300gm kacang tanah – beli online di sini *disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak. Asingkan kacang dari selaput kulitnya. Kemudian dikisar tapi jangan terlalu hancur.
1. Panaskan minyak. Masukkan serai. Bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak 2. Kemudian masukkan bahan kisar halus, tumis lagi sampai pecah minyak. 3. Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata. 4. Masukkan nissey, air asam jawa dan tambahkan dua cawan air. Renehkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat. 5. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Kacau-kacau sekejap. Tutup api. Siap.
CUCUR ROJAK
2 cawan gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 biji telur Daun kucai Daun bawang & daun sup Tauge Garam 1 sudu kecil serbuk kunyit
Ads
CARA-CARA:
Kesemua bahan disatukan. Masukkan air, gaul rata. Ketepikan untuk 30 minit. Kemudian boleh digoreng garing dan ranggup. Bila cucur siap digoreng, bolehlah digunting kecil-kecil. Siap.
BAHAN SAYUR ROJAK:
Tauge | dicelur Timun | dipotong panjang Sengkuang | dipotong panjang Salad Cili besar merah & hijau
BAHAN LAIN:
Ads
1 bungkus mee kuning (dicelur sebelum dihidang) 5 biji telur rebus (kalau suka, telur boleh digoreng selepas direbus) Tauhu (disapu garam, kunyit kemudian digoreng dan dipotong ketika dihidangkan) 2 biji kentang (direbus dan dipotong ketika hendak dihidangkan)
Ayam masak apa pun tetap sedap . Dalam sajian barat pun ada macam-macam idea juadah yang dibuat berasaskan ayam.
Ni min kongsikan tiga idea sajian barat dari Chef Mohd Zamri yang juga pensyarah di Taylor’s University.
.
Tengok rupa pun dah meleleh air liur dibuatnya, gerenti lazat. Cubalah nanti ya.
BEGEDIL AYAM BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan begedil :
100gm isi ayam ayam | dicincang
4 biji ubi kentang | dipotong dan rebus hingga empuk
100gm serbuk keju Parmesan
5 ulas bawang putih | dicincang kasar dan digoreng hingga kuning
80gm keju ‘gruyere’ | dipotong dadu
½ sudu teh serbuk perasa
50gm tepung gandum
2 biji telur | dipukul sedikit
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan Sos :
80gm tepung keju segera
150ml air panas
CARA MEMASAK: Cara membuat begedil:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan ayam bersama garam dan lada sulah hingga kering.
2. Ubi kentang yang telah dimasak dilenyek halus dalam satu bekas.
3. Kemudian masukkan ayam ke dalam ubi kentang, keju parmesan dan bawang putih goreng.
4. Masukkan sedikit tepung, serbuk ketumbar dan serbuk perasa.
5. Gaulkan hingga sebati.
6. Bentukkan bulat, masukkan keju gruyere yang dipotong dadu dan tekan rata sedikit, taburkan sedikit tepung dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
7. Panaskan kuali dan goreng sehingga kuning keemasan.
8. Hidangkan begedil dimakan bersama sos keju dan sos cili Thai.
Cara membuat sos keju segera :
1. Gaulkan serbuk keju segera bersama air panas.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 50 minit Cara memasak : Menggoreng Jenis masakan : Sajian asia fusion Keistimewaan : Sajian ringkas dan cepat dimasak lagi dan mengenyangkan
INFO CHEF : Hati-hati bila menambah tepung ke dalam begedil kerana jika terlebih akan menyebabkan begedil menjadi keras.
CASSEROLE CHICKEN WITH ZUCCHINI & SPINACH
.
BAHAN-BAHAN :
4 bahagian kaki ayam | telah dibuang tulang
50gm daun bayam | direbus hingga masak
60gm zucchini | dipotong nipis
100gm bawang Holland | dicincang
30gm bawang putih | dicincang halus
350gm krim masakan
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: Cara membuat Casserole Ayam:
1. Ayam diperap dengan garam dan lada sulah
2. Bakar atas kuali dengan sedikit minyak untuk dapatkan warna kuning keemasan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang Holland dan bawang putih dan masukkan krim masakan.
4. Masukkan keju parmesan sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga pekat. Ketepikan sos keju ini sebentar.
5. Masukkan ayam yang sudah dibakar tadi dalam mangkuk casserole bersama zucchini dan bayam yang telah direbus.
6. Ambil sos keju dan taburkan sos keju di atas ayam dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit.
7. Boleh dihidangkan semasa panas.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 40 minit Cara memasak : Bakar dalam ketuhar Jenis masakan : Sajian barat Keistimewaan : Sajian ini sesuai untuk makan malam
INFO CHEF : Usah membuat sos yang terlalu pekat kerana ia menenggelamkan keenakan rasa bayam dalam ayam.
HONEY LEMON CHICKEN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan honey lemon :
70gm madu
300gm jus lemon
70gm sos plum
20gm tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan ayam :
4 ketul drumstick ayam
4 keping kepak ayam
½ labu bawang Holland | dicincang halus
2 ulas bawang putih | dicincang halus
80gm tepung jagung | campur dengan sedikit air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: Cara membuat sos honey lemon:
1. Masak jus lemon, sos plum dan madu sehingga pekat dalam periuk.
2. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air.
3. Kacau adunan hingga sebati.
4. Biarkan adunan seketika untuk sejuk
Cara membuat honey lemon chicken:
1. Ayam dibasuh dan keringkan.
2. Gaulkan ayam dengan tepung jagung dan garam.
3. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan ayam, bawang putih dan garam.
3. Selepas itu masukkan sos honey lemon
4. Kacau hingga sos melekat pada ayam
5. Susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit
6. Setiap 6 minit salut ayam dengan sos dan bakar hingga kuning keemasan,
7. Hidangkan ketika panas bersama sos.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 45 minit Cara memasak : Tumis dan Bakar Jenis masakan : Sajian Asia Keistimewaan : Sajian ayam bermadu yang masam manis.
INFO CHEF : Jika sos terlalu masam, campurkan lebih madu atau masukkan gula sehingga mendapat rasa yang diinginkan.
RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University
Tajaan Pinggan Mangkuk : RUSLIZA MD DRUS
Tauhu sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini kaya dengan pelbagai khasiat. Sumber nutrisi dalam tauhu diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu mencegah pelbagai penyakit. Antaranya sakit jantung, diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi. Ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan dalam masakan harian. Ia bukan hanya mudah tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah
TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Sedapnya Pau Sambal ni. Kalau makan masa minum petang, aduhhh…alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT PAU SAMBAL HOMEMADE
BAHAN A:
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis kering
2 sudu makan gula pasir
(Satukan semua bahan dalam satu bekas. Kacau dan biarkan anggaran 5 – 6 minit)
BAHAN B:
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh double action baking powder (guna baking powder biasa pun boleh)
1/2 sudu teh baking soda (untuk effect rangup pada kulit pau)
(Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi seakan serbuk)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8–10 minit. Peram dalam bekas bertutup selama 10 minit. 2. Tabur tepung dalam talam. Bulat-bulatkan doh ikut saiz yang dikehendaki. 3. Tekan sikit atas doh tu. Susun dalam talam dan buat hingga siap dan habis adunan tepung. Peram lagi doh selama 18-20 minit.
4. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng doh hingga garing dan keperangan menggunakan api sederhana. Sentiasa balik-balikkan supaya doh masak sekata.
RESIPI SAMBAL BILIS (khas untuk burger Malaysia sahaja)
BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis – digoreng & toskan
1 biji bawang besar – hiris
2 sudu makan sos cili
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit garam
Bahan perasa jika perlu
1/2 cawan air
1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10-12 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3- 4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. 2. Masukkan gula. Tumis lagi hingga pecah minyak dan cili berubah warna. 3. Masukkan sos cili. Kacau seketika. Masukkan bawang hiris, ikan bilis serta air. 4. Bila sambal sudah agak pekat, masukkan garam dan bahan perasa dengan secukupnya. 5. Angkat dan sejukkan. Hidangkan bersama pau yang dimasak tadi.