3. Bahagikan adunan ikut corak yang kita akan buat (mengikut anggaran). 4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan lukis mengikut corak yang diingini (boleh tonton video DI SINI)
Sup ikan jernih yang segar serta rasa masam dan pedas yang sunggu menyelerakan. Gerenti hirup sup sampai licin mangkuk. Makan panas-panas memang puas menikmatinya. Boleh aje dimakan begitu sahaja, kalau tengah berdiet atau tak selera nak makan nasi.
SUP IKAN SIAKAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang merah sederhana besar – dimayang*
4 biji bawang putih – dimayang*
Halia sebesar ibu jari – potong memanjang*
Sedikit minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perasa | Jika suka
2 Sup bunjut
Kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau
2. Masukkan air agak-agak sesuai untuk sup seekor ikan.
3. Masukkan sup bunjut, kayu manis & bunga lawang.
4. Masak sampai mendidih. Bila sudah mendidih masukkan garam & perasa.
6. Kemudian masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
7. Bila ikan sudah masak, rasa sup pun dahulu dan tutup api.
BAHAN HIASAN & PELENGKAP:
Daun sup – hiris
4 biji cili api – potong kecil
1 biji limau nipis – potong
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Masa hendak hidangkan sup, boleh taburkan dengan bahan-bahan pelengkap/hiasan dan limau nipis. Siap!
INFO CHEF:
Masa masak tidak perlu balik-balikkan ikan sebab nanti isi ikan hancur. Cukup sekadar ikan tenggelam keseluruhan bahagian di dalam sup
Masakan sup di Kelantan memang menggunakan perahan limau nipis, cili padi potong selain daun sup & bawang goreng dalam masakan mereka. Ala-ala thai sup macamtu.
Bila tiba raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari D’Iris Marissa Maria ni boleh dicuba. Sangat sedap dimakan dengan serunding, rendang ataupun nisan cair ( manisan cair).
RESIPI KETUPAT LEMAK / TAWAR
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut
1/2kg santan pekat
1 cawan air
1 sudu makan garam kasar
2 sudu makan gula
Daun palas secukupnya
Daun palas
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.
3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus ( panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.
4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.
5. Setelah siap, ketupat boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.
INFO RASA: Setelah siap dibungkus, ketupat palas juga boleh digoreng. Ikut citarasa masing-masing.
Salah satu resipi daging bakar yang paling sedap dan membuka selera. Bagi anda yang sukakan menu ini, memang wajib cuba. Resipi daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thailand ni memang menyelerakan. Tak susah nak sediakan menu ni. Daging diperap dengan ramuan khas membangkitkan rasa enak ditambah pula dengan sos masam manis menambahkan lagi selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Adnilsam Apat ni! Anda pasti suka.
DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:
2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
2 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar kicap cair*
1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
1 sudu kecil lada sulah*
2 sudu besar gula perang*
3 sudu besar susu cair*
1 sudu kecil serbuk cili *
Sedikit serbuk perasa*
Sedikit minyak masak
1 ketul arang size kecil
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
1. Perap daging selama 3-4 jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda (*)
2. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)
3. Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
4. Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
5. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja.
6. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...