Nasi Goreng Pattaya. Menu gerai masakan panas yang menjadi kegemaran ramai. Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi goreng yang dibungkus bersama telur dan kemudiannya diletakkan sos cili. Ringkas sahaja. Namun jika dibeli, ada kalanya rasa kena dengan selera dan begitulah juga sebaliknya. Menerusi perkongsian saudara Wan LuQman, beliau berkongsi resipi Nasi Goreng Pattaya versi istimewa. Nampak sedap dan menyelerakan. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK NASI GORENG PATTAYA SPECIAL
BAHAN-BAHAN: Nasi goreng – boleh guna apa sahaja resipi nasi goreng kegemaran Telur 200gm daging – hiris nipis Hirisan halia & cili merah Sedikit hirisan bawang Holland – beli online disini 1-2 ulas bawang putih – diketuk Cili padi – diketuk 2 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos nampla / sos ikan – beli online disini Secubit lada hitam – beli online disini Lobak merah secukupnya Sedikit gula Bancuhan air tepung jagung
CARA MEMASAK: 1.Masak nasi goreng terlebih dahulu. Sediakan nasi goreng biasa sudah cukup janji sedap. Jika buat nasi terlalu istimewa dan banyak lauk, nanti susah untuk dibungkus. (resipi nasi goreng empunya resipi cukup ringkas: tumis bawang dan cili kisar. Masukkan kicap manis, garam, gula, nasi sejuk dan sedikit daun sup. Goreng rata)
2. Bila nasi goreng telah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian masak telur dan bungkus nasi goreng tadi dengan kemas mengikut kreativiti masing-masing. Ketepikan.
Ads
3. Untuk menyediakan Daging Masak Halia, tumis bawang putih, lobak merah dan cili. Boleh tambah hirisan lada benggala jika ada. Jika anda guna daging yang lambat empuk, sebaiknya tumis daging bersama bawang putih terlebih dahulu supaya lembut.
4. Kemudian masukkan hirisan daging dan halia. Pastikan daging dihiris nipis.
5. Tambahkan secubit serbuk lada hitam.
6. Masukkan juga sos nampla @ sos ikan dan juga sos tiram.
7. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
8. Masukkan sedikit sahaja air untuk mendapatkan kuah.
9. Boleh tambah perasa ini jika suka.
Ads
10. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland. Gaul rata dan siap untuk dihidang.
11. Tuang Daging Masak Halia diatas bungkusan Nasi Goreng dan hiaskan dengan bawang goreng serta daun sup.
Masakan Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia.
Jom cuba pula resipi kepak ayam panggang ayam Thai ni.
KEPAK AYAM PANGGANG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
10 ketul kepak ayam
4 sudu makan sos Thai
3 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan minyak bijan
6 biji bawang putih | cincang halus
4 cm halia | cincang halus
4 helai daun limau purut | hiris halus
1 sudu makan gula atau secukup rasa
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk cili Thai
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaul kepak ayam dengan kesemua bahan dan perap semalaman simpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih optimum.
Untuk memasak ayam, susun ayam di dalam loyang pembakar serta sapukan sedikit sos perap pada kepak ayam. Bakarlah di dalam ketuhar selama 30-45 minit menggunakan api atas bawah. Masaklah lebihan sos perap di dalam kuali sehingga agak pekat. Bolehlah ditambahkan sos cili Thai dan sos ikan jika perlu.
Dari masa ke semasa lebih kurang 15 minit, sapukan sos tersebut pada kepak ayam agar kepak masak cantik dan berkilat serta menambah perisa pada kepak ayam.
Sedia dinikmati panas.
Info chef: Garam tidak perlu masukkan kerana pelbagai jenis sos sudah ada rasa masin.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cikgu Afy Al Habibi yang dihasilkan khas untuk individu yang sedang diet. Ia menggunakan lemon, gula merah dan garam bukityang tentunya lebih sihat. Malah rasanya tetap sedap seperti sambal belacan biasa. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN DIET
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi merah
1 genggam cili padi hijau
3 biji cili merah
7 biji limau kasturi (buang biji)
1 biji lemon (untuk diperah)
Sedikit air
BAHAN BAKAR:
1 ulas bawang merah
1/4 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 1/2 inci belacan ( nak tambah lagi pun boleh untuk yang suka rasa belacan yang kuat)
BAHAN PERASA:
8 sudu makan Gula merah
1 sudu teh Perencah hilal/knorr
2 sudu teh Garam bukit
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan bakar (simpan sedikit bawang untuk dihiris nanti), cili, 3 biji limau kasturi bersama kulitnya, jus dari sebiji lemon dan bahan perasa. Bahan perasa boleh dimasukkan sedikit demi sedikit atau terpulang pada citarasa masing-masing.
2. Masukkan juga sedikit sahaja air. Jangan banyak nanti sambal terlalu cair. Kisar hingga lumat.
3. Tuang sambal belacan siap kisar ke dalam bekas.
4. Tambahkan hirisan lebihan bawang bakar, baki jus limau kasturi dan juga hirisan kulit limau kasturi.
5. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati bersama aneka sayur dan ulam.
6. Jika ada lebihan, boleh letak sambal belacan di dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama berminggu-minggu.
Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomatodan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
Belacan – banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat – perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi – ambil jus
2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.