Semua orang suka makan Chicken Chop. Kena pula dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga. Kuah Chicken Chop ni pun sesuai juga untuk lamb grill, stik atau meatball.
1. Lapah paha ayam bagi mengeluarkan tulangnya. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.
3. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam guna api sederhana hingga garing dan kekuningan. Pastikan tidak guna api besar keraan ayam akan hangus dan isinya tidak masak.
PopiaCheese ni antara snek kudapan paling laris abad ini. Harga jualannya juga agak mahal jika nak beli sebalang. Jom cuba resipi mudah perkongsian saudari Farhana Ismail ni. Hanya guna 3 bahan, kudapan enak ini siap untuk dinikmati. Bolehlah berjimat di musim perayaan ini.
“Kalau dah buntu taktau nak buat kudapan ape nak bagi anak anak makan apakata meh try popia cheese krup krap ni. Memang bebudak suka giler makan, sambil sambil tengok tv tu pakat berebut popia cheese ni. Sedar sedar dah habis sebalang. Jangan kata bebudak je suka makan. Mak bapak budak pun pulun sama naik dengan anak.”
Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk. 4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Kalau dah buntu nak buatkan hidangan apa untuk anak di rumah, boleh cuba resipi apam coklat ni. Resipi apam coklat yang dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi di Facebook ni memang sangat sedap dan pasti menjadi! Kaya dengan rasa coklat yang tak terlalu manis dan lembut gebu gitu memang diam-diam dah habis je. Kalau nak buat jualan guna resipi ni pun saya pasti laku keras apam coklat ni. Saya kongsikan resipinya di bawah. Jom kita cuba!
APAM COKLAT
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum
5½ atau 6 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur ( akak guna gred B )
¾ cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air suam
CARA PENYEDIAAN:
Tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, dan serbuk koko. ( diayak )
Masukkan gula, susu pekat, telur, minyak jagung dan air suam
Kacau sebati (guna whisk je)
Rehatkan ½ jam
Oles minyak dalam acuan
Tuang adunan
Kukus 20 minit.. api sederhana
Dah sejuk keluarkan apam dari acuan
Hias ikut kesukaan..
p/s : perap 5 atau 6 jam. Nak perap semalaman pun boleh.