Daging Masak Kicaptentunya menjadi kegemaran ramai dek rasanya yang sangat sedap. Ada pelbagai resipi menu ini dikongsi ramai di media sosial. Ada yang guna rempah, ada yang tidak. Macam-macam teknik juga ada digunakan. Namun salah satu resipi yang menarik perhatian RASA untuk berkongsi bersama anda hari ni adalah resipi Daging Masak Kicap dari saudari Nora Aziz. Menurut beliau resipi ini adalah resipi dari ibu mertuanya. Sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat minimal serta mudah didapati. Jom cuba. Pasti enak rasanya ni.
BAHAN HIRIS: 1/2 biji bawang besar – beli online disini 1/2 biji cili merah 1/2 biji cili hijau
CARA MEMASAK: 1.Perap hirisan daging bersama cili kisar, kicap manis, kicap masin dan gula. Gaul rata. Jumlahnya bergantung pada daging yang digunakan. Perap minimum 1 jam. Jika mahu lebih sedap, boleh perap semalaman.
2. Kisar bawang besar hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis bawang kisar hingga naik bau. 4. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelage dan juga daun kari. Tumis lagi.
5. Seterusnya masukkan daging yang telah diperap. Gaul rata.
6. Masukkan cuka. Tujuannya supaya daging mempunyai rasa sedikit masam. Jika tidak suka, boleh abaikan. Jika mahukan daging yang berkuah, boleh tambah sedikit air.
7. Tutup kuali dan masak menggunakan api yang kecil. Kacau setiap 2-3 minit hingga daging lembut dan empuk.
8. Bila daging sudah empuk, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau.
9. Masak seketika dan Daging Masak Kicap sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
INFO: jumlah bahan boleh ubah suai ikut berat daging yang digunakan & juga cita rasa masing-masing.
Bagi penggemar sajian asli Negeri Sembilan, harus cuba menu Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang & Pucuk Ubi dan Ikan Bilis perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ini. Menu begini sangat mudah dimasak dan begitu membuka selera. Ringkas sahaja caranya. Dinikmati semua golongan usia. Andai dinikmati bersama Ikan Goreng atau Ikan Masin, memang enak sekali. Ayam Goreng Kunyit garing-garing pun sedap tau. Jom lah cuba. Anda pasti berselera.
JOM CUBA! MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG & PUCUK UBI BILIS
BAHAN-BAHAN: Jantung pisang Air Asam keping – beli online disini Garam Cili api – ikut kepedasan yang disukai Kunyit hidup – ditumbuk 1 ikat pucuk ubi Ikan bilis secukupnya – beli online disini 1 ½ biji kelapa parut -perah ambil pati
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan jantung pisang dan kupas kelopaknya hingga jumpa kulit kuning susu seperti dibawah. Potong kecil, rendam dengan air, asam keping dan garam.
2. Masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan cili ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih. 3. Kemudian masukkan jantung pisang. Masak sehingga jantung lembut. 4. Akhir sekali masukkan pucuk ubi. Kacau dalam beberapa minit kemudian tutup api. Pastikan kuah sudah diperasakan dengan garam dengan secukup rasa.
5. Masak Lemak Cili Api istimewa ini siap untuk dinikmati.
INFO: Guna jantung pisang nipah supaya rasanya lebih sedap, tidak pahit dan tidak kelat.
Suka makan Jemput-Jemput Durian? Resipi perkongsian saudari Ju Mohamad ini antara yang boleh anda cuba. Bila dimakan, terasa inti isi durian segar ditengahnya. Sangat sedap! Sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan atau minum petang. Terasa nikmat! Anda perlu cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1.Kacau yis, telur, garam dan gula bersama air suam. Biarkan yis kembang. 2. Gaul yis bersama tepung gandum. Perap adunan selama 30-45 minit. 3. Ambil isi durian dan potong-potong guna gunting supaya senang untuk letak dalam adunan tepung nanti. 4. Panaskan minyak masak dalam kuali. 5. Untuk menggoreng Jemput-Jemput, ada dua cara. Cara pertama ialah ambil senduk nasi, ratakan sedikit adunan tepung, letak isi durian dan bulatkan menggunakan sudu.
Klik pada gambar untuk tonton video
6. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga masak. 7. Untuk cara kedua, ambil isi durian yang telah dipotong kecil tadi. 8. Letak dalam adunan tepung, salutkan dengan adunan dan bentukkan jadi cekodok.
Klik pada gambar untuk tonton video
9. Goreng seperti biasa hingga masak.
10. Angkat dan Jemput-Jemput inti durian sedia untuk dinikmati.
Anda dan anak-anak penggemar sajian Ayam Goreng? Nah…Resipi yang satu ni tentunya anda harus cuba. Resipi Ayam Goreng ala Ikea perkongsian saudari Nurul Ateekahni katanya sangat sedap dan hampir sama dengan rasa ayam yang dibeli di restoran popular tu. Bahan-bahannya cukup mudah. Hanya perlu perap dan goreng sahaja pada bila-bila masa nak makan. Wow…Best ni. Jom cuba!
RESEPI AYAM GORENG IKEA
BAHAN-BAHAN: 9 keping chicken wing@1 kilo kepak ayam 3 sudu makan sos tiram – beli online disini 3 sudu makan light soy sauce / kicap cair – beli online disini 1 sudu teh serbuk lada putih / lada sulah – beli online disini 1 sudu serbuk perasa ayam – beli online disini 1½ sudu makan gula pasir 2 sudu makan All-purpose seosoning 1 sudu makan minyak bijan – beli online disini 5 sudu makan air putih 4 sudu makan topioca starch / tepung ubi kayu – beli online disini 3 sudu makan tepung gandum – beli online disini Minyak masak untuk mengoreng
CARA PERAPAN: 1. Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam hingga bersih dan toskan. 2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak. 3. Gaul sebati dan simpan di dalam plastik atau bekas tertutup. 4. Perap ayam paling kurang 8 jam. Lebih baik jika diperap semalaman. Simpan perapan ayam di dalam peti sejuk di bahagian bawah (bukan tempat beku)
CARA MEMASAK: 1. Keluarkan ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum digoreng. 2. Panaskan minyak guna api sederhana pada suhu 150c atau celupkan lidi. (kalau ada keluar buih-buih dipermukaan lidi sewaktu pertengahan minyak panas, bermakna suhu dah mencapai tahap 150c).
3. Masukkan 3-4 keping kepak ayam dan goreng 3 minit di setiap bahagian. Balikkan dan goreng lagi selama 3 minit (total masa menggoreng ayam ialah 6 minit)
4. Angkat dan toskan ayam pada tisu.
5. Biarkan ayam tadi selama 6 minit dan masukkan kembali ke dalam kuali. Goreng sekali lagi hingga garing paling kurang 3-4 minit . Tujuannya untuk mendapat tekstur ayam yang rangup diluar dan berjus di dalam & ayam masak dengan sempurna.
6. Angkat dan toskan. Ayam Goreng ala Ikea siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: