Kuih Lapis merupakan sejenis kuih yang berasal dari Indonesia. Kuih ini terdiri daripada beberapa lapisan dan boleh didapati dalam pelbagai warna. Teksturnya yang lembut dan warna yang menarik, pasti anak-anak suka. Kuih lapis simple yang biasa kita makan waktu minum petang, makan dengan kopi ‘O’ pun sedap. Resipi Kuih Lapis yang dikongsi Azmalaini Abd Rahman ini, diolah daripada resipi orang lain dan dipermudahkan cara membuatnya. Anda boleh cuba.
1. Masak gula bersama dengan air yang telah disukat. Kalau nak wangi, masukkan daun pandan (ambil dalam 2 cawan). 2. Satukan semua bahan, kacau dan tapis. 3. Alas loyang 10 x 10 dengan plastik 16x 16/14×14. 4. Guna api yang sederhana kuat.
Ads
5. Sebelum masukkan tepung, panaskan loyang/letakkan loyang dalam kukusan. 6. Mula melapis. Lapisan 1 saya guna 400 ml. Banyak sedikit untuk cover tepung dalam kukusan, kadang kukusan kita tak sama bila berada di atas dapur. 7. Lapisan ke-2 dan seterusnya, saya guna 300 ml bancuhan tepung.
8. Penggunaan api; untuk lapisan pertama, dalam 4 minit, jangan lama kerana nanti dia mengelembung/terlebih masak. Tekan dengan jari atau tengok warna tepung dah berubah jadi cerah. 9. Lapisan seterusnya 5 minit/6 minit sahaja.
10. Resipi ini akan dapat 8 layer. Setiap satu warna tu, saya buat 2 lapisan. Akan ada sedikit lebihan tepung, jika tidak mahu membazir anda sukat siap-siap ye. 11. Bila dah faham dengan rentak kuih anda, dengan resepi yang sama kita boleh buat jadi 10 layer. 12. Dari segi penggunaan warna, terpulang pada pilihan masing-masing.
Kalau selalu buat roti jala kuning dengan kuah kari ayam, sekali sekali kita tukar pula resipi. Cuba buat pula roti jala pandan dengan seri kaya. Memang sedap, boleh dihidangkan untuk makan petang atau pun sarapan. Sekali makan memang nak lagi.
Resipi roti jala dengan sos manis
Bahan untuk roti jala
3 cawan tepung
1 cawan air pandan
1 cawan air biasa
1/2 cawan susu cair/santan
1 biji telur
Esen vanilla (jika suka)
Garam
2 sudu minyak
1. Masukkan semua bahan roti jala dalam blender dan kisar sebati.
2. Kemudian boleh kirai adunan atas kuali non stick hingga selesai.
3. Bagi membuat kuah manis atau seri kaya, satukan semua bahan di dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan.
4. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Bila sudah mendidih atau meletup-letup itu tandanya kuah manis sudah masak. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama roti jala tadi.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...