5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. 6. Taburkan sedikit tepung pada papan pencanai. Canai doh ikut tebal mana yang kita nak (saya buat nipis je).
7. Panaskan pan. Sapu sedikit minyak masak. 8. Masakkan doh selama 3-4 minit. Tutupkan pan. Terbalikkan dan biarkan sekejap baru diangkat.
1. Tumiskan bawang dengan sedikit minyak masak. Bila dah terbit bau, masukkan daging cincang. Kacau rata dan biarkan seketika. 2. Masukkan kentang dan sedikit air. Tutup kuali untuk lembutkan kentang. 3. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Bila dah agak kering boleh diangkat.
Kuih peneram kuih tradisi yang masih digemari hingga kini. Dulu dulu kuih ini mesti ada bila raya. Tapi kesedapan kuih ini memang sepatutnya dimakan bila-bila.
Apa istimewanya kuih ini padahal bahan-bahan setakat lima ramuan aje. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.
PENERAM BAHAN-BAHAN :
4 cawan tepung beras cap gajah 3
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah*
1 cawan gula pasir*
1 cawan air*
CARA MEMASAK : 1. Bahan² yang bertanda * tu campur & masak sampai mendidih.. 2. Siap terus tuang dalam tepung,kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas. 3. Dah siap gaul perap 4 @5 jam, nak sedap lagi perap semalaman..
4. Dah siap perap boleh lah tekap dengan acuan dan goreng.
Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.
Kredit :zalina zali
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI.
Roti Puri homemade ni memang sesuai jika dijadikan hidangan sarapan keluarga. Cicah dengan lebihan gulai atau kari, memang layan. Nampak susah tapi rupanya sangatlah mudah resipi perkongsian saudari Aien Ismail ni. Bahan-bahannya pun ringkas je. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan serta cara-cara pembuatannya.
ROTI PURI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula
2 sudu makan yis
2 sudu teh garam
1 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, minyak masak, gula, yis dan garam dalam bekas. Gaul hingga sebati dan berderai.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tidak melekat. Jika doh keras, tambah sedikit air masak.
3. Bila siap diuli, bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong. Perap dalam 15 minit.
4. Ambil doh dan gelek nipis. Lakukan hingga habis.
5. Panaskan minyak masak dan masukkan sekeping doh. Simbah minyak diatas doh supaya menjadi kembung.
Selalu bila kita dengar menu satay mesti dicucuk pada lidi kan? Lepasni tak perlu lagi. Guna je seekor ayam haa dah menjadi dah Ayam Bakar Satay kita. Paling best sekali tak payah guna arang. Resipi Ayam Bakar Satay ni sangat mudah dan menyihatkan. Boleh di masak menggunakan multicooker sahaja, kalau tiada di rumah, boleh beli Ekobee 3 in 1 Intelligent Multi-Cooker With Steam Tray dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI! Resipi Ayam Bakar Satay ini telah dikongsikan oleh Aizat Razak di Facebook. Jom kita cuba!