
Dalam dunia perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang semakin kompetitif, pemilik restoran dan kafe sentiasa mencari cara baharu untuk menarik pelanggan datang dan kembali lagi. Selain daripada menu yang sedap dan harga yang berpatutan, pengalaman makan yang menarik juga menjadi antara faktor penting dalam memikat hati pelanggan.
Salah satu strategi yang semakin mendapat perhatian ialah mewujudkan suasana makan yang lebih meriah dengan menawarkan siaran langsung sukan dan hiburan kepada pengunjung. Melalui penyelesaian seperti Astro BizOne, premis F&B kini boleh menukar restoran atau kafe mereka menjadi destinasi tontonan bersama untuk acara sukan popular seperti perlawanan bola sepak, Formula 1 atau badminton.
Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman pelanggan, malah mampu membantu perniagaan menarik lebih ramai pengunjung terutama ketika berlangsungnya acara sukan besar.
Pengalaman Makan Yang Lebih ‘Hidup’
Bagi ramai peminat sukan, menonton perlawanan secara berkumpulan di restoran atau kafe memberikan pengalaman yang jauh lebih menyeronokkan berbanding menonton bersendirian di rumah. Sorakan, perbualan sesama peminat dan suasana meriah menjadikan setiap perlawanan terasa lebih hidup.
Di sinilah peranan Astro BizOne menjadi relevan kepada pemilik premis F&B. Dengan menyediakan akses kepada pelbagai siaran sukan langsung dan kandungan hiburan, premis F&B boleh mencipta suasana yang membuatkan pelanggan kekal berada di restoran.
Bayangkan sebuah kafe yang menyiarkan perlawanan Premier League pada hujung minggu. Sekumpulan rakan datang untuk makan malam sambil menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. Tanpa sedar, mereka memesan lebih banyak makanan, minuman dan mungkin juga kembali lagi pada minggu berikutnya untuk perlawanan seterusnya.
Inilah kelebihan utama yang boleh dimanfaatkan oleh pemilik restoran di mana menjadikan premis mereka sebagai tempat berkumpul bagi peminat sukan.
Lebih Daripada Sekadar Hiburan
Selain meningkatkan pengalaman pelanggan, Astro BizOne juga berperanan sebagai satu platform yang membantu premis F&B meningkatkan perniagaan mereka.
Baru-baru ini, AstroBiz melancarkan kempen Astro BizOne Rewards yang dipertingkatkan dengan menawarkan sehingga RM17.5 juta sokongan pemasaran terjamin untuk membantu premis F&B di seluruh Malaysia menarik lebih ramai pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Melalui kempen ini, premis yang melanggan pakej Astro BizOne berpeluang menerima pendedahan pemasaran melalui pelbagai platform Astro seperti televisyen, radio dan media digital.
Sokongan pemasaran ini bukan sekadar promosi biasa, tetapi peluang untuk perniagaan kecil dan sederhana (IKS) mendapatkan liputan media yang biasanya sukar dicapai tanpa kos yang tinggi.
Sebagai contoh, premis yang layak boleh menerima promosi melalui:
- Iklan radio Astro Audio Ads
- Liputan program televisyen seperti Buletin Awani atau Borak SeeNI
- Artikel di majalah digital popular
Semua ini membantu memperkenalkan premis kepada audiens yang lebih luas.
Kisah Sebenar Yang Membuktikan Impak
Keberkesanan kempen ini dapat dilihat melalui pengalaman pengusaha restoran yang pernah menyertainya sebelum ini.
Encik Irfan, pemilik Restoran Nasi Lemak Burung Hantu Gombak, antara usahawan F&B yang menerima manfaat daripada kempen tersebut. Restorannya pernah dipromosikan melalui Astro Audio Ads dan hasilnya memberi impak nyata kepada perniagaan beliau.
Menurut beliau, iklan radio tersebut membuka peluang untuk restoran mereka dikenali oleh pelanggan baharu yang sebelum ini tidak mengetahui kewujudan premis tersebut.
Selepas iklan disiarkan, pelanggan mula datang dan memberitahu bahawa mereka mengetahui tentang restoran tersebut melalui radio. Sejak itu, aliran pelanggan baharu menjadi lebih konsisten dan membantu perkembangan perniagaan mereka.
Kisah seperti ini menunjukkan bahawa kombinasi antara hiburan, pemasaran dan pengalaman pelanggan boleh menjadi formula yang berkesan untuk meningkatkan trafik pelanggan.

Pengalaman menggunakan perkhidmatan ini turut dikongsi oleh Jasbir, pengusaha EL Dinos Cafe and Bistro yang menggunakan BizOne di premis mereka. Menurutnya, BizOne banyak membantu memastikan pelanggan dapat menikmati siaran sukan dengan lebih lancar dan berkualiti.
“Astro BizOne banyak membantu dari segi liputan saluran terutamanya untuk sukan bagi sports bar seperti kami. Paling penting, siarannya lebih stabil dan tidak terganggu berbanding saluran tidak sah yang sering menghadapi masalah,” jelasnya
Peluang Baharu Untuk Pengusaha F&B
Kempen Astro BizOne Rewards yang serba baharu ini meneruskan kejayaan kempen sebelumnya, yang telah membantu lebih daripada 200 premis F&B menerima pelbagai bentuk sokongan pemasaran melalui platform Astro.
Dengan format baharu yang menawarkan ganjaran pemasaran terjamin, lebih banyak premis kini berpeluang menikmati manfaat tersebut tanpa perlu bergantung kepada cabutan bertuah seperti sebelum ini.
Anda mungkin berminat dengan

Selain daripada promosi, pakej Astro BizOne turut menyediakan pelbagai kandungan sukan dan hiburan termasuk Premier League, kejohanan BWF, Liga Malaysia, Formula 1 dan banyak lagi saluran hiburan lain yang sesuai untuk tontonan pelanggan di premis.
Gabungan kandungan hiburan ini membolehkan restoran dan kafe mencipta suasana yang lebih meriah serta menarik pelanggan untuk berkumpul dan menonton bersama.
Strategi Mudah Tetapi Berkesan
Bagi pemilik restoran atau kafe, mencipta pengalaman makan yang berbeza tidak semestinya memerlukan pelaburan besar atau perubahan drastik. Kadangkala, hanya dengan menyediakan siaran langsung sukan dan mewujudkan suasana yang meriah sudah cukup untuk menarik pelanggan datang.
Dengan sokongan platform seperti Astro BizOne dan kempen BizOne Rewards, pengusaha F&B kini mempunyai peluang untuk:
- Meningkatkan pengalaman pelanggan
- Menarik kumpulan peminat sukan ke premis
- Mendapat pendedahan pemasaran yang lebih luas
- Mengembangkan perniagaan dengan lebih strategik
Dalam industri F&B yang sentiasa berubah, inovasi kecil seperti ini boleh memberikan perbezaan besar. Dan bagi peminat sukan pula, ia memberi satu lagi alasan untuk keluar makan bersama rakan sambil menikmati aksi perlawanan kegemaran mereka.

Kempen Astro BizOne Rewards ini berlangsung dari 9 Mac 2026 hingga 31 Januari 2027. Premis F&B baharu yang melanggan pakej BizOne dengan nilai minimum RM800 sebulan layak menerima ganjaran pemasaran secara automatik mengikut tahap langganan mereka.
Melalui inisiatif ini, Astro BizOne berharap lebih banyak restoran dan kafe tempatan dapat berkembang sambil membina komuniti pelanggan yang lebih setia melalui pengalaman menonton sukan secara langsung yang lebih menarik dan berkualiti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

