Golden Fries Ball ni kelihatan enak dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan kudapan buat anak-anak. Menurut empunya resipi saudari Nor Hafizah Yazid, kudapan ini rangup di luar, ‘melting’ bila dimakan. Wow… Pasti ramai yang gemarkannya. Bagi anda yang nak mencuba, resipi mudah lengkap dengan bahan serta cara pembuatannya ada disertakan di bawah ini. Selamat mencuba!
RESIPI GOLDEN FRIES BALL (Anggaran 30 biji / ikut saiz)
1.Didihkan air dan rebus kentang yang telah dikupas kulitnya bersama sedikit garam. Kalau boleh, jangan rebus terlampau masak. Nanti bila digigit, tiada rasa ketulan kentang.
2. Bila kentang sudah siap direbus, toskan airnya. Masukkan ke dalam bekas bersama telur, mix herbs, marjerin, kiub pati ayam dan tepung gandum.
3. Lenyekkan semua bahan hingga sebati.
4. Cubit doh dan bulatkan. Kalau melekat di tangan, guna tepung. (empunya resipi guna tepung jagung)
5. Bila sudah siap dibulatkan, celup ke dalam bancuhan telur.
6. Seterusnya golekkan dalam pinggan berisi kepingan cornflakes yang siap diramas.
7. Rehatkan Golden Fries Ball sekejap dalam 5 – 10minit.
8. Golden Fries Ball yang sedia untuk digoreng.
Ads
9. Panaskan minyak dan goreng guna minyak sederhana panas. 10. Balik-balikkan bebola perlahan-lahan supaya masak sekata. 11. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk membuat Golden Fries Ball , boleh juga tambah keju @ sayuran kalau anak-anak suka. Cornflakes juga boleh boleh digantikan dengan breadcrumbs atau apa-apa bahan yang boleh buat salutan rangup.
Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni juga adalah masa anda bersama keluarga lebih panjang. Jadi snek dan kudapan memang jadi keinginan. Ni min kongsikan dua snek berasaskan keju iaitu jejari kentang cheese dan kebab roti cheese leleh.
Jejari kentang cheese memang sedap dengan bahan ramuan keju cheddar dan susu tepung. Ditambah daun bawang dan sup.
1. JEJARI KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN :
500gm kentang 1 cawan tepung jagung 1 sudu makan susu tepung 5 keping keju cheddar | dipotong kecil Garam halus secukup rasa Daun bawang & sup – dihiris halus
CARA MEMASAK : 1. Kentang buang kulit kukus hingga masak, kemudian lenyek hingga halus biarkan suam2 dulu 2. Kemudian masukkan semua bahan2 lain gaul sebati jd sprt doh 3. Ikut suka nak buat bentuk apa, jejari ke bulat ke.. terpulang 4. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan 5. Sedap di makan bersama dengan cili mayo atau pun cili kicap
OlehAleen Aireish Sumber : Mrs viriya
2. KEBAB ROTI CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN :
1 bungkus @ 400gm daging kisar 2 sudu makan serbuk kari 1 sudu teh serbuk cili 1 biji bawang besar | potong dadu kecil 3 ulas bawang putih | potong dadu kecil Garam secukup rasa Mix herbs | sedikit sahaja buat bau-bau herba Daun sup secukupnya | hiris halus Telur 2 biji
Beberapa keping roti secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Tumis bawang merah dan bawang putih 2. Masukkan daging kisar, serbuk kari dan serbuk cili 3. Masukkan mixed herbs dan garam secukup rasa. 4. Masak hingga daging dah masak, masukkan daun sup yang dipotong kecil. 5. Pecahkan telur dan gaul sebati. Tutup api. Masukkan sebagai inti roti bakar.
Garlic Butter Spread ni jika di pasaraya, sebotol kecil harganya boleh tahan mahal. Berbelas ringgit. Kalau nak tahu, anda boleh je buat sendiri di rumah guna bahan-bahan yang sangat ringkas. Malah kosnya berkali-kali ganda lebih murah tau. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA BUAT GARLIC BUTTER SPREAD
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih – cincang halus (beli online DISINI)
Marjerin (sapuan ini tidak rasa masin. Jika mahu masin, tambahkan sedikit garam bukit)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 1 sudu makan merjerin guna api perlahan. Masukkan bawang putih cincang.
2. Setelah bawang telah naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu makan mixed herbs. Kacau rata. Bila mixed herbs tadi naik bau, padamkan api. Biarkan sejuk.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan 9 sudu makan marjerin. Tambahkan tumisan bawang putih dan herba tadi. Gaul rata.
4. Simpan garlic spread butter dalam bekas kedap udara.
5. Untuk menikmati garlic spread ni, sapu tipis pada roti sebelum dibakar.
6. Bakar atas non-stick pan. Lebih garing roti, lebih sedap rasanya.
7. Selain disapu pada roti, anda juga boleh menggunakan sapuan ini untuk menyediakan apa-apa sajian kegemaran anda.
Petang-petang kalau rasa nak mengunyah, cuba buat dua menu yang ada dua rasa berbeza. Misalnya satu manis dan satu lagi lebih berempah. Jadi dua gabungan menu itu membuatkan lebih sedap nak makan.
Pertama, RASA nak share resipi churos dengan sos coklat ganache. Kedua, resipi sosej bakar madu. Dua-dua resipi ni sesuai untuk minum petang. Mantap sungguh rasanya.
CHUROS MINI DENGAN SOS COKLAT GANACHE
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
Sedikit esen vanilla
Secubit garam
3 sudu makan gula
25 gram butter
1 biji telur ayam gred A
Cara memasak
1. Masukkan air, gula, garam, mentega, esen vanilla dan masak sehingga mendidih.
2. Selepas itu masukkan tepung dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan telur. Gaul lagi sampai sebati.
4. Sejukkan seketika, selepas itu boleh dibentukkan menggunakan nozel/acuan yang ada.
5. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan taburkan gula icing sedikit sebagai hiasan
COKLAT GANACHE
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak jagung
1/4 cawan susu cair
Cara memasak
Masak secara double boiled.
Kredit: Nursidah Muhd Amin
SOSEJ BAKAR MADU
Bahan-bahan
Sepeket sosej (10 ketul)
Bahan perap
6 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap masin
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan madu
Secubit lada hiitam
Cara memasak
1. Satukan semua bahan perapan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan sosej ke dalam bahan perapan tadi dan perap seketika. Bakar di atas kuali rata.
3. Masukkan 3 sudu makan mentega ke dalam kuali sebelum sosej dibakar.
4. Bakar dengen api perlahan sehingga masak.
5. Bila sosej sudah masak curahkan baki sos tadi.
6. Gaul rata perlahan-lahan supaya sosej tak patah.
7. Selepas masak, angkat sosej ke dalam pinggan. Sedia dihidang.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!