Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo ini dikongsi oleh emak kepada Cikgu Afy Al Habibi. Patutlah setiap resipi yang beliau kongsi di media sosial, nampak sedap dan membuka selera. Rupanya ada tip dan petua disebalik masakan.
Kali ini beliau berkongsi petua dan resipi Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo yang diambil dari ibunya di kampung. Tip dari orang dulu-dulu ni memang menjadi.
Nampak simple sangat, tapi terbukti sedap hasilnya. Petua-petua ini memang berharga dan tiada dijual dalam buku melainkan perkongsian dari orang-orang tua sendiri. Rugi kalau orang-orang muda tak cuba dan simpan.
TIP MASAK GULAI KUNING IKAN TONGKOL @ IKAN AYO YANG SEDAP
Janganlah tengok sampai habis resepi lengkap cikgu ni kalau tengah jaga badan. Aha… resipi mengundang nasi tambah berkali-kali. Resipi dari Kelantan yang cikgu belajar dari mok. Gulai Kuning Ikan Ayo (tongkol). Ada dua cara mok ajar. Tapi cikgu kongsi dulu versi tumis. Apa-apa tips mok bagi memang cikgu ikut. Bukan senang nak mewarisi ilmu masakan mok cikgu yang banyak pengalaman tu. Selalu kalau dapat rahsia dari mok, cikgu cepat-cepat catat. Sangat berharga dan susah nak dapat. Silakan beberapa tips mok untuk dicuba bagi menyedapkan masakan gulai tradisi ini. – Cikgu Afy Al Habibi
TIP GULAI KUNING IKAN AYO: 1. Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang. 2. Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai. 3. Nak kuah pekat dan sedap, gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya. 4. Bungkus nasi bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka bungkusannya. 5. Padankan dengan sambal dan hirisan timun sebagai pelengkap hidangan.
Ayam panggang homemade ala restoran ni memang sedap. Makan dengan nasi boleh, kalau nak hidang bersama kentang atau sayur-sayuran je pun layan. Tak perlu dah bayar mahal-mahal sebab anda pun boleh buat sendiri. Jom cuba! Anak-anak pasti suka.
RESIPI AYAM PANGGANG HOMEMADE
1. BBQ HONEY CHICKEN WINGS
BAHAN-BAHAN:
8 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan madu
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan minyak jagung
Garam secukup rasa
Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
2. GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
8 keping bahagian paha ayam
1 cawan yogurt putih
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia | cincang
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh kunyit
3/4 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Bakar hingga masak. Boleh guna ketuhar ( suhu 200c selama 15-20 minit atau hingga masak) atau pemanggang ajaib.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
3. BBQ DRUMSTIK
BAHAN-BAHAN:
4-6 ketul paha ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos BBQ
2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
Bersihkan paha ayam dan toskan.
Gaul semua bahan bersama paha ayam.
Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
Bakar sehingga masak atau kekuningan.
Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan isi.
Petang seringkali teringin macam-macam makanan, yang pastinya manis. Andai ada tetamu yang bakal menjengah ke rumah, boleh hidangkan tetamu dengan menu pemanis mulut yang menyelerakan. Mungkin inspirasi kuih muih berasaskan santan, sago dan Gula Melaka ini bakal memberi nikmat buat tetamu yang berkunjung ke rumah nanti.
Bingka Lemak Kus Kus Safron Saiz Hidangan: 6-8 orang Masa Memasak: Prep 20 min, Bakar 1 jam Cara Memasak: Bakar Jenis Masakan: Manisan Keistimewaan: Bingka yang mempunyai tektur berbeza oleh butir- butir kus kus dan aroma wangi safron dan rasa lemak santan yang enak. Anggaran Kos: RM15
Bahan-bahan:
1 cawan kus kus | direndam dengan 2 ½ cawan air panas sehingga kembang
3 biji telur gred A
¾ cawan gula halus
1 ½ cawan santan pekat
½ cawan air
1 cubit safron
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum | diayak
2 sudu makan mentega
Cara memasak: 1.Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. 2.Rendam safron bersama air sehingga bertukar warna. Campurkan ke dalam santan pekat. Kemudian masukkan telur,gula, garam dan santan lalu dipukul hingga sebati. 3.Kemudian, kaup balikkan tepung gandum yang sudah diayak tadi. Kacau hingga adunan sebati. Lalu masukkan kus kus dan kacau rata. Tuang adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega. 4.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam atau hingga masak. Sejukkan bingka sebelum dipotong kecil dan boleh dihidangkan.
Puding Roti Pandan Gula Melaka
Saiz Hidangan: 4-6 orang Masa Memasak: Prep 20 min Bakar 1 jam Cara Memasak: Bakar Jenis Masakan: Manisan Moden Keistimewaan: Puding roti berinspirasikan rasa tempatan yang menggunakan bahan yang mudah didapati. Anggaran Kos: RM14
Bahan-bahan:
12 keping roti | dipotong
100gm mentega | dicairkan
4 biji telur Gred A
1 kiub gula Melaka | disagat halus
2 cawan santan pekat
½ cawan susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu makan pes pandan
Cara memasak: 1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. 2. Pukul telur, gula Melaka, garam, santan, susu cair dan pes pandan sehingga adunan kembang. 3. Susun roti di dalam acuan mengikut kreativiti anda. Lalu tuangkan adunan dan pastikan adunan rata di dalam acuan. 4. Seterusnya bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam atau hingga masak. Boleh dihidangkan dengan sos santan pekat yang dicampur dengan sedikit gula Melaka.
Agar- Agar Gula Melaka Cincau Saiz Hidangan: 6-8 orang Masa Memasak: Prep 20 min Sejukkan 1 jam Cara Memasak: Rebus dan Sejukkan Jenis Masakan: Manisan Moden Keistimewaan: Pelbagai tektur yang menggabungkan rasa lemak masin santan dan manis gula Melaka berserta kenyal cincau. Anggaran Kos: RM10
Bahan-bahan:
1 tahil agar agar tali
5 cawan air
1 cawan gula Melaka | diparut
1 cawan santan pekat
1 tiub cincau | dicincang
Secubit garam
Cara memasak: 1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan tahil agar-agar dan masak sehingga larut. 2. Cedok dua cawan agar agar, masukkan ke dalam acuan dan campurkan dengan garam dan santan pekat. Kacau sehingga sebati dan sejukkan. 3. Seterusnya, campurkan gula Melaka ke dalam agar-agar pastikan larut. Sejukkan sedikit dan masukkan cincau. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan sehingga beku. Potong sebelum dihidang.
Ais Sago Jagung Saiz Hidangan: 4-5 orang Masa Memasak: Prep 20 min Cara Memasak: Rebus Jenis Masakan: Pemanis Mulut Keistimewaan: sangat mudah untuk disediakan terutama sekali jika hendak menjamu tetamu dengan hidangan pemanis mulut yang cepat dan mudah. Anggaran Kos: RM7
Bahan-bahan:
1 cawan sago | direndam
1 tin krim jagung
½ cawan gula dicairkan dengan 1 cawan air
Ais yang mencukupi
Caranya: 1. Panaskan air sehingga mendidih lalu masukkan sago dan rebus sehingga masak. Toskan. 2.Basuh sago dengan air sehingga kanji yang melekat hilang dan sago menjadi sebutir- sebutir. 3. Kemudian, campurkan air gula dengan krim jagung. Pastikan sebati. Tambahkan sago dan kacau sebati. 4.Seterusnya, masukkan ais dan sedia untuk dihidang.
Sagu Rose Buah Gula Melaka Saiz Hidangan: 4-6 orang Masa Memasak: Prep 30 min sejukkan 1 jam atau mengikut citarasa anda Cara Memasak: Rebus Jenis Masakan: Pemanis Mulut Keistimewaan: sesuai untuk jamuan yang ramai tetamu. Ia boleh disediakan malam sebelum dan hidangkan bila tetamu datang. Anggaran Kos: RM15
Bahan-bahan:
3 cawan sago | direndam
3 sudu makan sirap rose
3 sudu makan gula
½ cawan gula Melaka | parut
1 kotak kecil santan
Sedikit buah longan
Sedikit cincau | dicincang
Sedikit jagung
Air mencukupi untuk merebus sago
Cara memasak: 1. Panaskan air sehingga mendidih lalu masukkan sago, sirap rose, gula dan rebus sehingga masak. Toskan. 2. Kemudian, isikan sago ke dalam bekas atau botol. Kemudian masukkan cincau, jagung dan longan. Seterusnya masukkan santan dan taburkan gula Melaka parut. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.
Kuih Koci Pandan Saiz Hidangan: 25 -40 biji ( bergantung dengan saiz kuih ) Masa Memasak: Prep 45- 1 jam Kukus 15 min Cara Memasak: goreng, kukus Jenis Masakan: Kuih Tradisi Keistimewaan: Kuih tradisi yang enak dan agak mudah disediakan. Menggunakan bahan bahan yang ringkas dan mudah. Anggaran Kos: RM12
Bahan-bahan:Doh
2 ½ cawan tepung pulut
½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan santan sederhana pekat | kisar dengan 5 helai daun pandan dan tapiskan Sedikit pes pandan
Secubit garam
Inti: 1 biji isi kelapa muda parut 1 ketul gula Melaka parut 3 sudu makan gula pasir 3 helai daun pandan | disimpul ½ cawan air
Lain-lain Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur sehingga lembut. Potong 5 inci x 5 inci Minyak secukupnya
Cara memasak:Inti Masukkan gula Melaka ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula cair. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Campak daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
Doh Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Tuang santan yang dicampur dengan sedikit garam sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang santan tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.
Cara membuat Kuih Koci 1. Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. 2. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti. Tutup inti dengan doh dan celupkan dengan sedikit minyak. 3. Kemudian lipat daun seperti biasa. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak sehingga masak.
Lempeng Santan Gula Melaka Saiz Hidangan: 2-4 orang Masa Memasak: Prep 15 min Goreng 20 mins Cara Memasak: goreng Jenis Masakan: Pemanis Mulut Keistimewaan: sesuai sebagai hidangan sarapan dan minum petang bersama teh kosong. Anggaran Kos: RM7
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
¼ cawan air
½ ketul gula Melaka| parut
Sedikit kelapa yang sudah disangai
1 cawan santan pekat untuk sos
½ cawan air
Secubit garam
Sedikit minyak
Cara memasak: 1. Campurkan tepung, santan, garam dan air sehingga sebati. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Goreng lempeng sehingga masak. Ketepikan 2. Campurkan sebahagian gula Melaka parut ke dalam santan pekat berserta air dan panaskan sehingga pekat. 3. Kemudian, hidang lempeng dengan sos santan, taburan gula Melaka parut dan sedikit kelapa sangai.
Kuih Bakar Berlauk Saiz Hidangan: 6-10 orang Masa Memasak: Prep 20 min Bakar 1 jam sehingga masak Cara Memasak: Bakar Jenis Masakan: Kuih Tradisional Keistimewaan: sesuai sebagai hidangan sarapan dan minum petang bersama teh kosong. Anggaran Kos: RM12
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum | diayak
2 sudu makan mentega
3 biji telur gred A
1/4 cawan gula halus
1 ½ cawan santan pekat
½ cawan air
2 sudu teh garam
1 cawan serunding daging
Sedikit cili merah | hiris
Sedikit daun ketumbar
Cara memasak: 1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. 2. Masukkan telur, gula, garam dan santan lalu dipukul hingga sebati. Kemudian, kaup balikkan tepung gandum yang sudah diayak tadi. Kacau hingga adunan sebati. Tuang adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega. 3. Tabur serunding, cili, daun ketumbar di atas adunan sebelum dibakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam atau hingga masak. Sejukkan bingka sebelum dipotong kecil dan boleh dihidangkan.
Cucur Lemak Jagung Saiz Hidangan: 6-8 orang Masa Memasak: Prep 15 min Goreng sehingga masak Cara Memasak: Goreng Jenis Masakan: Cucur Keistimewaan: sesuai sebagai hidangan untuk sarapan pagi dan minum petang bersama teh kosong. Anggaran Kos: RM8
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum | diayak
1 peket serbuk santan
1 biji telur
1½ cawan air
½ cawan gula halus
½ cawan gula Melaka parut
1 tin isi jagung manis
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak: 1.Campurkan tepung, serbuk santan, telur, air, gula, gula Melaka dan garam sehingga sebati. 2.Tambahkan jagung dan gaul rata. 3.Panaskan minyak dan goreng cucur sehingga masak. Hidangkan dengan gula Melaka cair jika inginkan ekstra manis.
Mango Banana Sago Saiz Hidangan: 6-8 orang Masa Memasak: Prep 20 min rebus sehingga masak Cara Memasak: Rebus Jenis Masakan: Pemanis Mulut Moden Keistimewaan: sangat sesuai dihidangkan ketika hari panas. Anggaran Kos: RM18
Bahan-bahan:
2 cawan sago | direndam
2 biji mangga masak manis
2 biji pisang masak
½ cawan gula Melaka parut
½ cawan santan
3 scoop ais krim vanila
Ais yang mencukupi
Cara memasak: 1. Panaskan air sehingga mendidih lalu masukkan sago, dan rebus sehingga masak. Toskan. 2. Setelah masak, bahagikan kepada dua dan tambah warna merah dan hijau. Pastikan sebati. Biarkan sebentar sehingga warna meresap ke dalam sago. 3. Kisar mangga, pisang, santan dan vanilla ais krim sehingga sebati. Kemudian masukkan sago yang sudah diwarnakan. 4. Akhir sekali, tambahkan ais dan sedia untuk dihidangkan.
Resipi: CHEF IMELDA HARRIS
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? jom Klik sini
Sesekali asah skil kamu di dapur kala menyediakannya hidangan manisan teristimewa di hari raya. Gabungan rasa moden dan tradisonal pasti akan memikat selera tetamu. Empat resipi unik dan pastinya menyelerakan untuk kamu buat sendiri. Tidak terlalu sukar, sesuai untuk dicuba dan tunjukkan kehebatan kamu membuat kek. Selamat mencuba.
NUTELLA VOLCANO
BAHAN-BAHAN (CAKE CRUMB):
250gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
130gm gula perang
150gm oat
170gm mentega sejuk
BAHAN INTI:
160gm coklat gelap
80gm krim putar
40gm nutella
BAHAN LAPISAN ATAS:
150gm adunan cake crumb
50gm emping badam
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan cake crumbdan mesrakan semuanya. Kemudian asingkan 150gm adunan tersebut dan ketepikan.
Adunan selebihnya dimasukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dan dialas dengan parchment paper. Ratakan.
Panaskan krim putar sehingga berwap. Tutup api dan masukkan coklat gelap.
Tuangkan coklat cair ke atas adunan cake crumbdalam loyang tadi. Kemudian ratakan nutella di atasnya.
Kemudian tuang dan kemaskan sapuan bahan lapisan atas di atas permukaan nutella tadi.
Bakar pada suhu 150C selama 30 minit.
INFO CHEF: Selain menggunakan emping badam, anda boleh menggantikannya dengan pilihan kacang yang lain seperti gajus atau kacang hazel.
TEH TARIK CAKE
BAHAN A:
300ml susu cair
6 uncang teh
BAHAN B:
4 biji telur gred A
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
BAHAN C (diayak):
330gm tepung kek
4 sudu teh serbuk penaik
BAHAN D:
350gm gula kastor
BAHAN E:
250gm mentega asli
BAHAN TOPPING:
300gm krim kejuu
100gm mentega
140gm gula aising
1 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil serbuk teh
CARA MEMBUAT:
Sebatikan bahan C dan D. Kemudian tambahkan gula kastor dan mentega asli.
Ambil lebih kurang 100ml sebatian bahan A dan masukkan ke dalam adunan bahan B. Kacau sehingga sebati.
Lebihan sebatian bahan A tadi dicampurkan ke dalam adunan tepung. Sebatikan.
Masukkan telur dan kaup balik sehingga rata. Tuangkan ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit pada suhu 150C.
Untuk membuat topping, putar krim keju dan gula aising sehingga sebati. Masukkan mentega, esen vanila dan serbuk teh. Bolehlah diratakan ke seluruh kek.
INFO CHEF: Selain menggunakan serbuk teh asli, anda boleh buat adunan resipi ini menggunakan pelbagai jenis serbuk teh yang lain.
MANGO CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN (BASE):
200gm biskut digestive
85gm mentega | dicairkan
BAHAN KEK:
500gm keju
3/4 gula kastor
300gm krim putar
200ml susu pekat
2 sudu teh gelatin
/2 cawan air panas
2 biji mangga ranum | dipotong kiub
BAHAN TOPPING:
1 1/2 biji mangga
2 sudu teh gelatin | ditambah dengan 1/2 cawan air panas
CARA MEMBUAT:
Hancurkan biskut dan aduk bersama mentega cair. Masukkan ke dalam loyang pembakar yang sudah di alas dengan parchment paper. Keraskan.
Untuk membuat kek, putarkan krim keju bersama gula kastor sehingga sebati. Masukkan krim putar dan susu pekat. Gaul rata dan masukkan gelatin.
Bahagikan adunan kek kepada dua bahagian. Tuangkan satu bahagian ke atas adunan biskut dan taburkan mangga kiub.
Masukkan lebihan adunan kek dan ratakan.
Untuk membuat topping, kisarkan mangga dan gelatin. Kemudian tuangkan ke atas adunan kek tadi.
Simpan dalam peti ais dan biarkan semalaman sehingga kek keras.
INFO CHEF: Resipi ini bukan saja sesuai untuk menggunakan buah mangga tetapi buah-buahan tropika lain seperti pic, buah naga dan sebagainya.
CONGO BARS
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
250gm gula perang
3 biji telur
310gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh serbuk penaik
200gm cip coklat
CARA MEMBUAT:
Cairkan mentega dan campurkan dengan gula perang. Pukul sebati.
Masukkan telur perlahan-lahan dan aduk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan cip coklat. Sebatikan.
Kemudian dibakar pada suhu 150C selama 40 minit.
INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambahkan 150gm serbuk coklat atau koko ke dalam adunan.
Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran 'semi fine dining' yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan...