Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
Ads
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
Ads
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Ada macam macam cara nak masak terung ni. Goreng-goreng taruh rencah memang terbaiklah. Ini dua resipi terung paling mudah untuk dibuat. Paling penting sangat sedap dimakan dengan nasi.
Masak Terung Berlada dan dan Terung masak tauchu, Berbaloi untuk dicuba…
TERUNG MASAK BERLADA
.
BAHAN-BAHANNYA :
3 batang terung panjang sederhana besar (terung bulatpun boleh)
Cili merah – 6-8 biji (boleh tambah 3-4 cili padi jika mahu pedas)
Bawang merah – 6 biji
Bawang putih – 4 biji
Bawang besar – Setengah/ 1 biji dihiris kasar (kalau mahu)
Sedikit ikan bilis atau boleh diganti dengan setengah kiub bilis (kalau serbuk dalam 1 sudu kecil)
Sedikit gula dan garam
#Bahan-bahan ini boleh disesuaikan banyaknya mengikut banyak mana terung yang dimasak. Practice and adjust will make perfect, insyaallah.
CARA MEMASAK :
1.Terung tersebut bolehlah dihiris menyerong atau menegak, kecil atau besar mengikut kreativiti masing-masing. Setelah dibasuh, terung digoreng dengan sedikit minyak atau boleh juga diibakar menggunakan kuali yang tidak melekat. Setelah masak, asingkan ketepi.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, kita bolehlah menumis bahan-bahan lain. Kalau minyak banyak, keluarkan dahulu sebahagian. Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk atau dimesin kasar (jangan mesin terlalu hancur seperti mesin cili kering).
3. Tumiskan kesemua bawang tersebut, masukkan juga kiub ikan bilis/ ikan bilis dan bawang besar. Api jangan terlalu besar dan dikacau-kacau sehingga masak dan nampak sedikit garing. Bolehlah tambahkan garam dan gula secukup rasa. Semua bahan dalam kuali dikacau agar sebati dan akhirnya dimasukkan terung-terung tadi.
4. Gaul balikkan terung dan bahan tumisan dan masakan anda sudahpun selesai. Bolehlah dihidangkan buat keluarga tersayang.
2. TERUNG MASAK TAUCU
.
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung potong serong
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis*
sedikit cili api*
3 sudu taucu.. cuci supaya hilang rasa masin..
garam
gula
CARA MEMASAK :
tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan taucu.. kemudian masukkan terung..
tumiskan sekejap.. tambah sedikit air.. garam dani dan gula..
masak hingga terung lembut..
sedia untuk dihidang..
INFO :
*Semasa memotong lihat juga kalau ada yang busuk di dalamnya dan perlu dibersihkan. Biasanya terung panjang jarang yang rosak, terung bulat yang mudah rosak di dalamnya
*Kami suka terung yang panjang kerana yang bulat sedikit keras jika tidak dimasak lama.
Siapa di sini suka makan Sata Ikan? Lebih-lebih lagi bila berkunjung ke Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Pasti sata antara menu yang dicari. Sata adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan. Kemudian dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Lagi sedap bila dibakar menggunakan sabut kelapa. Memang naik aromanya. Resipi perkongsian daripada Mazah Dollah ini, antara yang mudah dan berbloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI SATA IKAN SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg ekor ikan kembung | rebus sekejap, kemudian ambil isi
2 ½ cawan kelapa putih muda
*10 biji cili api merah
*5 ulas bawang merah – beli online disini
*1 biji bawang besar – beli online disini
*2 ulas bawang putih – beli online disini
*2 inci halia
*2 batang serai
Sedikit air asam jawa – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur
Daun kesum | hiris kecil
1 sudu cili kering kisar – beli online disini
Cili merah
CARA MEMASAK:
1. Bahan yang bertanda * dikisar. Atau boleh juga ditumbuk. Ketepikan.
2. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang, kemudian tumbuk hingga hancur.
3. Kemudian, gaulkan isi ikan sekali dengan bahan kisar tadi dan kelapa.
4. Masukkan air asam jawa dan telur. Gaulkan.
5. Perasakan garam dan gula. Akhir sekali, gaulkan dengan daun kesum dan hirisan cili hidup.
6. Buang kelongsong guna daun pisang. Masukkan dalam sesudu besar penuh adunan. Tutup kemas dan cucuk dengan lidi atau pencucuk besi. Bakar sehingga masak.
*Nak guna ikan mentah pun boleh. Lepas siang, bersihkan. Kemudian ambil isi dan kisar guna mesin pengisar kering atau tumbuk guna lesung.
*Kalau tak ada daun pisang, boleh buat guna kulit popia. Ha yang tu namanya popia satar. Kena goreng ye.