Perah cuba makan Kelupis? Ia adalah salah satu sajian tradisi istimewa dari Sarawak yang seakan ketupat. Ia adalah berupa pulut yang dimasak bersama santan dan dibungkus menggunakan dun palas. Jika di Brunei, ia dibungkus menggunakan daun nyirek. Biasanya dinikmati pada hari raya bersama rendang, kuah kari, Daging Masak Kicap, Daging Masak Hitam atau pun susu. Nak cuba buat? Saudari Eiyjarn Aziean AnGah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1.Bersihkan beras pulut dan rendam dalam air hingga kembang. Kemudian toskan. Sukatan beras pulut bergantung pada banyak mana anda nak masak.
2.Masukkan santan pekat ke dalam kuali bersama garam secukupnya. Masak santan. Makin lama santan dimasak, lagi berlemak rasa Kelupis nanti. Biar santan mendidih lama sedikit.
3. Masukkan beras pulut.
4.Ratakan beras pulut. Sukatan santan haruslah lebih tinggi dari beras.
Ads
5.Sentiasa kacau beras agar bahagian bawahnya tidak hangus dan berkerak.
6.Teruskan masak sampai santan kering.
7.Masukkan beras pulut ke dalam pengukus. Kukus lagi hingga masak.
8.Keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan ke dalam dulang. Ratakan.
9.Potong pulut supaya sama besar.
10.Bentukkan memanjang menggunakan upih pinang (jika ada). (RASA: jika tiada, boleh guna plastik)
11.Susun gulungan pulut dalam talam. Lakukan hingga habis.
12.Ambil potongan pulut tadi dan bungkus memanjang guna daun palas.
13.Ambil 4-5 gulungan kelupas dan satukan. Ikat secara membelit.
14.Bila semua siap dibungkus, kukus Kelupas sekali lagi selama 40-60 minit.
Resipi nasi goreng ikan. Antara makanan untuk sarapan yang popular di sebelah pantai timur. Hingga ini, hidangan orang dulu-dulu ini masih disukai ramai. Namun, susah juga nak jumpa sekarang. Kakau teringin sangat nak makan, buat sendiri je lah.
Selain itu, ikan goreng yang digunakan biasanya adalah lebihan malam tadi dan dimasak esok paginya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Rizal Emini. Nak membuatnya pun tak susah. Bahkan, tak perlu banyak perencah lain pun. Memang simple tapi sedapnya tak kalah dengan nasi goreng lain. Sekali cuba, mesti nak lagi!
Selain nasi, bubur juga mengenyangkan. Bagi menyedapkan rasa boleh saja tambah lauk pauk lain seperti sambal dan ikan ikan masin. Nak makan bubur lambuk tidak semestinya tunggu bulan puasa. Boleh saja membuatnya jika suka.. Kalau nak rasakan kelainan boleh cuba buat bubur lambuk Trengganu yang berbeza dari bubur biasa kerana bahan-bahannya terdiri dari pelbagai antaranya daun kesom, daun kadok, pucuk paku hijau dan daun kunyit.
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang merah
2cm halia
1 sudu besar lada hitam
2 cawan beras | rebus biar jadi bubur
3 daun ulat bulu
4 tangkai daun kesom
2 tangkai daun kadok
1 ikat pucuk paku hijau
1 ikat daun paku merah (pucuk midin)
5 tangkai daun cekur manis
5 tangkai pucuk ubi
1 cawan ikan bilis
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi
Kaki, tengkuk ayam (tak ada pun tak apa)
1 helai daun kunyit
5 tangkai pucuk lada
Lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing. Jangan potong. Masuk sebiji-sebiji.)
Budu sesedap rasa (rahsia bubur lambuk)
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat. Setelah itu masukkan bawang merah, halia dan isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bubur nasi.
4. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya. Kacau hingga cukup rata dan sayur layu.
Mungkin ada yang teringin nak merasai kelupis. Beras pulut yang sudah dicuci , dimasak bersama santan. Kemudian ia dikukus. Kelupis boleh bertahan lama sekiranya dimasak dengan betul dan disimpan di dalam peti sejuk.
KELUPIS BRUNEI BAHAN-BAHAN: 500gm beras pulut 500ml santan Sedikit garam Sedikit minyak masak Daun irik @ ngirik
CARA MEMASAK: 1. Beras pulut dicuci bersih dan ditoskan. 2. Masukkan santan dan garam dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak. 3. Masukkan beras pulut dan gaul sambil masukkan minyak masak sedikit-sedikit. Gaul sehingga sebati, kering dan berkilat. Ingat, guna api perlahan. 4. Angkat dan letak dalam bekas lain. 5. Bungkuskan pulut dalam daun irik @ ngirik.
6. Kukus kelupis selama 1 jam. 7. Angkat dan letak secara berdiri untuk keluarkan wap air. Ini penting untuk memastikan kelupis tahan lebih lama. 8. Sedia dimakan bersama kuah kacang/rendang/kari ayam atau daging. Kredit Anne Nurhani