Anda patut cuba resipi Nugget Ayam Kentang Crispy homemade ni. Bukan apa, kebanyakan nugget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Bila buat sendiri, pastinya lebih sihat, kebersihan terjamin malah lebih sedap. Jadi jika anak-anak makan, tidaklah sang ibu rasa terlalu risau akan kandungan yang terkandung di dalamnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwanni. Berbaloi buat stok banyak-banyak dalam peti sejuk.
Jagung Cawan adalah snek wajib beli bila berkunjung ke pasar malam. Kalau nak buat sendiri, mudah sahaja caranya. Sesuai bagi anda yang mempunyai anak ramai kerana guna resipi ini, tentunya lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Nak tahu cara buat Jagung Cawan lemak manis yang sangat sedap? Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
RESEPI JAGUNG CAWAN LEMAK MANIS ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN: 1 paket jagung sejukbeku 1 tin krimer pekat manis – beli online disini 3 sudu makan marjerin (lebihkan lagi sedap) – beli online disini Sedikit air & garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Masukkan jagung ke dalam kuali dan masukkan sedikit air. Sukatan air anggaran setengah dari jagung. (RASA: jika ada jagung segar, anda juga boleh menggunakannya. Caranya mudah sahaja. Asingkan isi jagung dari pulurnya kemudian kukuslah sehingga jagung masak dan lembut.)
2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering, boleh tambah lagi airnya. 3. Akhir sekali masukkan susu pekat manis. Sukatannya mengikut manis yang anda suka.
4. Garam dan marjerin juga dimasukkan secukup rasa.
5. Jika suka keju, boleh parutkan mengikut cita rasa. Sedia untuk dinikmati.
Cakar Ayam antara snek tradisional yang cukup digemari hingga ke hari ini. Walau pun ada banyak pilihan biskut moden namun Cakar Ayam tetap menjadi tarikan ramai apabila dihidangkan di atas meja hidangan. Mana tidaknya, sekali makan memang tidak boleh berhenti mengunyah. Tak sedar hampir habis sebalang Cakar Ayam dimakan. Jom kita cuba buat Cakar Ayam mengikut resipi yang dikongsikan oleh Are peace ini.
RESIPI CAKAR AYAM
BAHAN-BAHAN:
Ubi keledek putih (parut kasar) Gula pasir – BELI ONLINE Minyak untuk menggoreng – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak yang banyak.
Ubi keledek yang diparut kasar.
2. Masukkan gula pasir ke dalam minyak panas. Sukatan untuk gula dan ubi adalah 2 cawan ubi parut = 4 sudu besar gula pasir
3. Kacau sehingga gula cair dan menjadi keperangan.
4. Masukkan ubi yang telah diparut tadi. Goreng hingga keperangan (kacau jangan berhenti ketika ini)
5. Angkat dan toskan minyak. Ketika masih panas-panas, bentukkan supaya menjadi bulat. Masuk dalam acuan dan tekan dengan sudu. Boleh guna botol yang dipotong menjadi bentuk gelang. Buat sampai habis. Selepas itu bolehlah susun di dalam balang.
Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.
BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
5kg kentang
1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
200g bawang goreng
200g daun sup
Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
garam
gula
serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.