Berehatlah Siti Sarah Raisuddin. Pagi ini seluruh Malaysia berduka dengan pemergian penyanyi terkenal yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini.
Setelah bertarung nyawa lebih 65 jam selepas ditidurkan bagi menjalani pembedahan melahirkan anak lebih awal akibat jangkitan Covid 19, beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berita sedih ini diumumkan oleh suami Sarah dan juga syarikat pengurusannya, Indigital Music.
Pemergian pelantun suara lagu Kesetiaan ini ternyata ditangisi dan dicemburui ramai. Pasti ada banyak kebaikan yang dilakukan semasa hayatnya yang membuatkan insan ini disenangi serta begitu disayangi.
Kisahnya mula menjadi ikutan pelbagai lapisan masyarakat setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah kemerosotan bacaan oksigen dalam badan akibat jangkitan virus Covid. Satu demi satu ‘update’ terkini dinanti malah ramai mendoakan kesejahteraan penyanyi ini agar kembali sedar dan pulang ke pangkuan anak-anak serta suami.
Yang menitipkan kata-kata semangat bukan sedikit. Tidak hanya dikalangan keluarga, teman-teman rapat dan juga para peminat malah individu-individu yang sebelum ini tidak mengambil tahu kisah dunia hiburan juga mula memuat naik hantaran.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah keistimewaan yang dimiliki oleh anak kedua pelakon veteran Raisuddin Hamzah ini hinggakan beliau didoakan oleh ramai orang. Apa jasanya hanya Allah sahaja yang tahu namun dari mata insan-insan yang rapat dan pernah bekerjasama, pasti mengakui ada banyak kebaikan yang dilakukan.
Siti Sarah adalah salah seorang artis yang mudah memberikan kerjasama. Malah semasa hayatnya, RASA pernah berpeluang menjalankan pengambaran RASA Anak Emak Anak Bapak bersama selebriti ini dan bapanya.
Dalam episod tersebut, Siti Sarah ditugaskan memasak menu Ikan Patin Tempoyak kegemaran kegemaran abah kesayangannya. Seronok melihat gelagat Siti Sarah di dapur. Kemesraan dan keakraban antara dua beranak ini sangat menyenangkan.
Sangat membahagiakan. Kini gambar-gambar ini hanya boleh ditatap dan dijadikan kenang-kenangan. Didoakan semoga roh Siti Sarah Raisuddin ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan buat keluarga yang ditinggalkan, moga terus tabah menghadapi ujian.
Dipetik dari sumber Berita Harian Online, jenazah akan dikebumikan bersebelahan pusara arwah ibunya di Tanah Perkuburan islam, Kampung Sungai Pusu Gombak jam 12 tengah hari ini.
Al-Fatihah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Malaysia Culinary World Cup 2023 yang disertai seluruh dunia telah diadakan di World Trade Centre di Kuala Lumpur bermula pada hari ini (21 Februari 2023 sehingga 23 Februari 2023) yang bakal berlangsung selama 3 hari.
Seramai 650 peserta dari Malaysia dan juga dari luar negara bersama menjayakan pertandingan ini bagi meraih Guinness World Records. Majlis telah dilancarkan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) bersama Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab (Ketua Pengarah Tourism Malaysia).
Melalui pertandingan ini juga, kita dapat mengenali pelbagai jenis menu dari pelbagai negara di dunia. Dalam pertandingan ini, sebanyak 9 kategori utama bakal dipertandingkan bersama 62 sub kategori termasuk 40 makanan lokal.
Setiap kategori akan diadili lebih kurang 100 Chef dari dalam dan luar Malaysia termasuk Chef Liza Zainol. Selepas tiga hari berlangsung, keputusan Guinness World Records akan diumumkan.
Pertandingan ini bakal dijadikan sebagai pertandingan tahunan menurut Malaysia Bersatu Culinary Association bagi memberi peluang industri makanan lokal dan internasional bergabung dalam satu bumbung dan dikenali ramai.
Pengeluar teh dari Sri Lanka, Dilmah Tea, menampilkan revolusi konsep serba baharu berasaskan teh untuk dinikmati rakyat Malaysia.
Bertema “a 21st Century Luxury Tea Experience” (Rasai Pengalaman Teh Mewah Abad ke-21), Dilmah yang telah pun mempelopori ciptaan teh Ceylon yang asal, terus didorong untuk menjaga asal-usul Crafting dan kesegaran teh mereka, serta memperkukuhkannya dengan inovasi-inovasi teh yang baharu.
Dilmah menunjukkan pelbagai kegunaan rangkaian teh premiumnya yang enak digandingkan dengan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak dan sate ayam.
“Kami sangat gembira dapat kembali ke Malaysia untuk menganjurkan Hari Penghargaan Teh ini dan kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia tentang kualiti dan keaslian secawan teh Dilmah,” kata Dilhan C. Fernando, Penanam Teh dan Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea.
Antara pilihan rangkaian teh premium ini termasuk:
Tea Makers Private Reserve:Koleksi eklektik teh yang jarang dijumpai, dipilih sendiri oleh Pengasas Dilmah, Merril J. Fernando, menjadikannya antara pilihan teh terbaik dan paling eksklusif di dunia. Tea Makers Private Reserve boleh didapati dalam daun teh longgar atau pek makanan secara pukal.
Silver Jubilee Gourmet Tea: Pilihan campuran daun teh Gourmet Black, Green, White dan Infusions ini disediakan untuk meraikan warisan jenama Dilmah; semangat dengan tujuan penubuhannya. Herba teh ini telah menerima sentuhan abad ke-21, membentuk pilihan cita rasa teh gourmet seperti infusi elderflower bersama epal, ros Ceylon dan pudina dan banyak lagi. Rangkaian teh ini boleh didapati dalam pek makanan secara pukal, uncang, atau daun teh longgar.
Seorang pakar pembancuh turut hadir untuk menampilkan beberapa resipi koktel dan mocktail baharu, masing-masing dengan rasa unik tersendiri.
Dilmah turut berinovasi dengan meneroka pelbagai cara teh boleh dinikmati sebagai pencuci mulut! Teh boleh dicampur dengan coklat dan pencuci mulut biasa, atau ia juga lazat sebagai pencuci mulut yang berasaskan teh. Di acara itu juga, sesi gandingan makanan ini turut menggandingkan teh t-series Dilmah dengan pencuci mulut yang lazat seperti fudge coklat, biskut dan aiskrim krim, serta pai epal.
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd dan Astro telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman ( MoU) yang membentuk sebuah syarikat usahasama (JV Co) untuk penghasilan dan penjanaan keuntungan menerusi pemilikan kandungan di Malaysia dan rantau Nusantara.
Menurut Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, matlamat utama kolaborasi adalah menyasarkan penghasilan bersama kandungan harta-harta intelek atau IP yang komprehensif meliputi segmen Melayu dan Islamik. Menerusi misi utama untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan, Astro memerlukan IP yang pelbagai untuk memenuhi kehendak setiap segmen pengguna.
Kumpulan Media Karangkraf merupakan satu kuasa besar dalam industry kreatif terutamanya di kalangan komuniti berbahasa Melayu menerusi senarai aset media yang dimiliki dan usahasama yang dijalinkan ini bertujuan membangunkan jenama dan seleksi kandungan IP yang hebat bersama-sama. Usahasama ini menyatukan dua entiti yang membawa misi yang sama dengan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan masing-masing untuk membuka peluang perniagaan baru bagi mencipta harta-harta intelek Nusantara yang boleh digunapakai bukan sahaja di Malaysia malahan memiliki nilai komersial yang tinggi untuk dibawa menjelajah ke negara-negara serantau.
Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf berkata, “ Kumpulan Media Karangkraf amat teruja untuk menjalinkan kerjasama yang lebih rapat lagi dengan Astro, terutamanya setelah terlibat dalam pelbagai kempen sebelum ini seperti Projek Rumah Ngaji, Quran Hour dan sebagainya. Dengan gabungan jumlah jangkauan yang memberangsangkan, kami merasakan bahawa Astro merupakan rakan strategik yang paling tepat untuk membantu memperluaskan harta intelek kami di pelbagai platform seperti televisyen, OTT dan di ruang digital di Malaysia dan di negara-negara yang berikutnya. Usahasama ini akan membolehkan kami memiliki ekuiti dalam penguasaan kandungan Melayu dengan aspirasi serantau serta mempelbagaikan perniagaan baru seterusnya memacu inovasi digital.”
Karangkraf dan Astro berharap kerjasama ini akan saling melengkapi kekuatan masing-masing dalam menghasilakn sejumlah kandungan IP yang berkualiti serta pada masa yang sama memupuk budaya inovasi dan memiliki nilai yang tinggi bagi tujuan pengedaran untuk memenuhi kehendak industri yang semakin meningkat.
Kerjasama antara Karangkraf dan Astro adalah selaras dengan strategi utama Astro dalam menguasai pemilikan bersama kandungan IP utama yang mempunyai daya tarikan serantau dan memenuhi aspirasi syarikat untuk menjadi pembekal, pengumpul dan pengedar utama kandungan di Asean. Hari ini Astro telah menguasai sebanyak 71% daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia merangkumi 21 juta individu menerusi semua platform paparan manakala Kumpulan Media Karangkraf pula memiliki 15 juta pembaca merentasi penerbitan bercetak dan aset digital.