Tiada siapa yang boleh menolak apabila dihidangkan Lempeng Kelapa di depan mata. Selain mudah dimasak, ia juga sangat lembut dan sedap. Kali ini, kita cipta kelainan dengan menyediakan Lempeng Daging Berkeju. Lempeng diletakkan inti daging serta keju di dalamnya, digulung dan dipotong kecil. Makan panas-panas lagi sedap.

Lebih enak apabila apabila menggunakan Mentega Anchor dan Anchor Cheese Slices dalam Lempeng Daging Berkeju ni. Mentega Anchor hadir dengan warna keemasan semula jadi yang pastinya memberi rasa berkrim dan kaya pada hidangan kita.Resipi Lempeng Daging Berkeju Yang Mudah & Sedap. Wajib Cuba!Manakala Anchor Cheese Slices yang digunakan dapat menambah rasa dalam hidangan. Kepingan keju yang kaya dengan protein dan kalsium ini memang sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah, pasti mereka suka.Resipi Lempeng Daging Berkeju Yang Mudah & Sedap. Wajib Cuba!

LEMPENG DAGING BERKEJU

Resipi Lempeng Daging Berkeju Yang Mudah & Sedap. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN A:

  • 8-10 keping Anchor Cheese Slices
  • Anchor Unsalted Butter secukupnya

BAHAN-BAHAN B (LEMPENG):

  • 360gram tepung gandum
  • 200gram kelapa parut
  • 500ml air
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung gandum, kelapa parut dan garam dalam mangkuk. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit lalu kacau hingga jadi bancuhan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
  2. Cairkan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Tuang sesenduk bancuhan lempeng lalu masak hingga agak perang dikedua-dua bahagian. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN C (INTI DAGING):

  • 300gram daging kisar
  • 50gram Anchor Unsalted Butter
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • Garam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Tumis bawang cincang hingga wangi. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Tambah sedikit air lalu tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging kisar dan sos tiram. Gaul sebati dan tumis beberapa minit hingga daging masak. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan.
  3. Ambil sekeping lempeng kelapa, letak 1-2 keping Anchor Cheese Slices. Sudukan inti daging lalu tutup atau gulung lempeng. Potong mengikut cita rasa.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia

IKLAN

Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari

Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah Macam Dekat Restoran

Cara Buat Kuih Lopes Gula Melaka Sedap Guna Lemang Segera

Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI