Bahan utama untuk buat pulut dakap, tentulah pisang. Jika tidak, maka tak menjadilah pulut dakap.
Pulut dakap adalah makanan tradisi yang terkenal di negeri Kelantan. Adakala, agak sukar untuk mencari kuih ini. Jadi, jika dah teringin, mahu tak mahu kenalah buat air tangan sendiri.
Kali ini, Azura Yusoff sudi kongsikan resipi pulut dakap resipi orang tua dulu-dulu. Tak lapuk dek zaman. Pasti sedap dan asli rasanya. Jom kita cuba.
Kalau anda biasa makan kuih Kanom Krok, pasti anda akan teringat-ingat dengan kelembutan kuih ini bukan? Kanom Krok ini sebenarnya kuih orang Thai.
Rasa kuih ini ada lemak-lemak manis dan sedikit rasa masin. Tekstur kuih ini pun lembut sahaja. Rasanya pun sedap dan yang penting mudah dan cepat untuk disediakan.
Bahan-bahan untuk buat kuih Kanom Krok ini pun tak banyak mana. Sesuai sangatlah disajikan untuk minum petang.
Tidak lama lagi bulan puasa. Bolehlah dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa. Acuannya boleh pakai acuan takoyaki.
RESIPI KANOM KROK
BAHAN-BAHAN:
2/3 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan gula (atau ikut cita rasa masing-masing)
1/3 cawan kelapa parut (kisar dengan santan supaya halus)
400 ml santan
2 sudu besar minyak masak
Daun bawang sebagai hiasan
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan. Rehatkan selama 1/2 jam.
2. Panaskan acuan. Sapu minyak supaya adunan tidak melekat.
3. Masukkan adunan. Tabur daun bawang.
4. Tutup acuan dan biarkan adunan masak.Hidangkan.
INFO: Ada dua versi acuan. Acuan kuih cara dan juga serabai. Yang mudah nak keluarkan kuih ini adalah menggunakan acuan serabai.
Talam seri muka ini antara kuih talam yang disukai ramai dan banyak dijual.
Kalau kuih ini jadi kesukaan ahli keluarga lagi elok kita belajar buat sendiri.
Dikongsi oleh Iskandar Muadz yang juga peniaga kuih muih, ikut saja langkah yang diberi. Selain itu ada juga disertakan tip supaya hasil kuih talam bukan saja sedap, tapi cantik ‘kejadiannya’.
Buat sendiri kuih talam seri muka
1. Cara buat bahagian bawah. Sediakan bahan-bahan;
-400 gram beras pulut
-Santan cair.
-Garam
2. Untuk sediakan bahagian bawah, rendam dulu beras pulut rendam selama 4 jam. Kemudian basuh bersih dan tos. Masukkan dalam loyang.
3. Masukkan santan cair, sukatannya lebih sikit dari paras pulut. Kemudian letak garam. Saya guna santan Kara, 1/2 cawan santan, baki tambah air. Letak juga minyak masak 1 sudu besar tapi jika guna santan segar tak perlu letak minyak.
4. Kukus sampai masak.
5. Sambil itu buat bahagian atas. Sediakan;
-210 gram tepung gandum
-290 gram gula pasir
-1000ml santan (pekat 400ml,baki tambah air. Kalau guna santan Kara masukkan minyak masak 2 sudu besar. Jika guna santan segar tak perlu letak).
-2 biji telur
-Pes pandan
-Pewarna ( boleh juga guna air pandan. Kisar daun pandan dengan air, ambil airnya campur dengan santan. Jadikan 1000ml)
6. Kisar gula, telur sampai sebati. Kemudian masukkan dalam tepung.
7. Masukkan sekali santan, pewarna dan kacau. Tapis ke dalam periuk.
8. Masak atas api sampai adunan suam okay.
9. Bila pulut dah masak, pindahkan pulut dalam loyang 10×10. Tekan biar padat. Kemudian curahkan adunan bahagian atas tadi.
10. Kukus lagi 20 min atau hingga masak. Siap!
TIP
Untuk dapatkan potongan kemas, kuih kena betul-betul sejuk. Potong guna pisau plastik atau pisau kek.
Fungsi minyak masak dalam penggunaan santan kotak, untuk kuih berminyak macam guna santan segar, lembut je hasilnya.
Kuih muih tradisional Melayu memang sedap. Kena pula yang lembut dan cukup lemak manisnya, lagilah tak puas makan. Bagi penggemar sajian Kuih Kaswi, boleh cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Nampak sedap!
KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula merah
2 sudu makan air kapur ( jangan terlalu jernih. Ambil pekat sikit)
1/2 sudu teh garam
3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah bersama air. Masukkan daun pandan.
2. Setelah gula larut, biarkan air gula sejuk. Tapis air gula jika perlu.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau hingga mendapat adunan yang sebati.
4. Ambil loyang bersesuaian dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
5. Panaskan pengukus dan setelah mendidih, masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit.
6. Setelah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
7. Gaul potongan kaswi bersama parutan kelapa yang telah dicampur dengan secubit garam.