Kuih Cempiang atau ada juga yang menyebutnya Campiang memang popular di Sabah. Sedap dimakan panas-panas, ia terkenal sebagai antara menu sarapan pagi yang sungguh lazat. Rupanya macam Cinnamon Rolls. Bahannya pun ringkas sahaja, apakata sekali sekala kita beralih selera dengan mencuba sendiri resipi kuih dari negeri di bawah bayu perkongsian dari saudari Chik Meyanah.
Kuih muih melayu memang tiada tandingan kesedapannya. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai ialah kuih apam. Jika dimakan dengan kelapa muda memang habis sepinggan. Jom kita buat apam gula hangus kukus hanya pakai kuali. Memang elok menjadi.
APAM GULA HANGUS
Bahan-bahan: 1 ½ cawan tepung gandum ½ cawan minyak 1 sudu kecil soda 2 sudu kecil susu pekat 2 biji telur 1 cawan air panas untuk gula hangus 1 cawan gula dihanguskan secantik habis sebab kejadian apam bergantung pada warna gula hangus
Cara membuat: 1.Masukkan gula putih dalam kuali sambil kacau perlahan-lahan. 2.Bila bertukar perang, masukkan air panas, perlahan-lahan. 3.Blender semua bahan hingga sebati. 4.Tuang adunan dalam bekas dan kukus guna kuali. Kukus 10 minit saja dah siap. Kredit: Nur Fairus Mohd Adam
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tercari-cari juadah mudah untuk dijadikan hidangan minum petang? Resipi Ubi Kayu Pelangi perkongsian Pn Qiha Fareesya ni antara yang sedap dan mudah untuk dicuba.
CARA MASAK UBI KAYU PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu
2 genggam kelapa parut putih – dikukus seketika supaya lambat basi
Serbuk agar-agar warna jernih
Gula
Garam
150ml santan kotak
Pewarna pilihan secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Ubi kayu dipotong kecil. Kemudian kisar dengan sedikit air. 2. Perah kisaran ubi kayu menggunakan penapis kain. Jangan sampai terlalu kering. 3. Biar air perahan di dalam bekas dan jangan dibuang. Beningkan seketika supaya pati ubi kayu mendap di dasar bekas. Buang air di bahagian atas. 4. Ambil pati mendapan ubi kayu dan gaul dengan ubi kayu yang diperah tadi hingga sebati. 5. Panaskan pengukus dan sediakan loyang atau bekas bersesuaian. Lapik plastik bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan. 6. Satukan semua bahan kecuali pewarna, garam dan gula. Gaul sebati. 7. Bahagikan kepada 3 bekas untuk diwarnakan dan ditambah perasa. 8. Tambah gula dalam bekas berisi adunan hijau. Jumlah gula bergantung pada selera masing-masing. 9. Lapisan kuning di tambah dengan sedikit garam. Gaul sebati. 10. Bagi lapisan pink, ia juga ditambah gula secukupnya supaya menjadi lapisan manis. 11. Ambil adunan hijau. Ratakan dalam loyang. Kukus selama 10 minit. 12. Masukkan lapisan kuning. Ratakan dan kukus lagi selama 10 minit. 13. Akhir sekali, masukkan lapisan berwarna pink. Ratakan dan kukus hingga masak. 14. Bila kuih sudah masak sempurna, keluarkan dari periuk kukusan dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
15. Gaul potongan kuih ke dalam parutan kelapa yang sudah digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dinikmati.
Sekali pandang macam lepat jagung kan, tapi sebenarnya bukan. Kalau nak makan tak payah pergi sampai ke Thailand, buat sendiri pun boleh.
Kuih khopud nung atau pulut jagung kukus berlemak ni menurut Fatin Damia menggunakan pulut yang dicampur santan pekat dan juga jagung yang telah diparut. “Dibalut dengan daun jagung lalu dikukus, rasanya lemak manis. Kalau pergi Thailand kuih ini memang banyak dijual di sana,” cerita Fatin dalam laman FB nya.
Kalau nak tahu apa lah rasa kuih ini, jom kita cuba buatnya.
CARA MEMASAK : 1. Rendam pulut lebih kurang 1 jam kemudian kukus separuh masak. 2. Selepas itu, keluarkan pulut yang dikukus tadi dan gaul dengan santan dan jagung yang telah diparut tadi bersama dengan gula dan juga garam 3. Balut pulut dengan daun jagung dan kukus semula sampai masak lebih kurang 20 minit. 4. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan sejukkan dahulu sebelum dihidangkan
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!