Murtabak mini rangup, buat hidangan minum petang anda dan keluarga memang sedap. Guna kulit popia sahaja mudah untuk disediakan. Makan panas-panas dengan kuah kari atau cuka bawang memang mantaplah!
MURTABAK MINI
BAHAN-BAHAN INTI:
500 gram isi ayam / daging di cincang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis.
Ads
CARA MEMASAK INTI:
1. Panaskan kuali. Tuangkan sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika suka boleh letakkan serbuk perasa).
5. Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan dan sedia uuntuk langkah menyediakan murtabak mini.
CARA MENYEDIAKAN MURATABAK MINI:
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dengan telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah-tengah kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali.
Ads
4. Untuk masak panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka boleh letak minyak banyak tapi bagi yanh yang tidak suka berminyak boleh letak sedikit sahaja. Jadi ikut selera masing-masing.
5. Bakar sehingga masak. Balik-balikan dan bila sudah masak bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap.
INFO: Sedap makan masih ketika panas kerana kulit masih rangup.
Kali ni RASA nak kongsi resipi muruku cheese yang rasanya manis dan berlemak. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Kanak-kanak pun suka makan muruku ni sebab tak pedas.
Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih terjamin kesihatannya dari segi bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan. Korang boleh pantau jumlah gula dan garam yang hendak digunakan.
MURUKU CHEESE
BAHAN-BAHAN 175 gram tepung beras pulut 250 gram krim keju 100 gram gula ising 1 biji telur ayam 60 gram air 1/2 sudu teh garam Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK 1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata. 2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam. 3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul. 4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana. 5. Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Popia Bunga Riben ni pastinya sesuai dijadikan kudapan suami dan anak-anak. Nak buatnya pun tidaklah susah namun sedikit renyah. Bagi ibu-ibu yang ada bahan-bahan ni dekat rumah, bolehlah cuba. Sedap!
POPIA BUNGA RIBEN
BAHAN-BAHAN:
Sosej
Kulit popia
Straw
CARA MEMASAK:
1. Potong sosej dengan saiz tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
2. Ambil straw besar ( straw cendol) dan buatkan lubang pada kepingan sosej tadi.
3. Ambil kulit popia saiz kecil dan potong dua. Lipat macam membentuk lipatan kipas.
4. Ambil sosej yang dilubangkan tadi dan masukkan kulit popia di tengahnya. Kembangkan kulit popia seperti kipas. Lakukan hingga habis.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan bolehlah dinikmati bersama sos cili atau dimakan begitu sahaja.
Roti Sardin Gulung ni antara menu yang sangat mudah dibuat dan juga digemari ramai. Pendek kata kalau sedap intinya, memang sedaplah rasa roti ni. Jika tak ada masa yang banyak nak masak inti, guna sahaja inti tuna dalam tin. Hanya perlu ceduk dan gulung dengan roti. Boleh juga gunakan inti Sambal Tumis Ikan Bilis. Bagi anda yang suka makan Roti Sardin Gulung, boleh cuba resipi perkongsian saudari Farisha Sofea ni. Pasti puas hati.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...