Pernah cuba Sandwich Goreng? Jika tidak pernah, anda harus cuba. Sangat sedap dan sesuai disajikan pada bila-bila masa. Intinya boleh diperlbagaikan. Boleh guna sardin, sambal tumis bilis, tuna dan sebagainya. Ikut selera masing-masing. Cara masaknya juga cukup senang malah tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zila Nur Arilni. Pasti puas hati.
RESIPI SANDWICH GORENG INTI SARDIN SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus roti sandwic 1 tin kecil sardin – beli online disini 1 biji bawang besar – dicincang 4 biji cili padi – hiris 1 hiris jus lemon Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat inti, cincang bawang besar dan cili boleh tambah jumlah ikut cita rasa. 2. Tuang sardin ke dalam bekas dan hancurkan. Campur hirisan bawang, cili, garam dan perahan lemon untuk mengurangkan bau hanyir. Gaul sebati. Ketepikan.
3. Untuk bancuhan tepung, campur semua bahan dan sebatikan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Boleh masukkan sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit untuk menaikkan warna.
4. Potong roti menajdi bentuk segi tiga begini.
5. Sapukan inti sardin pada kepingan roti denga secukupnya. Kapitkan dengan sekeping lagi roti.
6. Tekan sedikit bahagian hujung roti supaya rapat dan melekat sebegini.
7. Masukkan roti ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Salut dan ratakan di seluruh bahagian termasuk tepi roti. Amat penging supaya roti tidak terbuka bila digoreng.
8. Panaskan minyak dan goreng roti tadi sehingga keemasan.
9. Angkat dan toskan minyaknya. Sandwich Goreng Inti Sardin sedia untuk dinikmati.
Kalau sebut pasal mee celup, mesti orang dah terbayangkan mee celup yang terkenal di Kelantan.
Mee celup di Kelantan, antara yang memang mendapat sambutan dan sukar untuk mendapat rasa yang sama seperti di kedai.
Resipi mee celup yang dikongsikan Ben Safwan ini, adalah antara yang paling lengkap.
Boleh ikuti tip yang dikongsikan termasuk dari segi penyediaan bahan yang sama supaya anda dapat merasai kenikmatan mee celup pada level sebenar.
Namun, apa yang penting, anda harus ambil masa sediakan bahan rencah terlebih dahulu. Dah siap bahan rencah, baru buat mee celup, meggi celup dan nasi air ni.
MEE CELUP PALING SEDAP
10 BAHAN RENCAH YANG MENYEDAP MEE CELUP VERSI KELANTAN:
1. BAHAN MINYAK CILI
4 batang serai | potong pendek, masukkan dalam food chopper & ketepikan 2 labu bawang putih | kupas, masuk food chopper & ketepikan 5 cm halia muda | kupas, masuk food chopper & ketepikan ½ genggam cili padi | potong, masuk food chopper & ketepikan ½ genggam cili besar | potong, masuk food chopper & ketepikan 2 cawan minyak masak 4 sudu teh serbuk cili
CARA MENYEDIAKAN:
1. Guna 2 cawan minyak masak. Goreng satu persatu bahan di atas ikut urutan. Api sederhana kecil ja. Angkat bila garing. 2. Simpan semua bahan termasuk minyak yang sama ke dalam bekas kaca. Minyak tu tunggu suam .Masukkan 4 sudu teh serbuk cili untuk lebih sedap.
2. BAHAN AIR LADA:
½ genggam lada Thai ½ cawan jus limau Thai dalam botol 4-5 sudu makan cuka
1. Cincang lada thai setengah genggam guna food chooper tanpa air. Masukkan ½ cawan jus limau thai dalam botol dan 4-5 sudu makan cuka. 2. Biarkan 1 malam di luar dan seminggu dalam peti, baru sedap makan.
3. BAHAN LADA SOLOK JERUK:
Lada solok (ikut nak guna banyak mana, saya guna 1.2kg – 1.5kg lada solok. Senang buat banyak sekaligus) ½ sudu makan kapur 4-5 cawan air 2 cawan cuka 5-6 sudu makan gula 2 sudu teh garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong lada solok. Lepas tu rendam dengan air dan masukkan ½ sudu makan kapur. Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk. 2. Lepas tu, tos bersih bagi buang rasa kapur tu. Ketepikan. Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih, tutup api. 3. Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Ingat 30 saat je. Lepas tu, cepat-cepat buang air dan alirkan air paip. Masukkan dalam bekas bersih. 4. Panaskan 4,5 cawan air dengan 2 cawan cuka, 5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam. Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa.
5. Tak perlu tunggu mendidih. Dah nampak hancur gula dan garam, tutup api. Biarkan sejuk. 6. Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman. Dah boleh makan dah lada jeruk. Guna lada solok kalau nak bertambah sedap.
4. KACANG TANAH
Beli di kedai kacang tanah kisar yang tak berapa halus.
5. SERBUK CILI THAI
Boleh beli di shopee. Saya beli guna keyword ‘serbuk cili thai’. Pilih yang halus lagi sedap.
Masukkan 1 genggam ikan bilis dalam air fryer, renjis minyak sikit dan bakar suhu 200 selama 12-13 minit. Pasti garing sedap. Kalau tiada AF, goreng macam biasa.
8. BAWANG GORENG ASLI
Saya beli yang RM15 sebotol. Yang homemade dan rasanya sedap sangat. Yang tak de tepung berkilo melekat pada bawang.
Masukkan dalam periuk, ketuk semua yang mana perlu. Lepas tu masukkan dalam periuk. Renehkan 50-60 minit supaya turun air daging, air ayam tu bagi sedap. Tak perlu perasakan dengan garam gula. Itu diproses nak makan dah.
BUBUR NASI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras 6-7 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masak atas api dapur gas, biarkan dan kacau sesekali hingga nasi sudah bertukar jadi bubur. 2. Bila tengok kanji dah mula keluar, bersedia untuk tentukan tahap mana anda suka bubur tu. Jangan terlalu hancur. Tak sedap nanti. 3. Meggi, mee,mihun celur je macam biasa. 4. Untuk sayur, gunakan kangkung, tauge, daun ketumbar dan asam limau nipis. Bukan limau kasturi. 5. Kangkung dan tauge tu rendam je dalam air panas. Tak perlu rebus.
CARA GABUNG:
1. Letak mee, meggi, bihun, nasi air dalam mangkuk. Letak isi ayam, perut muda, daging atau apa-apa lauk anda suka. Tambah pula sayur semua. Letak kuah secukupnya. 2. Baru letak 1 ½ sudu teh gula halus, ½ garam, dan semua bahan rencah sikit-sikit. 3. Perah asam limau dan gaul semua. Cuba rasa. Yang mana tak cukup lagi, tambah. 4. Semua ni atas skill pembuat/pengadun mee celup. Masa menulis ni pun, saya boleh bayang satu-satu dan menitik air liur.
Ayam Goreng Rempah sememangnya digemari ramai tidak kira yang muda atau tua. Kombinasi rasa rempah dan isi ayam yang digoreng rangup, memang enak sekali andai dinikmati bersama nasi. Bagi anda yang sukakan menu Ayam Goreng ala kedai mamak, resipi perkongsian saudari Umi Watie ini tentunya harus dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK AYAM GORENG REMPAH SEMPOI
BAHAN-BAHAN:
Ayam secukupnya Telur Serbuk kunyit – beli online disini Serbuk Kari – beli online disini Daun kari Tepung jagung – beli online disini Garam (sukatan bahan bergantung pada jumah ayam yang digunakan. Ubah suai mengikut cita rasa masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan di dalam bekas bersesuaian Gaulkan semua bahan sampai sebati.
2. Perapkan ayam dalam peti sejuk seketika. Nanti bila sudah sedia untuk dimakan, baru goreng supaya boleh dinikmati panas-panas.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sampai garin menggunakan api perlahan sahaja. 4. Bila ayam sudah garing sempurna, angkat dan toskan minyaknya.
5. Ayam Goreng Rempah Sempoi sedia dihidangkan bersama nasi putih ataupun nasi berperisa seperti nasi goreng.
6. Tekstur isi ayam selepas digoreng. Lembut dan juicy. Sedap!
Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji ( ketumbar )*
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup
10-15 biji lada hitam*
2 sb jintan putih*
1 sb jintan manis *
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SIPUT:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji (ketumbar)*
2sb jintan manis*
10-15 biji lada hitam*
2 ulas bawang putih
1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
Sedikit kunyit hidup
Sebesar ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
CARA MEMASAK:
Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dgn air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul2 halus.
Sedia untuk dibuat kari .
Masak la cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tk kan rasa was2 lagi .
Resipi ayam masak kicap kenduri ini boleh dicuba jika teringin menikmati ayam kicap yang sedap. Paling enak dimakan dengan nasi panas dan segelas sirap...