Bila melihatkan harga keledek lebih  mahal dari kentang dan kuih berasaskan keledek juga melantun-lantun mahalnya . Lalu terkenang zaman dulu-dulu keledek tak ada harga, bayangkan hanya 50-6- se dek kerana tak boleh jual emak-emak pandai cipta macam-macam kuih berasaskan keledek, sedap pulak tu.

 

Sebab itulah ,kuih Keria, Cucur Badak dan Cek Mek Molek  antara kuih berasaskan keledek terus menjadi kuih lagend sehingga sekarang. Tetap sedap dan memikat selera,cuma harganya yang agak mahal. Jadi apa kata kita buat sendiri tiga kuih ini sendiri, biar puas makan.

Tiga Kuih Berasaskan Keledek Yang Sedap Berkhasiat

KUIH KERIA

BAHAN-BAHAN:

  • 700 gm ubi keledek
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan  air
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Kupas kulit  dan potong keledek  kecil-kecil.
  2. Kemudian rebus hingga empuk, masukkan sedikit garam.
  3. Lenyek ubi keledek semasa masih panas dan  sejukkan.
  4. Masukkn tepung dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh.
  5. Taburkn tepung atas papan pencanai dan tapak tangan.
  6. Ambil doh sebanyak 30gm dan bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis.
  7. Panaskan minyak dan goreng kuih hingga kuning keemasan.
  8. Sejukkan sebentar.
  9. Sementara itu, masukkn gula dan air ke dalam kuali.
  10. Didihkan menggunakan api yang sederhana.
  11. Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkn kuih tadi. Gaul rata.
  12. Bila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Hidangkan.

INFO CHEF: Kalau boleh dapatkan keledek yang kuning isinya, kerana ia lebih lembut dan manis.

Tiga Kuih Berasaskan Keledek Yang Sedap Berkhasiat

KUIH CEK MEK MOLEK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ubi keledek
  • Tepung gandum
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
  2. Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
  3. Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
  4. Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
  5. Bentukkan doh  bulat seperti bebola.
  6. Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
  7. Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
  8. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.

INFO CHEF: Gunakan api sederhana semasa menggoreng untuk mengelakkan kuih pecah.

Tiga Kuih Berasaskan Keledek Yang Sedap Berkhasiat

IKLAN

CUCUR BADAK

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram keledek | direbus dan lenyek
  • 3 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN INTI::

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 100gm udang kering  | direndam dan dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 biji bawang merah | dikisar
  • 7 biji cili merah | dikisar
  • 1cm halia | dikisar
  • 1 batang serai | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

 

CARA MEMASAK:

CARA MEMASAK:

1.    Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.

2.    Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak

3.    Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.

IKLAN

4.    Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.

5.    Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.

6.    Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

7.    Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

INFO CHEF: Jika keledek agak lembik semasa direbus, sejukkan dahulu sebelum dilenyek.

Tiga Kuih Berasaskan Keledek Yang Sedap Berkhasiat

INFO : KHASIAT UBI KELEDEK

Ubi keledek mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah berbanding jenis ubi lain. Ia mengandungi

hanya 23 gram karbohidrat. Maka keledek merupakan sumber karbohidrat yang baik dan tidak mengemukkan

IKLAN

dan memberi kesan kenyang yang lebih lama.

 

Keledek juga mempunyai serat hampir dua kali ganda berbanding jenis ubi yang lain. Di katakan ubi keledek menyumbang

7gram serat tiap kali pengambilannya. Serat yang tinggi membantu melambatkan proses pembakaran kalori dan ini membolehkan

kalori digunakan lebih lambat dan lebih baik. Sudah tentu-tentunya baik untuk anda yang sedang berdiet.

 

Untuk turunkan berat badan dan kurus dengan sihat , tubuh memerlukan vitamin yang baik dan berkesan.

Ubi Keledek mempunyai Vitamin A dan vitamin C, B6,Kalium, riboflavin dan banyak lagi. Sebiji ubi keledek

memiliki 28 peratus kalium dan ini menunjukkan ia mempunyai lebih baik kalium daripada pisang.

 

Ubi keledek mempunyai kandungan air yang banyak dan dapat membantu menurunkan berat badan.

Badan yang mengandungi air lebih senang kembali ke bentuk asal berbanding badan yang mempunyai lemak. Selain itu

makanan yang mengandungi kandungan air yang banyak akan membuatkan anda cepat berasa kenyang dan tahan lama.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI