Ayam Bakar Rempah perkongsian saudari Rosma Ros ni memang nampak sangat membuka selera. Bagi anda gemar mencuba resipi-resipi baru, resipi yang satu ni memang wajib cuba. Biasanya, jika membuat ayam bakar, ayam perlu diperap bersama rempah sebelum dimasak. Tapi sedikit berbeza dengan resipi ini dimana anda perlu memasak ayam terlebih dahulu bersama rempah perapan sebelum dibakar. Ia bertujuan untuk memberikan rasa ayam bakar yang lebih sedap. Teruja nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga pekat.
Apabila kuah sudah pekat, perap ayam sekurang-kurangnya satu jam. Lebih lama diperap, lebih sedap.
Selepas itu masak kembali ayam bersama bahan perapan sehingga mendidih. Biarkan bahan perap betul-betul bersalut dengan ayam. Kemudian asingkan ayam dan kuah.
Kemudian bakar ayam menggunakan arang atau ketuhar. Jika masak gunakan ketuhar, bakar pada suhu 230C selama 60 minit dan golek-golekkan ayam.
Lebihan bahan kuah perapan boleh dicurah atas ayam atau dibuat cicah.
Lauk Singgang tidak boleh dipisahkan dengan orang Terengganu. Ada beberapa jenis singgang yang popular di Terengganu.
Lauk singgang, memang resipi yang paling mudah dimasak dan cepat siap. Sesuai buat mak-mak yang inginkan menyediakan lauk simple tapi sedap hingga menjilat jari.
Koleksi resipi singgang pelbagai jenis yang dikongsikan Muliadi Ramli ini, lagi sedap dimakan dengan budu. Memang padu habis!
*Untuk resipi ini, terdapat perbezaan bahan sedikit sebanyak mengikut daerah dan kawasan ye.
SINGGANG IKAN AYA
BAHAN-BAHAN:
Ikan aya hitam (tuna) 2 biji bawang merah | mayang – beli online di sini 2 ulas bawang putih | mayang –beli online di sini 1 inci lengkuas | ketuk 1 inci kunyit hidup | potong (kalau nak bagi nampak kuning, boleh letak sedikit serbuk kunyit) Cili burung (letak lebih kalau nak pedas) Bendi (optional) Garam & gula secukupnya Serbuk perasa 3 asam keping
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan semua bahan. 2. Bila air mendidih, masukkan ikan, bendi dan cili. Jangan lupa masukkan garam dan perasa. 3. Tutup periuk selama 5 ke 8 minit. Siap untuk dihidangkan.
SINGGANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong segar (dibuang kulitnya & dibersihkan. Kalau dapat sotong bertelur lagi sedap) 2 biji bawang merah | mayang* 2 ulas bawang merah | mayang* 1 inci lengkuas | ketuk* 1 inci kunyit hidup | potong* Cili burung (letak lebih kalau nak pedas) 2 batang serai* Garam & gula secukupnya Serbuk perasa 3 asam keping* Lada hitam (optional)* Halia (optional)*
1. Masukkan air dalam periuk. 2. Masukkan bahan bertanda *. 3. Bila air dah mendidih, masukkan sotong dan cili. Kacau sekejap. 4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. 5. Tutup periuk selama 5 minit dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
SINGGANG TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
500gm telur ikan aya @ tenggiri 2 biji bawang merah | mayang 2 ulas bawang putih | mayang 2 inci lengkuas | potong nipis 1 sudu kecil lada hitam (letak banyak pun tak apa, tumbuk sikit bagi pecah-pecah) 1 inci kunyit hidup | potong nipis Cili burung Bendi Garam & gula secukupnya Serbuk perasa 3 asam keping 1 biji tomato | potong 6 2 batang serai | diketuk
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan semua bahan. 2. Bila air mendidih, masukkan telur ikan, sayur bendi, tomato dan cili. 3. Jangan lupa masukkan garam dan perasa. Tutup periuk 5 ke 8 minit. Siap untuk dihidangkan. *resipi lain tempat mungkin beza sikit bahan-bahannya.
SINGGANG DAGING TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1.3kg daging cincang & tulang | basuh bersih & boleh basuh dengan tepung gandum. Tos & ketepikan 5 biji bawang merah | mayang 3 ulas bawang putih | mayang 2 inci lengkuas | hiris nipis 1 inci kunyit hidup | hiris nipis 1 sudu besar lada hitam | tumbuk kasar 1 sudu besar biji ketumbar | disangai & ditumbuk kasar 1 sudu kecil jintan manis | disangai & tumbuk kasar 2 batang serai | diketuk 6 asam keping (kalau suka masam, letak lebih) 10 biji cili thai 5 tangkai lada kering | dibuang biji & dipotong Bawang holland | potong 6 untuk hiasan Bawang goreng Garam & gula secukupnya Serbuk perasa
1. Saya gunakan pressure cooker, jadi kerja memasak agak mudah. Masukkan daging dan semua bahan ke dalam periuk tekanan, kecuali cili thai, bawang holland dan bawang goreng. 2. Masak selama 15 ke 20 minit. Gunakan mode stir fry. 3. Masukkan cili, bawang holland, bawang goreng, garam, gula dan perasa. Siap.
SINGGANG PEDAS KERISI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kerisi | disiang & dibersihkan Gula melaka sebesar ibu jari 3 asam keping 6 biji bendi 1 ikat daun kesom 1 biji tomato | potong 6 Air asam jawa Garam & gula Serbuk perasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup Sedikit belacan (optional) 2 biji cili besar 12 biji cili padi (suka pedas, boleh tambah) 1 biji tomato
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan kisar halus dan serai, kacau. 2. Tunggu hingga mendidih. Masukkan asam keping dan gula melaka. Kacau sekejap. 3. Masukkan ikan kerisi, sayur bendi, daun kesom dan tomato. 4. Masukkan garam dan gula serta bahan perasa.Tutup periuk selama 8 ke 10 minit. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Agar-agar antara menu wajib ada bagi kebanyakan mereka yang sukakan menu pencuci mulut yang manis dan sejuk. Daripada beli apa kata anda cuba buat Agar-Agar Cadbury ini kerana ia sangat mudah disediakan dan sedap. Anak-anak gerenti suka. Buat awal ye supaya sempat disejukkan dalam peti sejuk sebelum berbuka nanti.
AGAR-AGAR CADBURY BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar 4 pek Milo 3 in 1 30gm cadbury milk chocolate 5 cawan susu segar
CARA MEMBUAT:
2. Asingkan dua cawan dari adunan susu tadi, masukkan Milo 3 in 1. Kacau hingga milo larut.
3. Milo dah larut masukkan coklat cadbury. Kacau sampai sebati.
4. Setelah siap, masukkan dalam bekas yang sesuai, selang selikan setiap lapisan bermula dengan lapisan putih.
4. Sejukkan dulu setiap lapis dalama peti sejuk lebih kurang 2 minit sebelum dituangkan lapis seterusnya. Lakukan hingga habis dan hiaskan di atas dengan bebola coklat untuk lebih cantik.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Setelah sejuk sedia dihidangkan.
Kredit : Umi Watie
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lain dari yang lain resipi bahulu berlauk inti kurma daging ni. Selama ni admin makan bahulu yang manis je tak pernah lagi inti daging kurma. Bahulu berlauk juga dikenali sebagai akok berlauk ni masak guna ketuhar sahaja dah menjadi. Kalau dah berinti semestinya inti perlu dimasak dahulu. Resipi asal bahulu berlauk telah dikongsikan oleh Muliadi Ramlidi Facebook. Korang wajib cuba resipi bahulu berlauk ni, mana tahu boleh buat pendapatan sampingan. Jom kita cuba resipi ni.
BAHULU BERLAUK
BAHAN-BAHAN INTI:
1. Daging 250gm (daging cincang)
2. Bahan kisar
– Bawang merah 6 biji
– Bawang putih 2 biji
– Halia 1/2 inci
3. Bawang holland 1 biji ( dipotong dadu)
– Rempah kurma 3 sudu besar
– Garam, gula dan perasa
CARA PENYEDIAAN INTI:
Panaskan minyak.
Masukkan bahan kisar.
Tumis sehingga wangi.
Masukkan rempah kurma.
Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan sedikit air.
Masukkan bawang holland dan tumis lagi.
Masukkan daging cincang dan kacau.
Masukkan garam gula dan perasa. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN TEPUNG:
1. Telur gred B 7 biji
2. Tepung gandum 100g
3. Gula 5 sudu besar
4. Esen vanilla 1 sudu kecil
5. Garam secubit
6. Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN TEPUNG:
Masukkan telur dalam bekas pukul telur menggunakan stand mixer sampai kembang
Kemudian masukkan gula dan esen vanilla serta garam, pukul lagi bagi sebati dan kembang
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sampai betul-betul kembang.
Ketepikan.
CARA PEMBUATAN BAHULU BERLAUK:
Panaskan oven.
Ambil bekas atau acuan akok (saya gunakan bekas cup cake).
Kemudian masukkan tepung separuh acuan.
Masukkan inti, tutup semula dengan tepung, bakar semula dengan suhu 180c selama 15 ke 20 minit gunakan api atas dan bawah bergantung kepada oven.
Bila dah masak keluarkan bagi akok rehat dalam 5 ke 8 minit barulah dikeluarkan. Siap.
Resipi Daging Goreng Halia ala Chinese Muslim yang sedap, mudah dan lembut. Lengkap dengan cara perap daging serta petua masak supaya lebih juicy dan berperisa.