Belum ada idea untuk menu makan tengahari ni? Jangan pening-pening sebab aneka resipi  dari negeri Pantai Timur ni antara menu-menu mudah serta ringkas yang boleh dicuba. Memang terbaik & tentunya membuka selera. Kalau nak guna resipi-resipi ni untuk berniaga pun boleh. Memang sedap hasilnya. Selamat mencuba!

 

 

 1. GULAI IKAN IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
  • 1 liter santan
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
  • 1 /2 batang timun | hiris bulat
  • 8 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3cm lengkuas | hiris nipis
  • 3cm kunyit hidup
  • 6 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
  2. Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
  3. Setelah mendidih, masukkan  kacang panjang dan timun.
  4. Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain ikan kembung, boleh guna ikan tongkol. Tetapi ikan tongkol perlu direbus dahulu sebelum dibuat gulai.

 

2. KERUTUP AYAM KAMPUNG

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung | belah empat
  • 3 sudu makan rempah kerutup
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 500ml santan pekat
  • 1 keping gula Melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
  4. Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
  5. Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato,  gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
  6. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
  7. Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.

 

3. SINGGANG DAGING LENGKUAS

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan budu
  • 1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
  • 1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
  • 3 keping asam gelugor
  • 4 -5 hirisan lengkuas | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 10 biji cili padi | titik atau  hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
  2. Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
  3. Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

4. AYAM PERCIK KUAH PUTIH

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
  • 1 keping  asam gelugor
  • Garam  dan gula secukup rasa
  • 1 batang serai | titik

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 cawan santan pekat

BAHAN PERAP:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
  2.  Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
  3. Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
  4. Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
  5. Tutup api,  ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

 

5. SOLOK IKAN

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 5-6 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji kelapa sederhana tua | diparut dan ditumbuk
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • 10 ulas bawang merah | ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • ½ sudu teh lada hitam | ditumbuk
  • 1 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Ikan dibuang tulang tengah dan dikikis. Jangan sampai terkoyak kulitnya.
  2. Isi ikan yang dikikis tadi, ditumbuk.
  3. Kemudian dicampurkan bersama kelapa dan bahan-bahan lain yang ditumbuk.
  4. Selepas itu, masukkan telur dan garam secukup rasa ke dalam bahan-bahan tadi.
  5. Gaul sehingga sebati.
  6.  Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ikan dan goreng sehingga masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

INFO CHEF:  Selain ikan kembung anda boleh juga guna ikan mambung, selar atau ikan jaket.

 

6. GULAI KUNING IKAN KERING

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 5 keping ikan kering / ikan masin | dicelur di dalam air panas
  • 1 biji nanas saiz kecil & sederhana masak | dipotong kecil
  • 500ml santan
  • 10 biji cili kering | dikisar
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 cm lengkuas | dikisar
  • 1 cm kunyit hidup | dikisar
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 2 biji cili hijau | belah 2
  • 1 biji tomato | dibelah 4

CARA MEMASAK:

  1. Celur buah nanas sehingga lembut. Toskan airnya dan ketepikan seketika.
  2. Masukkan bahan kisar, santan dan buah nanas ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan masin. Masukkan cili hijau dan tomato.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum menambah garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada kuah.

 

7. KERABU PERUT

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm perut lembu
  • 100gm kacang panjang | dipotong 3 cm dan dicelur
  • 20gm tauge
  • 20 biji cili padi | ditumbuk halus
  • 10 ulas bawang merah | ditumbuk halus
  • 5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • 2 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
  • 2 biji bawang besar | ditumbuk halus
  • 3 batang serai | ditumbuk halus
  • 2 biji limau nipis | diambil jusnya
  • 1/2 biji kelapa | dibuat kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Perut lembu dibersihkan dan direbus hingga lembut. Kemudian dihiris kecil memanjang. Ketepikan.
  2. Ambil bahan yang telah ditumbuk halus dan masukkan ke dalam bekas.
  3. Satukan dengan perut lembu, kacang panjang, tauge, serai dan kerisik dengan bahan yang telah ditumbuk tadi.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. Sedia untuk dinikmati.

 

8. DAGING GORENG KAMPUNG

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm daging | dihiris
  • Air secukupnya
  • 4cm halia | ditumbuk halus
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji bawang besar | dipotong baji
  • 1 biji cili hijau | dihiris
  • 3 biji cili padi | dihiris
  • 4 sudu makan minyak masak

 CARA MEMASAK:

  1. Gaul daging bersama garam, serbuk kunyit dan halia. Perap seketika.
  2. Masukkan daging ke dalam kuali dan tambah sedikit air. Biar sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
  3. Setelah air kering dan daging empuk, masukkan minyak dengan secukupnya. Goreng daging sehigga sedikit garing.
  4. Masukkan hirisan bawang besar, cili hijau dan cili padi. Gaul rata.
  5. Angkat dan bolehlah dinikmati.

 

 9. GULAI IKAN TONGKOL

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ikan aya ( tongkol)  | diberishkan, dipotong kecil dan direbus
  • 1 liter santan
  • 200ml air
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 5cm kunyit | dikisar
  • 2.5cm halia | dikisar
  • 2.5cm lengkuas | dikisar
  • 60gm cili kisar
  • 60gm serbuk kari ikan
  • 60gm kerisik
  • 7 biji cili padi
  • 3 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan rempah kari, kacau sehingga naik bau dan rempah kelihatan masak. Masukkan kerisik.
  3. Seterusnya masukkan santan dan masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, cili padi dan asam gelugur. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukup rasa.
  5. Biarkan mendidih dan masak sehingga kuah kelihatan sebati dan agak pekat. Sedia untuk dinikmati.

 

10. GULAI KAWAH DAGING DENGAN UBI STELO

10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging
  • 1kg tulang
  • 1 kg santan
  • 2 biji ubi stelo ( keledek) | buang kulit dan potong dadu besar
  • 8 ulas bawang merah | hiris
  • Gula kerek/gula Melaka secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu air asam Jawa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRISAN NTUK TUMISAN:

  • 12 biji bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | hiris
  • 4cm halia | hiris
  • 4 sudu makan rempah gulai kawah

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan.
  2. Kacau rata hingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yang dibancuh dengan sedikit air. Terus kacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
  3. Tutup api dan ketepikan seketika.
  4. Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yang telah dihiris dalam periuk dan masak dengan sedikit air.
  5. Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo,  rempah gulai yang sudah ditumis.
  6. Gaul rata, kemudian masukkan bawang yang dihiris.
  7. Tuangkan santan dan masak lagi hingga mereneh.
  8. Perasakan dengan gula Melaka, air asam Jawa, gula dan garam secukup rasa.
  9. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI