Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
Bijak mengolah menu, pasti ahli keluarga tidak jemu menikmati apa juga hidangan yang anda sediakan. Apa kata kali ini anda pelbagaikan menu yang anda warisi dari ibu atau nenek dengan olahan baru sesuai dengan cita rasa moden dan ia lebih mudah disediakan. Apa yang penting rasanya sedap dan tak jemu makan.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji bawang besar | hiris
5 batang serai | titik
3 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
2 keping asam gelugor
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
AYAM TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
4 batang serai | titik kasar
1 biji bawang besar | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
6 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
500ml santan pekat
Daun pegaga secukupnya
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3cm halia muda
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
Kalau anda masih tercari-cari apa kuih raya nak buat, masukkan resipi biskut ini dalam list biskut yang akan dibuat menjelang raya nanti. Ianya senang dan tak perlu acuan, bulat-bulatkan atau sudukan je doh ke dalam dulang pembakar.
Mungkin ada yang pernah jumpa resipi ni. Ada juga yang tak pernah jumpa. Jadi RASA kongsikan di sini resipi Sup Kelapa Daging Bakar yang jarang-jarang dibuat. Korang boleh nikmati sup dengan cita rasa yang berbeza.
SUP KELAPA DAGING BAKAR
Bahan-bahan
300 gram daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100 gram isi kelapa (dihiris nipis)
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
2 biji cili padi merah (dihiris nipis)
Daun bawang untuk hiasan
Cara memasak
1. Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
2. Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
3. Seterusnya masukkan daging bakar dan isi kelapa. Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
4. Setelah mendidih, padamkan api. Taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.