Isi Kandungan
ToggleAnda suka makan Puff Sardin? Memang sedap jika dinikmati panas-panas. Tidak sukar untuk menyediakan sajian yang seakan dari bakeri ni jika tahu caranya. Hanya dengan beberapa bahan, nah… Puff Sardin enak siap tersedia untuk dimakan.
Nak cuba? Saudari Mastura Razali ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MEMBUAT PUFF SARDIN SEDAP GUNA 2 BAHAN
BAHAN UTAMA:
Puff pastri segera saiz kecil
1 tin sardin – beli online disini
BAHAN LAIN:
2-3 ulas bawang putih – tumbuk
1 biji bawang holland – hiris – beli online disini
Cili padi secukupnya – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Kuning telur secukupnya
Parsli kering – jika ada – beli online disini
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland dan cili sampai garing.
2. Kemudian masukkan sardin yang telah dihancurkan. Masak hingga agak kering.
3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Angkat dan ketepikan.
4. Ambil kepingan pastri segera. Buat garisan melintang dan hiris di sebelah bahagian. Sudukan inti dengan secukupnya. (lihat gambar)
5. Lipat pastri sebegini dan tekan hujungnya menggunakan garpu.
6. Kuning telur untuk disapu pada pastri.
7. Tabur parsli kering diatas pastri. Jika tiada, abaikan sahaja.
8. Bakar pastri dalam ketuhar pada suhu 200C selama 20 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Sosej Gulung Istimewa Tumbuk-Tumbuk Doh Untuk Hasil Yang Gebu
Uli sendiri doh tepung untuk hasilkan roti yang lembut dan gebu. Doh di lilit pada sosej dan digoreng dalam minyak panas. Boleh dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
ROTI SOSEJ GULUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo tepung gandum
- 2 sudu kecil mauripan
- 2 sudu kecil gula
- 2 sudu kecil susu
- 1 sudu kecil garam
- 2 biji Telur
- Serbuk roti
- 1 1/2 cawan air suam
CARA MEMASAK:
- Satukan mauripan, gula, susu dan garam bancuh dengan air suam. Tunggu sampai berbuih banyak.
- Selepas itu masukkan bancuhan air ke dalam tepung.
- Kacau rata serta masukkan planta sikit demi sedikit sambil uli doh smpai doh tidak melekat di tangan.
- biarkan doh dan tunggu doh naik sekali ganda.
- Bila doh sudah naik tumbuk-tumbuk doh dan buat bulat sama besar.
- Gelek diatas tapak tangan doh yang sudah dibulat tadi.
- Lilitkan pada sosej
- Biarkan seketuka sampai doh naik lagi.
- Celupkan doh dalam telur yang telah di kacau dan golekkann ke dalam serbuk roti.
- Goreng sehingga keperanggan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Razali Rossidah
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Terkejut Dengan Rasa Roti Goreng Sosej Cheese Leleh Sangat Enak
Aneka Jenis Roti Lembut, Segar & Unik. Boleh Cuba Buat Sendiri!
Isi Kandungan
TogglePasti ramai dalam kalangan anda yang gemar makan roti. Jadi, jika ada peluang pasti anda ingin mencuba membuatnya sendiri. Maklumlah, roti yang dibakar segar pasti lebih sedap dinikmati. Selain itu, kini anda boleh membuat pelbagai jenis roti yang unik yang mungkin tidak pernah anda bayangkan dapat membuatnya sendiri. Yang lebih penting, roti itu lebih menyihatkan. Cuba ya!
HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 20gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 120gm Serat gandum kasar
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible atau boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
- Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
- Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas.
- Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 50gm Serat Gandum kasar
- 150gm – Bijian Campuran – 7 jenis
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
- Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
- Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
- Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
- Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 250gm Air sejuk
- 30gm serbuk teh hijau
- 50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK:
- Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
- Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
- Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Setelah itu, kelim doh dengan cermat.
- Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )
- 150gm Oat
- 100gm Madu
- Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
- Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
- Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 30gm Black Charcoal Powder
- 20gm Brown Malt Flour
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
- Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
- Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Kredit resipi: Terima kasih Chef Sharizat, Golden Republic
Cara Buat Lasagna Homemade Sedap Guna Roti Sandwic.
Roti sandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Salah satunya ialah Lasagna Roti perkongsian saudari Mis Julie Biz ni. Memang sedap. Bukan rasa yang biasa-biasa tau. Jom cuba!
RESIPI LASAGNA ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
- 1 buku roti – digelek
- 400gm daging kisar
- 2 biji bawang besar/bawang Holland potong dadu
- 2 ulas bawang putih
- 1 botol Sos Spageti Leggo’s ( napoletana) 575gm
- Sayur campur (ikut selera suka byk mana)
- Sedikit lada hitam
- Sedikit lada putih
- Sedikit gula
- Sedikit tepung gandum
- 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak utk menumis
- Sedikit tepung jagung
- Air
- 2 keping Keju cheddar
- Keju mozarella untuk topping
CARA MASAK KUAH LASAGNA:
- Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
- Masukkan daging kisar, kacau hingga masak / berubah warna.
- Masukkan sos spagetti. Tambah air dlm botol sos spageti td 1 botol dan tuang skali..
- Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano/mix herbs. Setelah mendidih, masukkan sayur campur..tambah tepung jagung yg di bancuh dgn air utk pekat kan sikit kuah td.. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masak skejap. Tutup api, ketepikan.
CARA MASAK SOS PUTIH:
- Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
- Masukkan sedikit tepung gandum..kacau sampai warna sedikit perang.
- Masukkan air.
- Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
- Masukkan 2 keping keju cheddar. Optional. Cik letak sebab tak ada susu. Jadi cik gantikan dengan keju cheddar.
- Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK LASAGNA ( guna loyang 8×8):
- Letak kuah lasagna dalam loyang.Kemudian sedikit sos putih.Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi.
- Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang.
- Ulang lagi langkah ni hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis.Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih.
- Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
5. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit ( suhu tu ikut pada oven masing-masing).
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mis Julie Biz