Jom cuba buat Buko Pandan ni untuk minum petang. Katanya menu manisan ini asalnya dari Filipina. Wow..Nampak menarik dan sedap kan? Kombinasi pelbagai bahan ditambah pula ais. Pasti sangat enak jika dinikmati sejuk lebih-lebih lagi jika cuaca panas membahang. Jom cuba resipi perkongsian saudari Senz Ahmad ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Masak agar-agar mengikut arahan dibelakang bungkusan dan masukkan sedikit pewarna hijau. 2. Apabila telah masak, biarkan agar-agar keras. Potong dadu ikut saiz yang dikehendaki.
3.Dalam periuk berlainan, didihkan air terlebih dahulu dan masukkan sagu putih. Sagu tidak perlu dibasuh. Elakkan mengacau dengan kerap supaya sagu tidak pecah. 4. Apabila sagu sudah masak, tapiskan sagu dan lalukan dibawah air untuk hilangkan kanjinya. Toskan seketika. 5. Masukkan sagu ke dalam mangkuk dan titiskan pewarna hijau. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian tapis semula dan lalukan sekali lagi dibawah air untuk membuang lebihan pewarna. 6. Potongkan isi kelapa halus-halus atau potong ikut saiz yang disukai. Air kelapa tidak perlu diambil.
7. Nata De Coco pula ditapis dan diambil isinya sahaja.
Ads
8. Campurkan susu cair bersama susu pekat. Kemanisannya ikut cita rasa masing-masing. Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan panaskan seketika di atas api. Biarkan sejuk. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi bahan-bahan lain.
9. Untuk menikmatinya, masukkan ais dan bolehlah dihidangkan.
PETUA ELAK SAGU BERKETUL: Sagu yang sudah siap dimasak jika disimpan lama akan jadi berketul-ketul. Petua untuk meleraikannya adalah masukkan sagu ke dalam penapis dan basuh dengan air. Kacau perlahan-lahan dan leraikan. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam Buko Pandan.
Apa menu minum petang anda hari ini? Sesekali lidah terasa nak makan dessert yang mudah dan disukai ramai. Boleh cuba buat Cheesekut Coklat Nestum hasil perkongsian saudari Izanizawati Ismail.Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah. Dessert ni tak boleh makan banyak sekali hadap sebab muak. Dapat sepotong pun dah puas rasanya.
Cheesekut Coklat Nestum
Bahan-bahan:
1 paket Cream Craker HupSeng (guna deluxe cracker lebih afdal)
250gm Cream Cheese
1 paket Nestum original
1 tin susu cair
1 cawan krimer manis coklat SAJI
1/2 cawan gula kastor (lebihkan jika suka manis)
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
Pukul cream cheese, krimer manis coklat SAJI, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
Masukkan 3 sudu besar serbuk koko yang diayak terlebih dahulu dan pukul hingga sebati.
Masukkan 3 sudu besar susu cair dan kacau guna spatula. (Susu cair dimasukkan kerana adunan cream cheese sedikit kental kerana ditambah serbuk koko. Lebihkan susu cair jika suka cheese meleleh)
Panaskan susu cair dan tambah 2 sudu besar serbuk koko (supaya serbuk koko senang larut). Tapis jika perlu dan sejukkan sebentar.
Tuangkan susu cair tadi dalam bekas supaya senang untuk dicelup. Celup cracker satu persatu dan susun dalam loyang. Sudukan 4 sudu besar cream cheese dan ratakan. Taburkan nestum secukupnya. Ulang langkah hingga habis.
Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.
Bebola daging atau meatball memang banyak guna dan boleh dipelbagaikan cara hidangannya. Sama ada menu barat atau timur, semuanya pasti membuka selera. Ramai yang suka membeli meatballsejukbeku yang dijual di pasaraya. Tapi tahukah anda bebola daging yang dibuat secara homemade mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding yang dibeli di pasaraya? Malah bila buat sendiri, anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti aneka sayur -sayuran bagi menjadikan sajian tersebut lebih berkualiti dan berkhasiat. Caranya pun mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Dapur Hayati ni. Boleh buat niaga juga tau.
Sedapnya Kek Coklat Kukus Layer Mousse ni. Resipi kek mudah tapi sangat sedap ini adalah perkongsian dari saudari Siti Hajar Hashim.Nampak macam kek mewah tapi boleh je hasilkan secara homemade. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA BUAT KEK COKLAT KUKUS LAYER MOUSSE
BAHAN KEK COKLAT MOIST
3 biji telur gred A
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula (saya blend gula pasir)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 kotak kecil susu dutch lady coklat (200ml)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Ayak tepung gandum,serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. 2. Satukan telur,gula dan esen vanilla dlm bekas. Pukul hingga kembang. 3. Masukkan minyak masak dan susu pekat.Pukul lagi hingga sebati. 4. Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi. 5. Akhir sekali masukkan susu coklat.Kacau sebati guna senduk je. 6. Tuang adunan ke dalam bekas. Tuang hingga separuh bekas sahaja. Empunya resipi guna bekas saiz sq450 dan dapat 6 bekas. 7. Panaskan pengukus dan tunggu hingga airnya mendidih. 8. Masukkan kek dan kukus hingga masak. Anggaran 25 minit. Cara nak tahu kek masak atau belum, cucuk menggunakan lidi. Jika lidi bersih dan tak ada doh melekat, maksudnya kek dah masak. Balut tutup pengukus menggunakan kain untuk elak wap air menitis atas kek. 9. Sejukkan kek seketika kemudian keluarkan dari bekas. Potong kek kepada dua bahagian. ( empunya resipi potong guna benang).
BAHAN MOUSSE COKLAT:
1 cawan non dairy whipping cream ( krim putar bukan tenusu)
250gm beryls dark chocolate compound
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan majerin
CARA MEMASAK: 1. Pukul whipping cream hingga kental. Kemudian simpan dulu dalam peti sejuk. 2. Seterusnya, cairkan coklat menggunakan teknik double boiler. Bila dah cair, masukkan susu cair dan marjerin. Gaul hingga sebati dan biarkan sejuk seketika. 3. Campurkan coklat cair ke dalam bekas berisi whipping cream. Kaup balikkan hingga sebati.
CARA MELAPIS KEK 1. Untuk lapisan pertama, letak kek kemudian paipkan mousse coklat sebagai lapisan kedua. 2. Seterusnya letak kepingan kek dan paipkan lagi mousse coklat. Akhir sekali, tuang coklat ganache.
BAHAN COKLAT GANACHE ( untuk tuang pada lapisan akhir)
250gm beryls dark chocolate compound
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan butter/majerin
CARA MEMASAK: 1. Cairkan coklat secara double boiler. 2. Seterusnya masukkan susu cair dan Kacau sebati. 3. Bila dah siap, tuang coklat ganache diatas kek. Sejukkan kek dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.