Dah lama rasanya tak menikmati dimsum. Jomlah lah kita buat sendiri. Nak tunggu orang menjual dengan citarasa yang kita suka, entah bila. Buat dimsum ni perlukan sedikit kerajinan membuatnya. Dim sum sedap dimakan semasa masih panas, dicicah pula dengan sos cili.Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Zainoor Aliza Ali
Dim Sum Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan air suam 1 sudu kecil garam halus
1.Gaul kesemua bahan.Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh.Taburkan sedikit tepung pada alas pencanai.Canaikan doh (tidak terlalu tebal atau nipis).tekap gunakan bekas bulat (kak cik guna penutup botol). 2.Masukkan inti dan cantumkan. 3.Sapukan sedikit minyak pada loyang. 4.Susun dim sum ke dalam loyang. 5.Setelah air mendidih, kukus dim sum selama 15 minit.
Inti dim sum (inti ini untuk 2 bancuhan doh) Bahan-bahan: 4 keping isi ayam (sederhana besar) (dihancurkan) 2 sudu besar udang kering (dihancurkan) 1 sudu kecil garam halus 1 sudu kecil serbuk lada hitam 4 ulas bawang putih 2 tangkai daun bawang 2 tangkai daun sup beberapa keping cendawan tiram 2 batang lobak merah 3 sudu besar tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
Bila dengar je menu nasi beriani ayam tanam, memang sedap dan ramai yang ingat susah untuk membuatnya.
Sebenarnya mudah je untuk memasaknya. Menerusi resipi daripada Muliadi Ramli, terdapat beberapa langkah untuk memasak dan menyusun nasi beriani ayam tanam ini.
NASI BERIANI AYAM TANAM
BAHAN PERAPAN AYAM (1.5 KG)
2 inci halia – beli online di sini 5 ulas bawang putih – beli online di sini 1 biji tomato *kisar bahan di atas 4 sudu besar yogurt 5 sudu besar rempah beriani 2 sudu besar garam masala 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 sudu besar lada hitam – beli online di sini Garam *Semua bahan di atas disatukan dengan ayam dan diperap selama 30 minit
1.2 kg beras basmathi – beli online di sini 3 helai daun bay/salam Rempah 4 sekawan 1 sudu kecil lada hitam 2 sudu besar garam 1 sudu besar minyak – beli online di sini
Didihkan air dengan bahan-bahan tadi. Bila air betul-betul mendidih, masukkan beras dalam 5 ke 7 minit. Tutup api, toskan. Ketepikan.
BAHAN TUMISAN:
1 biji bawang holland | dimayang – beli online di sini 3 sudu besar minyak sapi – beli online di sini 2 sudu besar minyak masak Rempah 4 sekawan 3 helai daun salam
2 ikat daun ketumbar ½ tin susu cair – beli online di sini 2 genggam biji gajus yang digoreng 1 kotak kecil kismis 2 biji kentang | dipotong nipis & digoreng, tujuannya diletak di bahagian bawah sekali bila masak nasi nanti 3 biji tomato (1 biji untuk masak dengan ayam, 1 biji untuk nasi dan 1 biji untuk buat salad) 6 biji telur (direbus & ditanam besar bersama ayam) Cili besar hijau/cili padi hijau Garam, gula & perasa secukup rasa Daun pudina (optional, tak letak pun tak apa)
CARA-CARA:
1. Mula-mula, tumis bawang holland. Masukkan segala bahan tumis dan akar ketumbar. Biar sampai nasi berbau. 2. Masukkan ayam yang diperap tadi. Tutup periuk selama 20 minit. Biar pecah minyak. 3. Lepas tu, masukkan 1 cawan bawang goreng, tomato, cili hijau, kismis, daun ketumbar dan garam gula. Ayam masak ketepikan.
CARA MEMBUAT BERIANI:
1. Mula-mula ambil kuali, susun kentang yang digoreng tadi. Bahagian paling bawah. Lepas tu, letak nasi yang direbus tadi 1 lapisan. 2. Kemudian susun lauk ayam tadi satu lapisan. Lapisan ketiga letak nasi. Boleh tabur sekali bawang goreng dan daun ketumbar.
3. Lapis balik dengan lauk dan akhir sekali, tutup balik dengan nasi. Kemudian boleh letak pewarna kuning, susu cair dan sedikit minyak. 4. Tutup kuali dan masak atas api kecil selama 15 ke 20 minit. Tutup api. 5. Biarkan nasi selama 10 minit. Kemudian barulah dibalik-balikkan nasi tu. Siap untuk dihidangkan. Boleh makan dengan salad dan sambal cili jika suka.
Buntu nak masak apa di hari Isnin ni? Aha…Janganlah susah hati. RASA ada banyak resipi yang boleh anda cuba. Hari ni anda boleh cuba buat Daging Bakar Cicah Air Asam & Sup Ayam Kampung. Sedap! Cubalah. Anda pasti suka.
1. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
BAHAN AIR ASAM:
CARA MEMASAK:
2. SUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Boleh tambah aneka sayur-sayuran kegemaran anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!