Sambal Hitam Pahang memang menjadi kegemaran ramai. Enak dimakan bersama nasi panas, ada lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk membuka selera. Bagi anda yang nak belajar cara-cara membuat Sambal Hitam Pahang yang sedap dan mudah, saudari Fazima Yahya ada kongsikan resipinya. Bolehlah dicuba nanti.
RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
Belimbing buluh secukupnya Garam kasar
BAHAN TUMBUK @ KISAR KASAR: Bawang merah – kisar Cili padi – ikut kepedasan yang digemari Ikan bilis (beli online disini) (nisbah sukatan: 1 cawan buah belimbing : 2 cawan bilis : 1 cawan cili padi)
CARA MEMASAK: 1. Rebus belimbing buluh dengan sedikit garam tanpa letak air. Masak guna api kecil hingga belimbing kecut dan bertukar warna gelap. Keringkan airnya.
Ads
2. Bila siap direbus, lenyekkan belimbing dan buang airnya.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk @ kisar kasar. Masukkan belimbing buluh yang telah direbus mengikut nisbah bilis dan cili.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Gaul semua bahan hingga sebati. Tunggu hingga sambal kering antara 5-10 minit. Kacau sentiasa.
6. Bila Sambal Hitam sudah pecah mintak dan kering, padamkan api.
Ads
7. Toskan bagi membuang lebihan minyak. Ia bertujuan untuk memastikan sambal tahan lama.
Menu dari Kacang Dhal memang popular dan mudah didapati di restoran masakan India halal. Ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh kerana ia tinggi kandungan protein dan kalsium. Malah kandungan kalsium dalam kacang Dhal setanding dengan kalsium di dalam yogurt.
Di samping itu menu kacang Dhal juga membantu anda rasa kenyang lebih lama. Dan yang paling penting rasanya sungguh sedap.
1. PUFF INTI KARI DHAL AYAM
BAHAN-BAHAN:
10 keping pastri puff segera
1/2 cawan kacang dhal | rebus dan tos air
200gm isi ayam | dadu kecil
1 biji bawang holand | potong dadu
3 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 biji kuning telur | kacau
Garam gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Keluarkan pastri puff, biarkan pada suhu bilik.
Sementara itu, panaskan minyak, tumis bawang holland hingga kekuningan.
Masukkan bawang putih dan daun kari.
Kacau rata, masukkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga garing, baru masukkan ayam, kacau rata.
Bila ayam kecut masukkan kacang dhal dan kentang yang telah direbus tadi.
Kacau rata atas api sederhana hingga inti kering. Tutup api.
Setelah inti sejuk, letakkan di atas pastri dan lipat bentuk tiga segi.
Kemaskan tepi pastri dengan garpu. Kemudian sapukan dengan kuning telur di atasanya.
Cucuk dengan garpu atas pastri sebelum dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Bakar lebih kurang 25 minit dengan suhu 180C, atau saiz ketuhar anda.
Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
2. KUIH VADAI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
1/2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar | dadu halus
2 biji cili hijau | dadu halu
4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan rempah kari
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
Gaul rata dan sebati,
Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.
Setelah perang keemasan, angkat dan toskan.
Kuih Vadai sedia dihidangkan.
3. PARPU TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 cawan kacang dhal | cuci bersih dan rebus
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
REMPAH PENUMIS:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 tangkai daun kari
6 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Masukkan kacang dhal yang telah direbus dalam periuk bersama bahan hirisan.
Kacau rata, tambah serbuk kunyit, kentang dan lobak merah, sedikit air dan renehkan atas api sederhana.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Perlahan-lahan pecahkan telur di dalamnya,
Setelah telur membeku, tutup api.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak tumis bahan rempah tumis, goreng seketika dan tuangkan dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
Biarkan seketika, kemudian Parpu Telur sedia dihidangkan.
4. BEBOLA DAGING SOS DHAL
BAHAN-BAHAN:
8-10 biji bebola daging | gaul dengan sedikit cajun
1/2 cawan kacang dhal yang telah direbus
1/2 cawan yogurt
1 sudu makan mustard
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK: 1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak menggunakan kuali leper hingga keperangan. Kemudian ketepikan. 2. Masukkan kacang dhal dalam mesin pengisar bersama yogurt, mustard dan susu segar. 3. Kisar hingga sebati. 4. Di dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan. 5. Kemudian masukkan bahan kisar, biarkan mereneh atas api sederhana. 6. Sesuaikan dengan serbuk jintan, garam dan gula secukupnya 7. Masukkan bebola daging, gaul rata. 8. Apabila kuah pekat, tutup api. 9. Bebola Daging Sos Dhal sedia dihidangkan.
Mi Goreng adalah hidangan yang mudah dan cepat dimasak. Boleh makan masa sarapan, minum petang, makan malam dan bila aje perut terasa lapar.
Ada orang suka guna ayam dan daging, bagi penggemar makanan laut, sotong , udang dicampur dengan bebola ikan atau kek ikan memang gerenti laku keraslah. Resipi yang dikongsikan ini memang citarasa penggemar makanan laut, nak tambah udang atau kerang lagi lah berganda sedapnya.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN :
400gm @ 1 bungkus mi kuning | bilas dan tos
10 ekor sotong |dipotong, bersihkan dan tos
1 paket bebola ikan dibersihkan dan tos
1 ikat sawi Jepun | dipotong
1 biji tomato | dibelah enam
4 sudu makan cili kisar
5 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap mi
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
10 biji cili padi | ditumbuk
3 ulas bawang putih | ditumbukbawang putih
6 biji bawang kecil
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar..
2. Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..
3. Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..
4. Masak dan kacau-kacau sebati… masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato… kacau2 bagi sebati dan masak.. siap
5. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji sbb rasa kicap tu semua dah cukup..
Puding buih ini pernah viral sebelum ini dan popular di negeri belah pantai timur.
Puding buih ni sedap makan dengan kuah kastard. Fuhh, memang cair dalam mulut gitu. Makan sejuk-sejuk pula tu. Jom kita buat dengan resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini.
1. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang (kalau terbalikkan bekas pun tak jatuhlah atau dipanggil soft peak. Saya guna handmixer).
2. Kemudian masukkan 4 biji kuning telur (1 kuning telur simpan untuk sos kastard). Pukul telur smpai kembang. 3. Kemudian masukkan agar-agar tadi sedikit demi sedikit. Masukkan sekali perisa vanilla dan pewarna. Kacau bagi sekata. 4. Masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.
1. Campurkan semua bahan dalam periuk. Kacau rata. 2. Kemudian panaskan atas api yang kecil. Kacau kuahnya. Kalau kuah agak pekat, tutup api. 3. Siram sosnya atas puding. Makan sejuk-sejuk memang sedap.