Ketupat palas jagung memang sedap tika dinikmati, lebih-lebih lagi digandingkan bersama rendang. Pembuatannya juga mudah jika tahu teknik dan caranya.
Jika sebelum ini, kita hanya mengetahui tentang ketupat palas yang biasa kita makan, kali ini kita cuba ketupat palas jagung.
Ikuti resipi perkongsian daripada Lina Sahedin ini. Nak terus rebus boleh, nak buat frozen pun boleh. Sedap.
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut (dicuci dan toskan) – Boleh beli online di sini
2 tongkol jagung (dihiris)
1 sudu besar gula – Boleh beli online di sini
1 sudu besar garam – Boleh beli online di sini
2 helai daun pandan
1kg santan
Daun palas yang telah dibuka
CARA MEMASAK:
Cuci bersih beras pulut dan toskan.
Kemudian, panaskan santan.
Setelah itu, masukkan gula, garam, dan daun pandan. Biarkan mendidih seketika.
Setelah cukup rasa masinnya, baru masukkan beras pulut. Kacau sebati.
Tunggu sehingga santan kering, tutup kuali dengan penutup.
Biarkan pulut separuh masak dan kemudian bolehlah angkat dan mula membalut.
Jika nak bagi pulut tak melekat di jari, boleh sapukan kapur makan terlebih dahulu.
Setelah dibalut, bolehlah direbus atau dibuat frozen.
Selamat mencuba.
Kredit: Lina Sahedin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sedapnya Pepes Ayam Padat Dengan Isi, Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Daging Masak Lemak Cili Api, Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap
Peminat Kuih Tepung Bungkus Gedik, Boleh Cuba Tanpa Daun Pisang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI