Minggu anak bercuti sekolah dah bermula, jika kamu bercadang nak berkelah, bbq atau membuat party hari jadi sebagainya hujung minggu ni, bolehlah cuba resipi ayam bakar cili padi ni. Nampak juicy dan sedap. Selamat mencuba!
AYAM BAKAR CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
BAHAN KISAR:
Ads
1 btg serai
4 ulas bwg putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
– semua bahan ni kisar atau tumbuk
CARA MEMASAK:
Ads
campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pd keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais
bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tgok2 api, jgn kering sgt. Biar isi ayam tu lembab2 sikit. Leh gak bakar guna kuali ajaib, pandai2 adjust api.
Bagi penggemar sajian Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang, resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini tentunya anda tidak boleh abaikan. Mudah dimasak dan tentunya sedap. Jika dimakan bersama nasi panas, lagilah mantap rasanya. Jom cuba menu ni hari ni. Tak ada lauk lain pun tidak mengapa. Ada yang satu sahaja sudah cukup untuk membuka selera.
CARA MASAK BENDI GORENG TUMIS BELACAN BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN: Bendi Udang 1 sudu makan serbuk belacan – beli online disini 1 sudu teh serbuk perasa ½ sudu teh serbuk kunyit – beli online disini Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR/ TUMBUK: 4 ulas bawang putih – beli online disini 1 biji bawang merah – beli online disini 4 biji cili padi merah 1 biji cili merah 1 biji tomato
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak .
Comelnya Tom & Jerry Cheesecake ni. Nampak macam bentuk keju yang ada dalam cerita kartun tu. Unik betul. Patutlah kek ini sedang viral di media sosial. Kalau buat untuk anak-anak, pasti teruja. Nak cuba? Saudari NorhasLina OtHman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
BAHAN COKLAT LUAR:
BAHAN BAHANGIAN KEJU:
BAHAN A:
BAHAN B:
CARA MEMASAK:
1. Masak coklat guna teknik double boil hingga cair. Masukkan pewarna. Sebatikan.
2. Bila coklat sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan. Ratakan.
3. Ketebalan lapisan coklat tu agak-agak sahaja. Pastikan tidak nipis dan tidak terlalu tebal.
4. Keraskan sekejap coklat di dalam peti sejuk.
5. Seterusnya pukul krim keju hingga nampak licin. Kemudian masukkan gula serta perasa sunquick. Adun sebati.
6. Kemudian masukkan krim putar. Pukul lagi hingga sebati dan kental.
7. Dalam bekas berlainan, campur air suam bersama gelatin. Kacau hingga larut.
8. Bila gelatin telah sejuk, masukkan ke dalam campuran bahan A. Kaup balikkan hingga sebati menggunakan spatula.
9. Ambil acuan coklat yang dibekukan tadi. Masukkan krim. Jika suka boleh letak kek sponge coklat di tengahnya kemudian letak lagi krim.
10. Tuang lebihan coklat di permukaan acuan. Biar coklat mengeras.
11. Keluarkan kek dengan berhati-hati dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk kek span ni, jika mahu mudah, boleh guna kek Apollo berharga 30 sen tu. Jika tidak letak pun tak mengapa. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
1. Rebus ikan. Kemudian, asingkan isi dan tulang. Isi ikan dikisar halus. 2. Air rebusan jangan dibuang. Gunakan air rebusan ikan tadi untuk kisar tulang. Lepas kisar tulang, kemudian tapiskan.
3. Kisar semua bahan yang bertanda *. 4. Masukkan bahan kisar dan serai yang diketuk ke dalam periuk. Biarkan mendidih. 5. Bila dah mendidih, boleh masukkan isi ikan yang dikisar tadi bersama dengan asam keping, daun limau purut dan air.
7. Kemudian masukkan santan. Kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul. 8. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa. Bila dah suaikan rasa, dah mendidih boleh tutup api.
9. Hidangkan laksa lemak siam dengan bahan sampingan yang lain seperti timun, tauge, kacang panjang, bunga kantan, salad, telur rebus dan limau nipis. Bahan sampingan ni ikut selera masing-masing nak letak apa.