Bila tengok ada makanan yang viral di media sosial, pasti kita teringin nak merasanya kan. Tapi kadang-kadang faktor lokasi yang jauh, boleh membantut hasrat tersebut.

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri saja roti kukus yang viral di Bangi. Menerusi perkongsian daripada Juliana Jue Cullen ini, dia mencari sendiri resipi roti kukus di Youtube.

Manakala untuk fillingnya, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

ROTI KUKUS VIRAL

Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Lagi Puas Hati & Boleh Pelbagaikan Filling

BAHAN-BAHAN:

425gm tepung pau/tepung gandum (kalau guna tepung pau, warna roti lebih putih, tepung gandum ada kekuningan sikit) – beli online di sini
75gm tepung tang mien (optional) | boleh cari di kedai bakeri, kalau tak ada boleh guna sepenuhnya tepung pau/gandum ye
125gm gula halus –beli online di sini
5gm yis (saya guna jenama Saf, tapi boleh guna apa-apa jenama)
5gm baking powder (saya guna double action baking powder)
50gm shortening (lemak sayur)
+-225gm-240gm air sejuk (saya guna 230gm air sejuk coway, sesuaikan dengan daya serap tepung)

Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Lagi Puas Hati & Boleh Pelbagaikan Filling

IKLAN

CARA MEMBUAT:

1. Adun bahan dengan menggunakan mixer. Saya adun guna mixer 7 liter Golden Bull. Masa lebih kurang 30 min low speed.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Adunan saya dapat 4 bekas kod 4573, setiap timbangan doh 225gm-228gm.
3. Saya proofing lebih kurang 1 jam-1 jam 30 min bergantung kepada cuaca.
4. Kukus selama 25 minit ke 30 minit. Pastikan balut tutup pengukus dengan kain ye.

IKLAN

Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Lagi Puas Hati & Boleh Pelbagaikan Filling 5. Roti yang siap dikukus, sejukkan dulu baru potong. Gunakan pisau yang bergigi halus. Boleh dapatkan di kedai bakeri, pelbagai size ada.
6. Lebihan roti yang belum diisi filling, boleh simpan dalam peti beku. Nak guna, kena kukus semula bagi dia lembut balik.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Lagi Puas Hati & Boleh Pelbagaikan Filling 7. Filling boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing.
8. Nak jimat, bancuh guna tepung gandum dulu. Dah mahir sikit, baru cuba tepung pau.

Kredit resipi: Juliana Jue Cullen

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Lebih Puas Makan & Jimat, Buat Sendiri Hot & Roll Crispy Di Rumah

Cara Masak Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Senang Sangat!

Cara Mudah Untuk Buat Kuah Pecal Yang Sedap & Berlemak

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI