Anda dan keluarga suka makan steamboat? Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Kalau nak tahu, tahap keenakan sesuatu hidangan steamboat ni terletak pada sos pencicahnya. Jika sedap sos, makan sedaplah steamboat anda tu. Nak cuba buat sendiri sos steamboat homemade? Ini resipi sos yang anda kena cuba.
Lidah Melayu kadangkala kalau tak pedas, tak lalu nak makan. Bila ada rasa pedas, barulah datang selera tu. Nah, kalai ni RASA kongsikan resipi ikan cencaru. Hidangan ni dimasak pedas dengan gabungan cili merah dan cili hijau. Siap ada perahan jus limau kasturi dan belacan. Terbayang rasa sedapnya kan? Jom cuba.
CENCARU SUMBAT PEDAS
.
BAHAN-BAHAN
• 20 biji cili merah + hijau
• 3 labu bawang besar (1 biji dibelah empat dan dikisar), (2 biji dihiris bulat)
• 3 biji tomato
• 6 biji bawang putih
• Belacan
• Sedikit air
• 1 biji air perahan limau kasturi
• Garam, gula secukup rasa
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Siang ikan cencaru dan belah belakang. Ketepikan.
2. Cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, bawang putih dan belacan bersama sedikit air dikisar sedikit hancur.
3. Kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi.
4. Tambah perisa garam dan gula.
5. Masukan bawang besar yang dihiris bulat. Kacau sebati.
6. Sumbat ke dalam ikan cencaru yang dilumur dengan sedikit garam. Biarkan dalam 25 minit.
7. Siap sedia untuk goreng.
8. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak masak yang banyak dan api perlahan.
9. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikkan.
10. Lebihan bahan kisar tadi boleh dicurahkan pada ikan. Nak pekat boleh panaskan seketika.
Masalah utama pes cili kering kisar ni cepat basi. Bila simpan lama sedikit dalam peti sejuk, mesti cepat basi dan kadang-kala masam sikit.
Ni Umi Watie kongsikan resipi pes cili kering tahan lama. Boleh tahan tiga bulan uollz. Nak tahu caranya jom tengok resipi dan cara buat pes cili kering tahan lama ni. Kalau ada tetamu buat kejutan , tinggal lebur aja. Masak apapun jadi mudah terutamanya segala macam sambal.
PES CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
2 cawan cilikering yang sudah dibasuh
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar
2 sudu makan garam
1 sudu makan pes asam jawa
5 sudu makan minyak masak
Air secukupnya.
CARA- CARA MEMASAK :
1. Rebus bawang putih dan cili kering sampai cili lembut.
2. Masukkan dalam pengisar cili kering, bawang putih dan bawang merah.
3. Masukkan pes asam jawa dan garam. Kakchik guna pes asam jawa adabi. Kalau nak ganti cuka makan pun boleh. Jangan lupa masukkan minyak masak dan air secukupnya.
4. Kisar semua sekali sampai hancur ya.
5. Alihkan dalam bekas kegemaran.
6. Pes tu boleh buat sambal tumis. Cuma masukkan belacan dan ikan bilis tumbuk saja. Nak jadikan sambal sotong, udang pun boleh.
Jika anda kehabisan gas memasak dan tiada periuk elektrik, boleh cuba masak nasi menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave). Memang sangat mudah dan menjimatkan masa. Jika anda nak masak nasi dalam jumlah yang sedikit, memang sesuai masak guna cara ini. Langkah-langkahnya adalah:
Langkah 1: Gunakan bekas seramik (kaca juga tergolong dalam kumpulan seramik) yang mempunyai penutup. Masukkan beras (contohnya seperti dalam gambar-2 cawan beras).
Langkah 2: Basuh beras seperti biasa dengan menggunakan yang air biasalah juga.
Langkah 3: Basuhlah ikut berapa kali yang biasa anda buat. (Gambar adalah rupabentuk beras yang telah dibasuh)
Langkah 4: Masukkan air yang secukupnya seperti yang biasa anda lakukan semasa masak nasi dalam rice cooker. Kalau ikut petua kawan saya yang bapanya ada restoren, letakkan tapak tangan anda atas permukaan nasi dan pastikan air berada diparas atas tangan anda. Saya dah cuba memang sentiasa menjadi.
Langkah 5: Masukkan bekas seramik tadi ke dalam microwave tanpa penutupnya. Setkan suhu tertinggi (high) dan masanya pula 15 minit (untuk 2 cawan beras). Tunggu sehingga cukup 15 minit.
Langkah 6: Buka microwave anda, tutupkan bekas seramik yang berisi nasi separa masak tadi dan setkan semula microwave anda pada suhu tinggi selama tiga minit lagi.
Langkah 7: Tadaaaa! Nasi anda telah pun sempurna masak.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...