Sedapnya Karipap Kentang. Memang tidak dinafikan, karipap ni antara kuih yang jadi kegemaran ramai tanpa mengira usia. Dapat pula makan karipap yang rangup dan sedap, lagilah laju suap ke mulut. Bermurah hati berkongsi resipi Karipap Kentang yang sedap, saudari Noor Baini Bakar juga berkongsi petua goreng karipap supaya kulitnya licin dan rangup Ha…Nanti bolehlah cuba ya. Jom lihat bahan-bahan lain yang diperlukan.
CARA MASAK KARIPAP KENTANG RANGUP YANG SANGAT SEDAP!
BAHAN-BAHAN: 1 kg tepung gandum – beli online disini 1 cawan minyak masak – beli online disini 1 cawan majerin – beli online disini 1 cawan air sejuk dari peti ais – sukatan lebih kurang 2 sudu (kfc) garam – masukkan ke dalam air dan larutkan
CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP: 1.Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. 2. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh. 3. Simpan doh di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam. 4. Doh karipap siap untuk digunakan.
BAHAN-BAHAN: 1kg ubi kentang – dipotong dadu, direbus, dan ditos air – beli online disini 1/2 biji bawang besar – dicincang – beli online disini 4 sudu makan serbuk kari – beli online disini 8 sudu makan gula – boleh sesuaikan ikut citarasa Sedikit daun kari 3 sudu teh garam – beli online disini Udang 1 sudu teh serbuk perasa – tidak letak pun boleh Sedikit air Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga berbau wangi. 2. Masukkan rempah kari, gula, garam, perasa dan sedikit air. 3. Masukkan ubi kentang dan juga udang. Kacau hingga kering. 4. Padamkan api dan sejukkan inti. Kemudian bolehlah digunakan untuk buat inti karipap
IKLAN
TIP: Goreng karipap dengan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan rangup.
Masakan tradisional Kelantan seperti ayam percik dan kerutup memang digemari ramai, namun kedua masakan ini bukan hanya sesuai di musim perayaan tetapi juga sebagai hidangan untuk makan tengahari atau malam keluarga. Kedua menu ini sebenarnya mudah disediakan, tak percaya anda boleh cuba ye, resipi ada disediakan di sini.
KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Bila masak menu yang berasaskan sotong, anda rasa sotong tidak pejal dan berair. Perkongsian ini dapat bantu anda bagaimana cara cuci sotong yang betul. Hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak.Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Mungkin boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong.
Sotong Pejal & Tidak Berair
Caranya:
1.Potong sotong ikut saiz yang dihendaki.
2.Taburkan garam kasar sesudu dua dalam bekas berisi sotong(garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar)
3.Gaul dan ramas-ramas sotong dan garam tersebut.Ramas-ramas sehingga keluar buih macam sabun. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.
4.Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih sehingga hilang air buih/air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.
5.Kemudian tapis sotong untuk sejat airnya.
6.Bolehlah masak seperti biasa,insyaAllah sotong tak keluarkan banyak air lagi.