Jika di dapur anda ada pisang, keledek dan sagu tetapi tak tahu nak masak apa dengan bahan-bahan ni, anda boleh cuba aneka resipi manisan yang RASA kongsikan ni. Mudah, sedap dan membuka selera, Malah sesuai juga dinikmati pada bila-bila masa. Jangan lupa salin resipi manisan ni tau. Memang best!

 

 1. PISANG BAKAR PENYET

Resipi Manisan Boleh Masak Guna Pisang, Sagu & Keledek.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji pisang nangka muda
  • Sedikit garam halus
  • Keju cheddar
  • Coklat rice secukupnya

BAHAN SOS:

  • 175gm coklat masakan
  • 100ml susu cair
  • 50ml susu pekat
  • 1/2 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Mula-mula, sediakan sos coklat terlebih dahulu. Satukan semua bahan sos dan masak menggunakan teknik ‘double-boiler’.
  2. Sepelah semua bahan sebati, angkat sos dan ketepikan seketika.
  3. Kupas kulit pisang dan bakar hingga garing dan sedikit hangus.
  4. Angkat dan lenyek perlahan-lahan hingga leper. Tabur sedikit garam halus.
  5. Kemudian sapu sos coklat dengan secukupnya diikuti parutan keju cheddar serta coklat rice.
  6. Enak dinikmati semasa masih panas.

Info chef: Lebih enak jiga menggunakan pisang nipah. Jangan guna pisang yang terlalu muda kerana rasa kelat dan kurang enak.

 

 2. SAGU GULA MELAKA

Resipi Manisan Boleh Masak Guna Pisang, Sagu & Keledek.

IKLAN

BAHAN SAGU:

  • 200gm biji sagu halus
  • 3 liter air
  • Sedikit pewarna merah, dan hijau

BAHAN SANTAN:

  • 100ml santan kotak
  • 100ml air
  • 1 sudu teh tepung beras
  • ¼ sudu teh garam

BAHAN SIRAP GULA MELAKA:

  • 150gm gula melaka
  • 50 ml air
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Siram sagu dengan air kemudian toskan dan bahagi dua bahagian.
  2. Bahagikan air kepada dua bahagian, didihkan air dalam periuk berasingan.
  3. Satu warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
  4. Setelah mendidih, masukkan satu, kacau hingga pekat.
  5. Tutup api, tuang dalam bekas dan sejukkan.
  6. Lakukan cara yang sama untuk satu warna lagi.
  7. Satukan semua bahan santan, masak hingga agak pekat. Ketepikan.
  8. Satukan semua bahan sirap. Masak hingga mendidih. Angkat dan sejukkan.
  9. Keluarkan sagu dari bekas, masukkan dalam kotak daun yang telah disediakan.
  10. Hidangkan bersama santan dan sirap gula Melaka.

INFO CHEF: Resipi manisan mudah. Ia lebih sedap dihidangkan sejuk. Oleh itu simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

 

IKLAN

3. THAI COCONUT PUDING

Resipi Manisan Boleh Masak Guna Pisang, Sagu & Keledek.

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1/3 cawan nasi sejuk
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2sudu teh garam

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 1 cawan santan kotak
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu  teh garam

BAHAN HIASAN:

  • Daun bawang | hiris halus
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan semua lapisan bawah di dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
  2. Satukan semua lapisan atas, ketepikan.
  3. Gris acuan kuih cara dengan minyak masak. Panaskan sebentar.
  4. Kacau lapisan bawah dan tuang satu senduk kecil adunan ke dalam acuan hingga penuh.
  5. Biarkan seketika hingga bahagian bawah berlekuk.
  6. Masukkan satu sudu kecil adunan atas. Tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.
  7. Kecilkan api dan masak sehingga bahagian tepi keperangan. Angkat menggunakan chopstick atau sudu.

INFO CHEF: Selain menggunakan acuan kuih cara atau tako, puding ini diisi dalam loyang dan dibakar macam kuih bakar biasa.

 

 4. BEBOLA KELEDEK DENGAN BIJAN

Resipi Manisan Boleh Masak Guna Pisang, Sagu & Keledek.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm keledek warna unggu
  • 100gm kelapa parut | putih sahaja
  • 50gm gula pasir
  • Tepung gandum secukupnya
  • Secubit garam
  • Bijan secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan keledek, kemudian kukus dengan kulitnya sekali hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Setelah sejuk, buang kulit, dan lenyek keledek hingga lembut.
  3. Tambahkan dalam keledek kelapa parut, gula dan garam secukup rasa.
  4. Gaul rata dan tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli hingga mendapat doh lembut.
  5. Bulat-bulatkan doh dan golekkan di dalam bekas yang berisi bijan supaya keseluruhan permukaan bebola kentang.
  6. Panaskan minyak dengan api sederhana, kemudian goreng bebola kentang hingga bijan bertukar wana keemasan.
  7. Angkat dan hidangkan pana-panas.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI