Menu Ayam Goreng Tomyam Pedas ni nampak sangat sedap dan membuka selera. Malah cara memasaknya juga tidak susah serta bahan-bahannya juga mudah diperolehi. Sesuai sangat anda masak untuk berbuka puasa hari ini. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah. Moga bermanfaat buat semua.

CARA MASAK AYAM GORENG TOMYAM PEDAS SEDAP

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Simple Je Tapi Sangat Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – potong & bersihkan
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 1-2 paket perencah tomyam
  • 8 biji cili padi merah
  • 8 biji cili padi hijau
  • 1 batang serai – hiris serong
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
  • 5 ulas bawang putih – hiris
  • 2cm lengkuas – dipotong
  • Lobak merah secukupnya
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan sos tiram (beli online disini)
  • 2 sudu makan sos ikan (beli online disini)
  • Serbuk perasa secukupnya (jika perlu)
  • Garam dan gula secukup rasa (jika perlu)

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Simple Je Tapi Sangat Sedap!

CARA MEMASAK AYAM GORENG TOMYAM PEDAS:

1. Bersihkan ayam dan lumur sedikit kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam hingga masak.
2. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Tumis hingga wangi dan kekuningan.

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Simple Je Tapi Sangat Sedap!3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak dan pecah minyak.

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Simple Je Tapi Sangat Sedap!4. Masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan jika perlu, boleh tambahkan garam serta serbuk perasa. Gaul rata.

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Simple Je Tapi Sangat Sedap!5. Akhir sekali, masukkan hirisan lobak merah, ayam yang telah digoreng serta air. Biarkan mereneh sebentar hingga kuah sedikit kering.

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Simple Je Tapi Sangat Sedap!6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Ads

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Simple Je Tapi Sangat Sedap!

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.

Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak

Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba

5 Resipi Sajian Air Asam Pembuka Selera. Memang Sedap!

Sedap…Begini Cara Buat Coleslaw Sebijik Macam KFC

Ads

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Homemade Yang Sedap

Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau

Ads

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI