Terasa nak makan pasta tapi versi lain sedikit dari yang biasa anda masak? Boleh cuba resipi Chicken Tortelinni ni. Penuh krim, kaya dengan rasa keju, mudah malah sekali imbas, persis hidangan dari restoran Itali yang mewah. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
Di laman sosial, ramai yang rajin berkongsi aneka resipi homemade yang mudah dan menjimatkan. Salah satu yang anda boleh cuba buat sendiri ialah Mi Kuning. Lebih istimewa, resipi ini tidak menggunakan kapur dan tiada bahan pengawet. Bolehlah cuba buat untuk hidangan harian keluarga.
MI KUNING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu makan garam
Pewarna kuning secukupnya
1 gelas air – jumlah air kena agak-agak. Letak sedikit demi sedikit dan pastikan adunan tidak lembik.
CARA MEMBUAT:
Masukkan tepung gandum ke dalam besin.
Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul dan tuang ke dalam tepung.
Masukkan pewarna kuning, gaul rata. Tambahkan juga air yang telah dibancuh dengan garam sedikit demi sedikit.
Uli tepung hingga sekata. Pastikan adunan tidak lembik. Bulat-bulatkan doh dan leperkan.
Canai dan leperkan doh guna mesin mi. Ubah suai ketebalan dari tebal ke nipis. Ulang berulang kali. ( empunya resipi guna pencanai no 7. )
Setelah doh kelihatan nipis, sapukan tepung di permukaan doh. Kemudian masukkan kembali ke dalam mesin mi untuk memotong.
Panaskan air hingga mendidih dan masukkan sedikit minyak masak.
Masukkan mi dan celur seketika. Setelah mi kelihatan timbul, angkat dan toskan airnya. Titiskan sedikit minyak pada mi bagi mengelakkan ia melekat semasa sejuk nanti.
Mi kuning sedia dimasak mengikut citarasa anda.
INFO CHEF: 1 kg tepung gandum akan menghasilkan 2kg mi
Selain mi goreng, mi udang yang dimasak berkuah pekat adalah salah satu resipi yang digemari ramai. Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
MI UDANG KUAH PEKAT
BAHAN-BAHAN
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
BAHAN KISAR
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
BAHAN HIASAN
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur ayam rebus
• limau nipis / kasturi
CARA MEMBUAT
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.