Sebaik kita melayari Instagram wanita ayu IG @ leezaramzi milik Nor Aliza Mohd Ramzi,ia telah pun mencecah lebih 154,000 follower sejak dibuka dua tahun lalu. Video masakannya cukup mudah difahami dan paling menyeronokkan bila melihat aksi anak bongsunya dengan gaya yang mencuit hati, makan dengan penuh gaya dan nikmat menjadi 'food taster' masakan ibunya.

Leeza Ramzi ‘Ramalkan’ Tiga Menu Daripada IGnya Terus Popular di 2020

Hashtag anak beranak suka makan memang sepadan dengan keluarga ini, kerana Leeza sekeluarga memang suka menikmati makanan sedap bila berjalan dan suka mencuba resipi baru di IGnya . Menurut Leeza tiga daripada video masakannya iaitu masakan Korea TTeok-bokki, Cheese Garlic Bread dan Kek Batik Cream Cheese mendapat 'view' paling tinggi dan pasti terus hit 2020 ini.

Leeza Ramzi ‘Ramalkan’ Tiga Menu Daripada IGnya Terus Popular di 2020

Kek Batik Cream Cheese mencatat 236,123 view manakalah video tteok-bokki dan Garlic Cheese Bread masing-masing mencatat 180,566 dan 66,562 view. Dia yakin ketiga-tiga video bakal terus trending dan terus popular di tahun 2020 ini. Nor Aliza sehingga kini tetap aktif dengan 'posting' video masakannya dan gambar-gambar sajian yang menambat selera. Kini dia mula cenderung membuat roti menggunakan 'bread maker' kesayangannya dan mula mengumpul follower untuk 'baking'pula.

TTEOK-BOKKI

Leeza Ramzi ‘Ramalkan’ Tiga Menu Daripada IGnya Terus Popular di 2020

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek beras :

IKLAN
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan air
  • Secubit garam
  • 3 cawan air untuk merebus
  • Sedikit minyak

Bahan sos:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang sosej
  • 3 sudu makan sos korea adabi
  • 1 sudu teh gula perang
  • Sedikit minyak bijan
  • Sekeping keju

CARA MEMASAK :
Cara masak kek beras :
1. Masukkan tepung pulut ke dalam satu bekas.
2. Masukkan air, secubit garam dan gaulkan hingga membentuk doh. Uli doh hingga tak melekat di tangan.
3. Keluarkan doh dan gelekkan dan bentukkan memanjang, potong menyerong doh.
4. Didihkan air dan masukkan potongan doh kek beras tadi, titikkan minyak dan masak hingga timbul. Angkat
5. Kemudian masukkan dalam air biasa supaya tak melekat. Bila nak masak baru toskan air.

Cara memasak sos :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sosej dan biarkan ia masak.
3. Masukkan sos korea dan gula perang.Masukkan minyak bijan.
4. Tutup api dan taburkan bijan di atasnya, letakkan kepingan keju cedar di atasnya. Sajian siap untuk dinikmati.

CHEESE GARLIC BREAD

IKLAN
Leeza Ramzi ‘Ramalkan’ Tiga Menu Daripada IGnya Terus Popular di 2020

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 500gm tepung protein tinggi
  • 260ml air
  • 1 paket yis kering
  • 1 sudu makan minyak
  • 80gm gula halus
  • Sedikit garam

Bahan inti :

  • Keju mozarella secukupnya
  • Sosej | ikut suka potong kecil

Bahan mentega bawang putih :

IKLAN
  • 2- 3 sudu makan mentega
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • Sedikit daun parsli

CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam 'breadmaker' (mesin pembuat roti)
2. Biarkan ia menguli hingga doh mengembang, dan tak melekat di tepi bread maker.
3. Keluarkan doh dari bread maker dan canai rata doh, letakkan atas dulang pembakar.
4. Susunkan keju dan sosej, cantum dan lipat dua doh. Kelarkan di atasnya
5. Tutup doh dengan kain, dan biarkan ia berehat selama 30 minit.
6. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celcius dan bakar hingga masak dan gebu.

KEK BATIK CREAM CHEESE

Leeza Ramzi ‘Ramalkan’ Tiga Menu Daripada IGnya Terus Popular di 2020

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus biskut Marie coklat
  • 250gm @ 1 ketul mentega
  • 1 sudu makan pemanis @ treasure.sugar |* boleh ganti dengan 1 sudu makan gula
  • 500gm krim keju

CARA MEMASAK :

1. Patah-patahkan biskut Maire berperasa coklat kepada kepingan kecil.
2. Kemudian cairkan mentega di atas api dan masukkan susu pekat manis, gula atau pemanis. Kacau rata.
3. Masukkan krim keju dan kacau rata, tutup api.
4. Cedok dan asingkan satu bekas ( 1 mug) daripada krim keju tadi.
5. Masukkan biskut Marie ke dalam krim keju yang telah siap tadi. Masukkan dalam tin pembakar bulat dan padatkan permukaannya.
6. Kemudian tuangkan 1 mug krim keju di atasnya.
7. Masukkan di dalam peti sejuk , biarkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI