akan menerima sekotak kurma Medjool.
Grilled Za’atar Chicken bersama Garlic Yogurt dan Cilantro & Tomator Pomegranate Salad
Menariknya, setiap resipi telah diolah bersesuaian dengan pelbagai kondisi kesihatan dan diet kerana ia menawarkan pilihan hidangan yang rendah karbohidrat, rendah sodium, rendah kalori, tinggi protein dan sesuai untuk pesakit kencing manis dengan pelbagai pilihan sayur-sayuran.
Bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan segar semestinya menjadi keutamaan buat Freshable. Daging yang digunakan juga mempunyai sijil halal. Jadi, anda tak perlu ragu-ragu lagi. Freshable turut menawarkan pelbagai pilihan snek dan pencuci mulut sedia dimakan (ready-to-eat) yang boleh didapati di dalam laman web mereka.
Menu kegemaran ramai, Chicken 65
Bukan itu saja, Freshable turut mengumumkan pelancaran Kempen Festive Ramadan di mana mereka turut berkolaborasi bersama kedai barangan dapur premium Live It Up! bermula 1 Mac sehingga 21 April 2023. Dapatkan diskaun barangan rangkaian terpilih Zwilling dan Zwiesel sehingga 80% apabila anda mengemukakan resit pembelian menu Festive Ramadan Freshable di kedai Live It Up! 1Utama.
Freshable menawarkan pilihan juadah Sahur dan Iftar yang enak dan sihat, bersama-sama dengan baucar cash-back dan diskaun untuk peralatan memasak premium.
Trio Dips bersama Pita Bread
Setiap pelanggan yang membeli kit hidangan melebihi RM150 di laman web Freshable akan menerima baucar cash-back bermula RM10 hingga RM30, sah bermula 1 Mac sehingga 30 April 2023.
Medjool Dates bersama Carrots dan Green Salad
Jangan tunggu lagi, jom layari www.freshable.co dan add to cart sekarang! Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti media sosial Freshable di Facebook dan Instagram. Sepanjang bulan Ramadan ini, jom pilih Freshable agar hidangan anda ketika Sahur dan Iftar jadi lebih mudah, sihat dan enak!
Syawal bakal menjelma. Ibu-ibu tentunya sibuk merancang untuk membuat kek dan biskut raya yang menjadi kegemaran sekeluarga. Walaupun kita beraya dalam keadaan norma baharu, kuih raya tetap perlu ada di atas meja. Apa kata untuk Syawal kali ini, kita cuba cipta resipi kek dan biskut baru yang sedap dan menyelerakan.
Dengan menggunakan produk Dr. Oetker Nona, segalanya menjadi lebih mudah dan resipi anda gerenti menjadi jika menggunakan sukatan yang tepat. Dalam sekelip mata, pelbagai jenis kek dan biskut yang enak boleh dihasilkan.
Dr. Oetker Nona hadir dengan rangkaian produk membuat kek dan biskut yang lengkap. Antaranya Dr. Oetker Nona Serbuk Koko, Dr. Oetker Nona Sodium Bikarbonat, Dr. Oetker Nona Tepung Naik Sendiri, Dr. Oetker Nona Tepung Biasa, Dr. Oetker Nona Tepung Kastard, Dr. Oetker Nona Kanji Jagung, Dr. Oetker Oats Segera, Dr. Oetker Nona Esen Vanilla, Dr. Oetker Nona Hundreds & Thousands dan lain-lain.
Rangkaian produk yang lengkap ini memudahkan kita untuk membuat dan mencuba resipi kek dan biskut kegemaran keluarga daripada seringkas kek mentega hinggalah kek coklat kesukaan anak-anak. Dengan produk Dr. Oetker Nona ini juga kita boleh menghasilkan kuih-muih pencuci mulut untuk hidangan sepanjang berpuasa dan selepas hari raya.
Produk Dr. Oetker Nona juga didatangkan dengan pek ekonomi dan terdapat beberapa produk disertakan dengan acuan kek atau bekas pembakar. Menariknya, anda juga boleh mencampurkan beberapa produk untuk menghasilkan kek atau biskut yang sempurna. Memang memudahkan tugas ibu-ibu.
Istimewa sempena bulan Syawal ini, Dr. Oetker Nona berkongsi resipi kek dan biskut yang boleh anda cuba. Semuanya mudah dan yang penting rasanya memang sedap. Selamat mencuba.
KEK OATS KURMA BERSOS KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
200gram kurma – buang biji dan cincang
125gram mentega – lembutkan pada suhu bilik
2 cawan Dr. Oetker Nona Tepung Naik Sendiri
½ cawan Dr. Oetker Oats Segera
¾ cawan gula perang
1 ½ cawan air panas mendidih
2 biji telur
1 sudu teh Dr. Oetker Nona Sodium Bikarbonat
1 sudu teh Dr. Oetker Nona Esen Vanila
BAHAN-BAHAN B (SOS KARAMEL)
300ml krim putar
60gram mentega
1 cawan gula perang
½ sudu kecil Dr. Oetker Nona Esen Vanila
CARA MEMASAK:
Letakkan cincangan kurma ke dalam mangkuk tahan panas bersama Oetker Nona Sodium Bikarbonat. Tuang air panas mendidih lalu kacau rata. Tutup mangkuk dan biarkan selama 20-30 minit atau hingga kurma lembut.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula dan Oetker Nona Esen Vanila hingga lembut dan agak kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga telur sedikit kembang.
Tuang kurma yang telah lembut tadi ke dalam mangkuk pengadun. Kacau rata.
Masukkan Oetker Nona Tepung Naik Sendiri dan Dr. Oetker Oat Segera lalu kaup-balikkan sebati.
Tuang bancuhan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit mentega lalu ratakan.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 45 minit atau hingga kek masak.
Untuk membuat sos karamel, satukan semua bahan di dalam kuali lalu didihkan selama 3 hingga 5 minit (sambil mengacau berterusan) atau hingga sos likat. Tuang sos karamel ke atas kek.
Di dalam mangkuk pengadun, satukan Oetker Nona Tepung Jagung, Dr. Oetker Nona Tepung Kastard, Dr. Oetker Nona Tepung Gandum, Dr. Oetker Nona Serbuk Koko dan gula aising. Gaul rata.
Masukkan kuning telur. Gaul sebati hingga menjadi seperti ‘breadcrumbs’.
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
Terap doh mengikut citarasa dan hias dengan Oetker Nona Gula Manik
Bakar pada suhu 170°C selama 15 hingga 20 minit atau hingga biskut masak.
Sertai Rasa Masak Challenge Dessert Series #RiangRayaBersamaDrOetkerNona & Menang Hadiah
Jom sertai Rasa Masak Challenge Dessert Series #RiangRayaBersamaDrOetkerNona bermula 19 April sehingga 10 May 2021. Anda hanya perlu masak, share & menang hadiah.
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu:
Buat satu hidangan pencuci mulut/biskut raya dan rakam video berdurasi 1 – 2 minit atau ambil gambar hidangan pencuci mulut/biskut raya anda dengan cara yang paling kreatif.
Muat naik video atau gambar pencuci mulut/biskut raya anda di Instagram atau Facebook dengan caption yang paling kreatif dan jangan lupa gunakan hashtag #majalahrasa #DrOetkerNona #RiangRayaBersamaDrOetkerNona.
Tag @majalahrasa @droetkernona dan 3 rakan anda. Pastikan akaun Instagram anda dipublickan.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.