Buat mereka yang sukakan masakan daging, boleh cuba seleksi resipi daging yang dikongsikan ini.

Pelbagai jenis cara masakan berasaskan daging yang mudah dimasak buat hidangan sekeluarga.

 

UNGKEP DAGING BERKERISIK

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

500gm daging
6 biji bawang merah | kisar – beli online di sini
3 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai | titik
1 inci halia | kisar
1 sudu makan kerisik – beli online di sini
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
3. Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.

INFO CHEF: Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.

 

KARI DAGING

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

500gm daging | potong dan bersihkan
1 mangkuk santan
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia
1 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah daging
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
2. Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati
3. Masukkan daging dan sedikit air lagi Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

INFO CHEF: Boleh cuci daging dengan tepung gandum untuk mengurangkan bau.

 

MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN MANGGA MUDA

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

500gm daging | disalai
1 mangkuk santan
2 batang serai
2 inci kunyit hidup
1 biji mangga muda | dihiris
Garam dan gula secukupnya

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mangga muda. Masak di atas api sederhana besar. Kacau perlahan.
2. Setelah mendidih, masukkan mangga muda. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dinikmati. Mangga muda beri rasa masam pada hidangan.

 

DAGING GORENG KUNYIT

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
2 biji cili padi | dihiris
2 labu bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
2. Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh tambah cili padi untuk lebih pedas bila digigit.

 

DAGING MASAK SOS TIRAM

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

500gm daging
2 biji cili besar merah | dihiris
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | hiris
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata. Angkat dan sedia dinikmati.
3. Tidak perlu garam kerana sos tiram sudah masin.

 

RENDANG DAGING PEGAGA

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
1 ikat daun pegaga
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
2. Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini tidak perlu ditumis.

 

RENDANG DAGING & HATI BERKUAH

IKLAN

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

300gm daging
300gm hati
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan.
2. Bila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan hirisan daun kunyit.
3. Masak dan biar mereneh namun pastikan ianya masih berkuah. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 

DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
2. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. Boleh tambah jumlah cili padi jika mahu lebih pedas.

 

DAGING GORENG KACANG PANJANG

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

500gm daging
2 sudu makan cili kering kisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
5 batang kacang panjang | potong serong
1 sudu kerisik
1 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
2. Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
3. Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
4. Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dihidangkan.
5. Tidak perlu goreng kacang panjang terlalu lama agar ia rangup bila kunyah.

 

RENDANG DAGING MADURA

BAHAN-BAHAN:

500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
3 sudu makan cili kering kisar
2 batang serai | dikisar
7 sudu kicap manis
1 biji bawang besar | dihiris
2 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Perap daging bersama semua bahan kisar dalam ½ jam. Panaskan minyak, masukkan perapan daging tadi.
2. Masukkan sedikit air untuk pastikan daging lembut. Kacau sebati.
3. Setelah kuah sudah kering dan sedikit pekat, masukkan daun kari, kicap manis dan hirisan bawang besar.
4. Biarkan tiga minit dan angkat. Sedia dinikmati. Rendang ini tidak menggunakan santan.

 

PERUT MUDA ALA PADANG

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
3 sudu cili kering kisar
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
2. Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
4. Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.

 

PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

BAHAN-BAHAN:

300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji limau nipis | perah air
5 biji cili padi | dipotong kecil
1 biji buah tomato | potong dadu
1 sudu makan kerisik
1 helai daun limau purut | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit air suam
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
2. Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
4. Boleh tambah lebih potongan cili padi jika mahu lebih pedas.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Cara Buat Sambal Bilis Kering Rangup, Tahan 3 Bulan

Resipi Mudah Beke Ubi Terengganu, Sedap Makan Musim Hujan

Buat Kek Milo Guna 3 Bahan Je, Gerenti Jadi!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI