Sedapnya Kuih Bakar Kemboja ni. Tekstur kuih yang garing dan lemak-lemak manis, memang kena dengan selera. Dapat pula makan kuih yang baru masak, aduhai…memang terbaik. Nak cuba buat sendiri secara homemade? Resipi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin ni antara yang mudah. Paling best, boleh buat dalam saiz mini dan bakar guna dapur gas & air fryer je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Air fryer ni boleh dikatakan barang wajib yang perlu ada didapur, demi memudah & menjimatkan masa untuk memasak. Boleh juga survey brand Khind 3.5L Air Fryer recommended tau.
RESIPI KUIH BAKAR KEMBOJA MASAK GUNA DAPUR GAS & AIR FRYER
Ads
BAHAN-BAHAN:
130gm tepung gandum
160gm gula pasir
2 biji telur
1 kotak santan
1/4 sudu teh garam
1/8 sudu teh pewarna hijau
200gm air pandan – kisar daun pandan bersama air. Tapis.
Bijan untuk hiasan secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. 2. Kisar hingga sebati dan tidak berketul. 3. Untuk memasak Kuih Bakar Kemboja, ada dua cara. Pertama ialah dengan menggunakan dapur gas. 4. Caranya ialah ambil acuan bahulu atau cara, letak atas dapur. Panaskan api kecil dan sapu minyak pada acuan. 5. Tuang adunan dan tabur bijan dengan secukupnya. 6. Tutup acuan supaya bahagian atas kuih cepat masak. 7. Kedua ialah dengan menggunakan Air Fryer. Tuang adunan hingga separuh cawan kertas. Tabur bijan. 8. Masukkan acuan ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kuih koci antara kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kalau di Malaysia kuih ini popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. Sangat sedap dinikmati ketika minum petang!
RESIPI KUIH KOCI LEMAK LELEH
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan air (bancuh masukkn air sikit2 dulu)
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan bancuhkan dengan air. Masukkan air sikit2 dulu tengok tahap kelembutan tepung tu.
P/s : nak senang inti tu bolat bolat kan dulu dan simpan dlm peti ais. Nak buat senang inti da bolat tinggal masuk dalam tepung.
BAHAN INTI:
1 biji kelapa
1 cawan gula melaka
1 cawan air
2 sudu makan gula pasir
CARA MEMASAK:
Kacau semua sekali hingga agak kering. Bila da nak kering, boleh masukkan tepung jagung sesudu dan kacau sampai inti tu kering.
BAHAN SANTAN:
2 cawan santan
3 sudu makan tepung beras
1 helai daun pandan
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kacau atas api hingga pekat. Tutup api.
CARA-CARA BUAT KUIH KOCI
– ambil adunan agak agak la macam guli tapi lebihkan sikit. Leperkan dan boleh masukkan inti kemudian bulatkan. Buat sampai habis.
– didihkan air. Bila air da didih, masukkan kuih tadi dan biarkan sampai ia timbul (mcm buat onde2).
– bila da masak angkat dan masukkan dalam santan yang da masak tadi.
– ambil daun pisang, letakkn minyak sedikit dan bungkuskn kuih koci tadi.
– kukuskan 5 minit. Siap!
Bagi peminat juadah kuih muih tradisi pastinya tidak dapat melupakan keenakan hidangan ini yang sememangnya memenuhi cita rasa. Lemak, pedas, berempah…Memang cukup rasa! Pendek kata sekali makan, nak lagi cuba berkali-kali. Jom lihat senarai kuih-kuih tradisional Melayu yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia.Nak buatnya pun senang. Anda boleh cuba.
1. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN A:
200gm ubi keledek|direbus dan lecek
120gm tepung gandum
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
15 ekor udang sederhana|buang kulit dan cincang
4 biji cili merah|kisar
4 biji bawang merah|kisar
2 ulas bawang putih|kisar
1 batang serai|dimayang halus
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti cucur badak, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan udang yang dicincang dan kelapa parut. Tumis sehingga agak garing. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
Untuk menyediakan doh pula, satukan semua bahan dan bentukkan ia menjadi bulat kemudian dileperkan. Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
Goreng di dalam api yang sederhana sehingga ia menjadi kekuningan.
Info Chef: Pastikan cucur badak digoreng di dalam api yang kecil untuk mengelakkan ia menjadi hangus.
2. CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung naik sendiri
150ml air
100gm isi ketam|dihancurkan
3 tangkai kucai|dipotong kecil
1 biji cili merah|dicincang halus
1 biji bawang besar|dimayang halus
1 biji telur
5gm soda bikarbonat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
3. JEMPUT-JEMPUT KENTANG
BAHAN-BAHAN:
420gm tepung gandum
250ml air
125ml susu
8 ekor sotong|dihiris halus
2 biji ubi kentang|disagat
5gm garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung bersama air dan susu sehingga sebati. Tambah garam dan lada sulah. Masukkan sotong dan ubi kentang. Gaulkan sehingga ia sebati.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan dan masukkan ke dalam kuali.
Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak. Toskan.
Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Selain penggunaan susu, krim segar turut boleh digunakan di dalam penyediaan cucur ini.
4. KARIPAP INTI KELEDEK & AYAM
BAHAN-BAHAN A:
500gm tepung gandum
200ml air
125ml minyak masak
60gm marjerin
BAHAN-BAHAN B:
2 biji ubi keledek|dibersihkan dan dadu kecil
125gm isi ayam rebus
60gm rempah kari
1 labu bawang besar|dicincang halus
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.
Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.
5. POPIAH SAYUR GORENG
BAHAN-BAHAN:
10 keping kulit popia
6 ekor udang|dicincang
250gm hirisan kubis panjang
1 batang lobak|diparut
125gm sengkuang|potong memanjang kecil
5 biji bawang kecil|tumbuk halus
4 ulas bawang putih|tumbuk halus
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan udangdan kesemua sayuran lain.
Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa. Sejukkan inti seketika.
Ambil sesudu inti dan letak di atas kulit popia, gulung kemas. Goreng popia di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan tos.
Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Penggunaan udang boleh digantikan dengan isi ketam.
6. PULUT PANGGANG SERUNDING
BAHAN-BAHAN A:
300gm pulut
250ml santan pekat
Garam secukup rasa
Daun pisang/daun nyirik secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK SERUNDING:
200gm udang segar|bersihkan dan cincang kasar
50gm udang kering|ditumbuk lumat
1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
2 batang serai|dimayang halus
4 biji cili merah|tumbuk lumat
5 biji bawang merah|tumbuk lumat
4 ulas bawang putih|tumbuk lumat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
Isikan inti dan kemaskan balutan. Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.
Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik
7. PULUT TANAK SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN A:
500ml santan pekat
50ml air
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
100gm ikan bilis|goreng garing
10 biji cili padi|dikisar
2 biji cili hijau|dikisar
5 biji bawang merah|dikisar
4 ulas bawang putih|dikisar
1 labu bawang besar|dipotong bulat
5ml air asam jawa
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A di dalam periuk. Tanak sehingga pulut masak.
Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.
Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan daun kari dan sedikit air. Masukkan ubi kentang dan tambah dua sudu makan air. Didihkan hingga ubi kentang empuk.
Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sebati hingga inti menjadi kering. Sejukkan.
Untuk membuat samosa; ambil sekeping kulit popia, letakkan sesudu inti ke dalamnya dan bentukkan mengikut cita rasa(gulung/segi tiga).
Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kuning keperang-perangan.
9.LEMPENG GULUNG DAN SAMBAL IKAN
Bahan-bahan A:
150g tepung gandum
350ml air
1 biji telur
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (sambal ikan):
3 ekor ikan kembung/selar – potong kecil & goreng garing
3 sudu makan cili kisar
1 labu bawang besar – potong bulat
4 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu teh air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan A di dalam mangkuk pengadun. Kacau rata hingga bancuhan menjadi likat ( tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).
Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Ambil sesenduk bancuhan tepung dan ratakan menjadi kepingan lempeng yang nipis.
Biarkan lempeng masak untuk beberapa minit. Keluarkan lempeng dari kuali. Gulung dan ketepikan.
Untuk membuat sambal ikan: panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi dan agak garing. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan yang telah digoreng di dalam sambal dan kaup-balikkan. Hidangkan bersama lempeng gulung.
Kalau anak anda bawa Apam Aiskrim ni ke jamuan sekolah pasti menajdi tarikan buat kawan-kawan sekelas anak anda. Kalau menu lain dari yang lain seperti Apam Aiskrim ni pastinya digemari kanak-kanak. Cara penyediaan apam ini sangat unik dan gerenti sedap!
Resipi penuh Apam Aiskrim ini telah dikongsikan oleh Fee Sha Taa Hir di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) telah mendapat Like sebanyak 1.2K.
Jom kita cuba resipi ini dirumah!
APAM AISKRIM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
3 Biji telur gred A
1 Sudu makan ovalette
Sedikit esen vanilla
1/2cawan gula
(Campurkan kesemua BAHAN A menggunakan mixer sehingga gebu & kental. Pastikan adunan tidak akan jatuh bila diangkat)
BAHAN B
5 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu kotak full cream (boleh juga susu cair)
(Masukkan BAHAN B ke dalam adunan BAHAN A dan mix sehingga sebati)
BAHAN C
2 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
(Ayak BAHAN C dan masukkan dalam adunan tadi)
CARA PENYEDIAAN:
Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian dan pilih warna kesukaan anda.
Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunting sedikit hujung piping bag.
Paip adunan ke dalam kon yang kita buat awal-awal tadi dan selang selikan warna bagi nampak menarik. Kukus 10 minit api perlahan. Kon tu dirikan di lubang pengukus.
Letak loyang pengukus 2 lapis dan kosongkan loyang bahagian bawah supaya air tu tak terkena kon. Kukus guna api sederhana kecil untuk elak apam merekah. Sejukkan & isi topping coklat atas apam.