Sebut sahaja bubur nasi berlauk, dah terbayang keenakannya yang lazimnya digandingkan dengan sambal ketuk dan kangkung goreng belacan. Di samping lobak masin, kacang dan ikan bilis goreng, serta telur masin.
Kadang-kadang ada nasi lebihan di rumah, boleh saja transform jadi bubur nasi. Biarkan sahaja dalam periuk nasi elektrik, tambahkan air dan biarkan masak hingga menjadi bubur. Mudah, kan?
Nampak sahaja menu ini simple, namun tak terhitung kelazatannya saat menikmatinya. Menu ini sangat digemari tanpa mengira peringkat umur. Selain lauk-pauk di atas, boleh saja buat atau tambah lauk lain seperti sambal paru, sambal sotong ataupun sambal daging. Memang layan habis.
Kali ini, Idawati Ibrahim berkongsi resipi Bubur Berlauk yang sangat sedap. Selamat mencuba.
Masak beras dengan paras air yang lebih sedikit daripada masak nasi biasa. Tak perlu tambah garam kerana akan dimakan dengan lauk yang telah ada rasa masin.
Jika memasak menggunakan periuk tekanan, boleh setkan masa antara 25 hingga 30 minit.
Bubur ayam memang sedap kalau makan kosong atau tanpa tambahan lauk lain. Tapi kalau nak rasa yang next level atau lebih sedap, boleh tambahkan lauk seperti kangkung goreng belacan dan juga telur masin. Makan tak cukup semangkuk.
Hidang bubur ayam panas, diganding hebat dengan sayur kangkung goreng belacan dan sambal belacan. Walau nampak simple aje, tapi percayalah pasti makan bertambah-tambah. Sungguh menyelerakan.
BUBUR AYAM
Semangkuk beras
3 biji kentang
3 ketul ayam bahagian isi
bawang goreng
2 ketul kiub pati ayam
2 sudu teh garam
4 renjis minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras bersih. Selepas itu letakkan ayam di atas beras.
2. Isikan air 5 mangkuk yang sama sukat beras tadi. Masak sampai ayam empuk. Jangan gunakan api besar dan pastikan kacau setiap 5 minit untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.
3. Keluarkan ayam bila sudah empuk. Isi ayam disiat-siat halus .
4. Masukkan isi ayam yang sudah disiat dalam periuk nasi tadi. Masukkan kentang, kiub ayam dan garam. Kacau hingga sebati.
5. Masak sampai kentang empuk. Akhir sekali tabur bawang goreng dan gaulkan sampai masak.
KANGKUNG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
*Cili padi
*Bawang putih
*Bawang merah
*Belacan
*Ikan bilis
Kangkung
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semua bahan-bahan bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu sos tiram 1 sudu dan secubit garam.
3. Masuk kangkung yang sudah dibasuh bersih dan kacau-kacau dalam 2 minit. Tutup Api (ingat tidak perlu tambah air)
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah
Cili merah
Cili padi
Belacan
CARA MEMASAK:
1. Gorengkan bahan-bahan sekejap.
2. Angkat dan tumbuk kasar.
3. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan bahan yang ditumbuk tadi. Masuk satu sudu gula dan sedikit garam. Masakkan sehingga kering.
Hidangan yang bukan saja mudah disediakan, malah ia memberikan rasa mewah macam kat restoran. Memang wajib cuba resipi Nasi Goreng Butter Prawn ni. Anda pasti puas hati dengan rasanya. Harum satu rumah! Bertambah enak bila dimasak menggunakan Anchor Unsalted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Nampak macam pelik tapi rasanya memang mantap!
NASI GORENG BUTTER PRAWN
Bahan-bahan:
200gm lebihan nasi putih
2 biji telur
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
3 ulas bawang putih | kisar kering
1 biji cili merah | hiris
20gm daun bawang | hiris
10 ekor udang
2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter, tumis bawang putih dan masukkan udang. tumis hingga udang masak.
Kemudian, masukkan telur dan gaul jadi scramble egg.
Masukkan cili merah dan Anchor Cheddar Cheese Slices.
Hidangan Nasi Goreng ni memang popular di seluruh Asia. Selain negara kita Indonesia, Thailand, China dan beberapa negara lain memang hidangan ini jadi kesukaan ramai penduduknya.
Tetapi jika diimbas sejarah, sebenarnya ia berasal dari negara China. Apapun inilah hidangan yang sesuai dimakan bila-bila waktu, makan tengahari ke, makan malam, petang boleh aje.
Nah ini 3 resipi nasi goreng dari Indonesia dan Thailand. Buat sendiri boleh ulang makan banyak kali kan. Selera tak mengenal bangsa dan sempadan negara .Rasa satukan negara serantau.
1. NASI GORENG KAMBING INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging kambing, dihiris tipis atau dipotong dadu kecil
450gm nasi sejuk
Minyak masak secukupnya
100ml air rebusan daging kambing
2sm kayu manis
1 helai daun bay
Bahan Kisar:
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah
2 biji cili padi
¼ sudu teh serbuk kunyit
¼ sudu teh jintan
2 biji buah pelaga, haluskan
2 kuntum bunga cengkih
Kicap manis secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali 2. Masukkan kayu manis, daun bay dan bahan-bahan kisar, tumis sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan daging kambing ke dalamnya, kacau rata dan biarkan seketika. 4. Masukkan pula air rebusan kambing, biarkan mendidih sampai daging kambing empuk dan kuah pekat. 5. Masukkan nasi dan kicap serta garam ke dalamnya, kacau sehingga rata sehingga nasi mula kelihatan mengering. 6. Angkat dan sedia untuk disajikan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Kacau goreng Jenis masakan : Inspirasi sajian Indonesia Keistimewaan : Sesuai untuk sarapan, tengahari petang, mahu pun malam Anggaran kos : RM15
Info Chef : Nasi goreng berempah yang lazat dengan ramuan daging kambing berempah.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
150 gm nasi putih
2 biji telur ayam
5 ekor udang harimau
5 keping isi ayam /dihiris
1 ekor sotong putih/dihiris
2 ulas bawang putih /dititik
2 biji bawang merah/ dihiris
5 ekor udang kering/ditumbuk
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu teh kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
Telur sarang
Keropok udang
Acar mentah
Chicken boxing
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur. 3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi. 4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa 5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. NASI GORENG TOM YAM
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1/4 bawang besar
75 g isi ayam
5 ekor udang
3 sudu besar sayur campuran
1/2 sudu besar pes tom yam
250 g nasi sejuk
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit perahan jus limau
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ½ sudu minyak dalam kuali dan goreng telur yang dipukul cara dadar. 2. Potong telur dadar dalam kepingan kecil. Ketepikan. 3. Panaskan baki 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali. Masukkan bawang ke dalam kuali dan tumis sehingga wangi. 4. Masukkan ayam, udang dan kacau sehingga ia separuh masak, diikuti dengan sayur campuran. 5. Masukkan pes tom yam dan kacau sebati sebelum masukkan nasi sejuk. 6. Tambah sos ikan dan telur ke dalam kuali. Kacau secara berterusan untuk rasa yang sebati dengan semua bahan-bahan. 7. Sendukkan nasi goreng yang telah siap dan masukkan perahan jus limau. 8. Siap untuk dihidangkan.