Puding karamel sentiasa mendapat tempat di hati ramai. Makan sejuk-sejuk, memang sedap sangat. Enak juga dijadikan sebagai menu pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti.

Nak buat puding karamel ni pun mudah je. Apatah lagi, resepinya hanya gunakan bahan yang memang sedia ada di dapur. Tak perlu susah payah nak ke kedai beli bahan.

Perkongsian resipi mudah oleh Ana Mohd ini buat kita tak rasa renyah pun nak buat puding karamel. Semuanya hanya menggunakan barang asas yang sentiasa ada di dapur kita. Jom cuba.

Buat Puding Karamel Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah, Mudah Sangat

BAHAN-BAHAN:

5 biji telur gred B (gred A pun boleh)

¼ tin susu pekat (nak manis, boleh letak ½ tin susu) – Boleh beli online di sini

1 tin susu cair (atau kalau tak ada, guna 1 tin air masak yang disukat guna tin susu)

Esen vanila – Boleh beli online di sini

2 sudu besar tepung jagung / tepung kastard (sukat rata) – Boleh beli online di sini

Loyang 6 inci / 7 inci

4 sudu besar gula (untuk karamel) – Boleh beli online di sini

IKLAN

CARA MEMASAK:

Cairkan gula di dalam loyang menggunakan api perlahan. Disebabkan buat dua adunan, maka loyang 8×8 digunakan dan gula 8 sudu besar.

Buat Puding Karamel Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah, Mudah Sangat

Setelah gula mencair elok, lenggangkan loyang tersebut sehingga gula tersebut rata menutupi permukaan loyang. Tak perlu letak air.

Buat Puding Karamel Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah, Mudah Sangat

Masukkan kesemua bahan dan kacau sebati sahaja. Tak perlu kacau dengan kuat.

Buat Puding Karamel Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah, Mudah Sangat

Tapiskan gula dan masukkan ke dalam loyang.

IKLAN

Buat Puding Karamel Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah, Mudah Sangat

Kemudian, bolehlah dibakar menggunakan kaedah waterbath. Bahagian bawah loyang itu adalah loyang yang lebih besar berisi air.

Buat Puding Karamel Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah, Mudah Sangat

Bakar suhu 160C menggunakan api atas bawah selama 1 jam. Suhu bergantung kepada jenis oven masing-masing.

Buat Puding Karamel Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah, Mudah Sangat

Dah siap. Inilah hasilnya.

Buat Puding Karamel Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah, Mudah Sangat

Kredit: Ana Mohd

IKLAN

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Tips Goreng Kuih Bijan Tak Meletup, Kekal Lembut dan Kenyal Berjam-jam

Buat Sendiri Jus Campuran Epal,Timun & Lemon Untuk Kesegaran Tubuh

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI